Pages

Wednesday, April 23, 2014

First Date!

Halo.

malam ni tepat pukul 9.51 pm aku nak bagitau korang satu rahsia yang kini bukan lagi rahsia. huhu. setiap orang mesti ada cerita first date masing-masing kan. macamana?indah tak? story aku tak de lah indah sangat pun biasa-biasa saja. tak de pun daun-daun mohabbatein jatuh berguguran dihembus angin ke, berjumpa di langit ke tujuh tu takde. jumpa pun kat program motivasi. langsung tak indah kan? hahaha tapi alhamdulillah lepas kawen rasa lebih indah. 

lepas jumpa beberapa kali, kami lost contact. dan kami berjumpa semula melalui blog. haha. thx blog sebab temukan aku dengan dia. itu lah, kalau jodoh tak ke mana. aku pernah cerita kat blog dalam entry lepas macamana suami inbox aku kat fb salam...salam....salam 40x tapi aku malas nak layan. kata suami aku, dia bertambah tertarik dengan aku bila tengok gambar ni.


harharhar kurus kering pun boleh tertarik. takpe. taste suami aku boleh tahan jugak la. kelas A hahaha. ok dah lari tajuk. kami first date mula-mula tu di Pasir Puteh dekat KFC hahahaha. asyik hahahaha je haku nie. kalau rasa kelakar tak payah ar nak citer kan?

masa tu aku tak ingat aku sampai dulu ke, dia sampai dulu. tapi takpe yang itu tak penting. katakanlah aku yang sampai dulu. aku tunggu dia kat meja. aku duduk. masa tu belum ada orang kat dalam KFC tu, baru buka. suami aku datang, bawa surat khabar. (nak tunjuk bahawasanya beliau ialah seorang yang skema dan minat membaca budaya bukan orang Malaysia). dia pakai baju hitam. songkok hitam. aku dalam hati, "hensemnya pakwe nih" haha. 


sebenarnya aku sedih sebab dia lebih putih dan gebu daripada aku yang gelap macam annamale ini. T_T. masa first date ni suami aku pakai baju ni la. aku pakai baju lain, tapi tudung sama. dan tudung ni aku dah sedekahkan pada my best friend dunia akhirat. huu tudung yang ada nilai sentimental yang tinggi tu. suami aku pakai macam tu maybe dia rasa dah cukup hensem dah dia nak date kali pertama hahaha.

ok. sambung. pastu suami aku sampai, kami pun sembang la. hal pelajaran, universiti, program, mak ayah, keluarga dan banyak lagi. kami tak makan, minum je. maybe masa tu suami aku takde duit huuuuuu kesian. aku pon buat-buat faham jelah. boleh je aku nak belanja tapi taknak mencabar kuasa kelelakian dia hahaha.

pastu kami pon balik. dia call aku, dan bertanya aku nak tak terima dia? aku kata NO WAY! hahaha. memang jelas-jelas aku taknak, aku tak tahu kenapa. pastu dia sedih. dia kata apa lagi yang dia patut buat. dia sanggup buat apa sahaja asalkan aku terima dia. haaaa, lepas tu bermulalah cerita hindustan bawak bungalah, acara kejar mengejarlah... hahahahahahahahahaha. seriously aku tak pernah jumpa manusia sepelik ini di dunia. ingatkan bagi bunga tu dalam movie je. ingatkan kejar-kejar ada dalam cerita shahrukh khan je hahaha. kat dunia nih kena ada juga 2,3 orang insan pelik kalau semua orang normal. dan orang yang pelik itulah yang ramai di antaranya yang menjadi orang berjaya. inshaa-allah.

then, habis.tata.

Comel-comel sokmo :-)

No comments: