Assalamualaikum...Lama rasanya tak update blog. Sangat sibuk dengan exam, tesis, suami, balik kampung, honeymoon dan banyak lagi perkara-perkara keduniaan.
Minggu lepas study week, so aku ambil masa study week untuk pergi honeymoon. Dan ini kali pertama jejak kaki ke oversea lah konon selain daripada Golok. Hahahahahaha. Oversea lah sangat! Aku pergi masa study week sebab time ni lah cuti sekolah. Kesian kami, time suami aku cuti, aku tak cuti, dan begitulah sebaliknya. Kesian dia kena balik kampung sorang-sorang, bini yang cantik belajar kat Tanjung Malim. Dan selalu jugaklah dia datang ke Tanjung Malim teman aku buat tesis, buat esaimen, dan discussion pastu sewa pula hotel. Sekarang dah kawen leh sewa hotel bajet, dulu dia tido kat masjid hahahaha kesian. Besar pengorbanan itu. =p
Ok straight to the point. Kami ke Bandung cuma guna pengangkutan awam sahaja. Really? Yawn! Really? Yawn. Haha. Mula-mula, dari Tanjung Malim kami naik KTM, kami naik ETS. RM 20 seorang. Pastu sampai ke KL Sentral. Dari KL Sentral kami naik bus ke KLIA II yang RM 10 seorang. Pastu kami naik flight. Perjalanan selama 3 jam.Flight kami masa promosi RM1100 untuk 2 orang return. Murah sangat kan?
DAY 1
Kat sana, kami dijemput oleh Pak Supir iaitu Pak *&^$##$%^&. Hotel kami tempah ikut Agoda, iaitu Pop Hotel. Baik, satu petua kat sini nak bagitau, kalau ambik supir, make sure korang bayar mereka cuma 400-450 000 RP sahaja okay. Sebab supir kami yang pertama "sembelih" kami sampai 650 000 RP sehari, bersamaan dengan RM 216.00. Suami aku pulak pemurah, mudah kesian, harga tak reasonable langsung tak kira, terus bayar je. Malam tu aku bagitau suami, janganlah bayar 650 000 tu macam RM 65. Pastu kami cancel supir tu. Supir tu boleh dikatakan supir keluarga suami aku kat sana lah. Kemudian kami ambik Pak Andre. Sepatutnya bayar cuma RM 130 je untuk sehari. Dalam sehari tu kita boleh pergi ke mana-mana yang kita nak, RM 130 tu untuk upah, minyak kereta, parking, dan tol.
Supir pertama tu, bila aku kata aku nak ke Kawah Putih, Tangkuban Perahu, semua tempat dia kata tak boleh pergi sebab jauh. Pastu siap mintak duit ngan suami aku lagi, mintak 100 000 RP sebab habis duit bayar parking.
Tapi Pak Andre sangat bagus. Dia akan tunggu kita je. Cakap je nak pergi mana, dia bawa. Tak kira jauh tak kira dekat. Selain itu, tugas supir juga ialah menangkap gambar kita. =) So terhasillah banyak gambar sweet antara aku dan suamiku, merangkap imam jannahku hahaha. Pak Andre baik, tak suka mintak-mintak duit dari kami, tapi suami aku lagi baik. Dia bayar lebih pulak pada Pak Andre ni. Tengok, kalau orang baik, tak payah mintak, kami sanggup bagi dengan kerelaan hati.
Kami sampai dah maghrib masa ni. Cuaca kat sini awal 2 jam, tapi jam kat sana lewat 1 jam. Eh? Sesampai saja kat sana, kalau hp tu setting automatic time zone, akan terawal 1 jam. Contohnya kat Malaysia pukul 6 petang, tapi kat sana baru pukul 5 malam. Pukul 5 petang dah gelap dah. T_T.
Hari pertama tak pergi mana-mana melainkan tido sahaja. Cuma malam tu pergi cari nasik dekat Mall. Hotel ni bersekali dengan Mall. Makanan, bukan tak sedap cuma tak kena dengan selera aku huhu. Sorry.
DAY 2
Sebab semalam bayar supir mahal, bagitau supir tu kami cuma nak jalan-jalan sekitar bandar je, tak nak pergi jauh-jauh sebab suami bagi alasan sakit kepala hahaha. Hmm, last-last bayar sama gak 650 000.
OOTD ? Haruslah membawa pakaian yang mudah dipakai, kain yang susah kedut dan tudung ekspress supaya senang nak pergi tak payah gosok-gosok. =) Padahal aku ni memang peseng pemalas sokmo dah...
Hari pertama, kami jalan-jalan banyak tempat macam Pasar Baru dan Rumah Mode. Kami banyak habiskan masa di Pasar Baru sebenarnya. Pasar Baru ni macam Bazar Tok Guru, macam tu lah. Ramai pun orang Malaysia, tu pun orang Kelate, sampaikan salesman kat sini pun dah pandai kecek Kelate, hehehe.
Kain sini murah-murah tapi pesen lama. Ada pesen baru tapi tak banyak. Kalau kain cotton corak Parsley, kain sulam, sulam lace tu harga cuma RM 30 sahaja. Pastu kami shopping tak ingat dunia. Ingat semua anak beranak kat kampung, terus beli sebab murah hehehe. Jalan sampai melecet kaki.
Pas habis shopping, suami ajak ke Trans Studio sebab nak tengok persediaan launching motorsikal Yamaha tak ingat model apa. Aku ni kaki dah melecet sakit. Penat lagi. Dia masih bertenaga, suruh dukung taknak hahaha.
Kita sakit kaki, letih lagi. Dia paksa kita bergambar.
l |
Nangis mengharapkan belas kasihan daripada suami tetapi gagal. Lakonan tak menjadi agaknya. Hahaha. |
Lawan rasa penat. Dipaksa bergambar sambil buat-buat senyum padahal dalam hati !#$#%^*$@$$ |
Yeay. Budak manja itu dah dapat kasut baru yang selesa untuk meneruskan perjalanan. Nak berjalan sangat kan????? |
Wiwiittt.. Cewek ke tu? |
Haruslah mencuba the real bakso from Indon. Tapi yang real tak sesedap yang tak real haha sebab takde ayam. Kalau kat kelantan bakso ada ayam, daging, perut hahahaha. |
Okay. Nak sambung part 2 pulak. tak boleh letak dalam ni sekali gus nanti "berat" laptop korang. =)
No comments:
Post a Comment