Pages

Wednesday, September 19, 2012

Pendidikan Awal Bukan Penentu Masa Depan

Terus terang aku katakan aku bukanlah seorang pelajar yang pandai, otak bergeliga satu masa dahulu. Tapi nak kata benok sangat tu xjugak. Aku biasa2 saje, seorang budak yang selalu ponteng sekolah setiap hari Ahad dan Khamis sebab tolong mak ayah jual kain dapat gaji Rm50 sehari. Rugi aku tinggal jual kain semata-mata nak gi sekolah. Hahaha.. Xpe, xbodo pun kalu tinggal sehari.

Aku juga rela dirotan setiap hari Isnin asalkan duit masuk poket. Dari UPSR, PMR, SPM dan STPM, result aku cukup2 makan je.rugi sape yg xpernah dirotan masa sekolah.

Sape tak sedih kan kalau asyik dibanding2kan dengan mereka yang pandai, yang UPSR dapat straight A kemudian dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM atau sekolah bestari. Kemudian lepas SPM, kawan2 yang pandai dapat masuk U, buat diploma, aku masih di kampung. ayah, pak sedare, mak sedare asyik duk banding kita dengan anak dia. anak dia pandai, pergi buat matrikulasi kat kedah, kat melaka, kat jauh2 nun..ada yang boleh gi oversea kemudian direject balik..hihihihih geli hati. kita kat mana?ek eleh tingkatan 6 je?

Tapi kini, jeng jeng jeng.. dah boleh nak sombong ah.eh, belum jadi cekgu lagi. tu pun lambat posting jangan duk berlagak sangat, kecek besar teh. ok aku di UPSI ambik pendidikan bahasa melayu. Bahasa melayu je?xde classs langsung (kata kawan aku, bukan kata aku) yelah..awak budak sains, budak biologi, tapi kita sama2 cikgu kan?kalau awak pandai sangat nape jadi cekgu je?jadilah doktor ke, enjinnyo ke,.. aku bodo aku dapat jadi cikgu jugak, awak pandai awak cikgu jugak. eh eh sama la kita kan? jadi awak pun bodo la??xde classs la??? gaji sama je kan? ke gaji awak 10 ribu sebab ajar sains?

Aku tak pandai, sekolah pun sekolah kampung je budak2 jahat. Orang lain sekolah pandai, asrama penuh. Last2 jadi cikgu jugak. sepupu aku bukan main UPSR, PMR dan SPM straight A..sambung wat matrik, berhenti separuh jalan mintak maktab. jadik cikgu. aku yg B,C,D ni pun cikgu jugak. sugar daddy aku sekolah glemer2 straight A, pun cikgu jugak.sama taraf je kan?

aku enjin lambat sikit, bukan enjin turbo..hehehe..sampai jugak ke destinasi, cuma lambat sikit..tapi, orang lain terlambat banyak.hihihi..

Jadi kepada ibu bapa..kalau anak anda tak pandai sangat masa kecik2 ni, tak yah duk runsing sangat. dan anak yang pandai, tak yah nak riak takabur ujub sangat. masa kecik2 ni, langsung tak menentukan masa depan nanti.

pecah kaca pecah gelas kalau baca harap balas

2 comments:

shahfalah said...

Yela....jadi cikgu jgk...takpe...sama-sama jadi cikgu ..kan bagus...mendidik anak bangsa... jasa guru tiada ternilai...kekgi nak jadi cikgu pun payah...syukur dapat jd cikgu...hehe... <3

DiaNa said...

biar lambat asal selamat..yg cepat2 tu kdg2 xkemana gak..mmg gitu..huhuhu..