Pages

Tuesday, June 17, 2014

Honeymoon Bandung Part 3

 DAY 4


Ok, ini yg paling last. Pada hari keempat, dengan menggunakan supir yang sama iaitu Pak Andre, hari ni kami ke Kawah Putih! Yeay, dah lama pasang angan-angan nak datang sini akhirnya Allah makbulkan juga permintaanku ini. Okay kat kawah putih xde orang minta-minta duit dah.

Tempat ni sejuk. Orang-orang yang tinggal kat sana memang pakai baju tebal-tebal. Macam dalam film Fanaa gitu. Macam duduk kat banjaran Himalaya pulak. Hehehe.

Ok, kita tengok gambar jelah ek.


Nak naik ke puncak kena guna benda ni. Masuk dah tak ingat berapa, rasanya macam 75 000 RP seorang, macam tu lah
gaya jutawan MLM yang baru dapat hadiah kereta BMW
 Kat sini. supir tak ikut sekali sebab berbayar. Pastu sebab aku hanya travel berdua, so aku ambik gambar dia. Dia ambik gambar aku. Takde orang nak ambik gambar kami.

giler cantik



fuyyoo.. cantik giler


alololo..cantiknya..



Pastu terjumpalah pasangan yang macam kami jugak , yg xde orang nak ambik gambar diorang. So suami offer diri untuk ambikkan gambar diorang. Pastu diorang ambikkan gambar kami pulak. Hewhewhew.



Walaupun gambar ini mencetuskan kontroversi baru-baru ini, aku nak letak jugak lagi sekali! Hehehe. Sibok je orang yg tak puas hati gambar aku dengan suami siap cakap melampaui batasan agama. Melampau tengkorak dia. Aku cium suami aku, bukan suami kau pon. Pastu cium pipi je pon bukan letak gambar cium muluttt hahaha. Alah korang ni, tengok gambar macam ni pun dah terangsang. Adoi!

cantiknya di luar batasan bayangan manusia

serious cantik

cantik nak mampus

macam artis pulak diorang nih

tak tahan bau belerang yang kuat


Ini gambar peluk-peluk korang jangan nak terangsang ye. Kamon la..janganla suka dengki. Tak Amerika langsunglah macam tu hahaha.

Petangnya, kami ke rumah kain. Gambar sorry xde ada dalam tab cik abam aku. Rumah kain tu dipanggil juga sebagai toko kain. Kesemua kain kat situ harganya cuma RM 30. =)

Malamnya, kami makan di restoran Sang Kuriang. Agak mahal makan situ, habis dalam 300 000 RP makan dua orang. Pak Andre tunggu je kami makan. Bila kita tanya dah makan ke belum, dia jawab sudah. Pastu kita ajak makan sekali confirm dia tolak. Orang sini tak suka dapat benda free2. Tapi suami kesiankan dia, suami aku bungkuskan dia nasi goreng ayam. Masa nak keluar dari kereta, suami letak je bungkusan tu dalam kereta. Alhamdulillah dia tak menolak, dia siap doakan kami supaya murah rezeki kami. Selalu saja dia doakan kami. Kami pun doakan dia jugak.. =)


DAY 5

Pagi-pagi lagi Pak Andre datang menjemput kami di hotel untuk ke airport. Bayaran hantar cuma 80 000 RP. Berbeza dengan supir yang pertama "paw" kami sampai 400 000 RP. Oleh sebab dia baik maka suami bayar 100 000 RP jugak hehehe. Itulah pengajaran, kita kena jadi baik. Kena buat baik dengan orang yang baik macam kami hahaha. Sape yang buat jahat dan kedekut dengan kami, kami sejuta kali kedekut dengan orang tuh!

Okay, selamat tinggal Bandung. Next time kami pergi bawa baby pula ye! Semoga Allah murahkan rezeki semuanya...


No comments: