Pages

Thursday, June 19, 2014

Semester 1 to Semester 8

hai uolls..

uolls,haha.

selain entry kahwin, yang ini merupakan entry yang paling bermakna dalam hidupku. kenapa bermakna?sebab aku dah habis belajar. awyeah! orang pemalas macam aku memang anggap habis belajar tu paling bermakna dalam hidup hahaha. sambung belajar? Insha-Allah kalau ada keperluan untuk berbuat demikian.

Selama 4 tahun @ 8 semester aku di sini, aku dah tempuh pelbagai suka duka yang mana menjadikan aku lebih matang untuk hari-hari muka. Wah, ayat macam karangan pulok. Matang hok xtahan tuh hahaha. Jarang-jarang nak menjiwai apa salahnya kan. kesemua kisah aku setiap semester aku dah cerita segalanya dalam blog so tak payahlah aku nak cerita lagi.


First sampai UPSI diorang ambik gambar aku ni. dan kekal sehingga kini sebab gambar nie menjadi gambar di kad matrik sejak sekian lama dan selama-lamanya muahaha. nasib baik comel juga saya dalam gambar nie.kalau tak, gambar ni la aku duk usung gi mari gi mari hahahaha..


housemate kolej za'ba

Alhamdulillah. pelbagai kesukaran dapat diatasi dengan jayanya. kadang-kadang aku renung kembali, terlalu banyak kesusahan yang aku tanggung sorang-sorang sepanjang di sini. kesusahan terpaksa beratur dan berebut-rebut bas, kesusahan menyiapkan esaimen sampai jadual hidup tak menentu, kesusahan berlapar sebab tak cukup duit makan. bukan jenis yg suka minta duit ngan mak. betapa susah angkat beg berat-berat balik kampung ngan KTM. okey, bukan aku sorang. semua orang pon rasa kesusahan tu haha.

then, masa nak habis dah baru rapat dengan geng enam jahanam yang selalu menceriakan hari-hariku. ini mereka. 2 jahanam lagi taktau hilang ke mana hahaha


bersyukur dipertemukan dengan mereka. seorang yang manis, baik hati, berbudi bahasa, lebih mengutamakan kebahagiaan orang lain, seorang pendengar yang baik, itulah saya. mereka? mereka jahat. selalu kentut merata hahahaha. gurau je gurau. gurau pon xboleh. mereka baik lah. kalau kentut dalam jamban lepas tu basuh. see? betapa bermoral kan mereka nih?

pastu sebelum meninggalkan upsi kami konon-konon nak la photo shoot di sekitar UPSI sebagai kenangan terakhir. semoga gambar ini kekal buat selama-lamanya. nanti dah tua-tua nak tengok balik upsi leh la buka balik entry nih. simpan dalam pendrive nnt masuk virus.




dua yang tengah tu bini orang. dua yang hujung masih anak dara. silalah pilih yg mana berkenan di hati saya nak jual murah-murah haha





ada baby dalam perut nih

jerawat aku macam bisul. stress!

mok aji kelesom a.k.a me at sem 8



sebab ini blog aku maka haruslah memasukkan banyak gambar aku haha. kalau nak gambar sendiri, masukkanlah dalam blog sendiri. =)







batu belah batu bertangkup...bukalah mulut aku nak masuk






Y.M Prof Emeritus Datuk Dr. Hjh Raja Noraniza Ibni almarhum YM Raja Abdullah haha
hello baby. baby tengah buat apa tu??







apa kena mengena tasik proton city dengan upsi? haha. 

Lastly, alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. selamat tinggal upsi. sekarang aku kena fokus pada tanggungjawab yang lebih utama, iaitu berbakti kepada suami. dah nak bulan ramadhan, maka wajiblah isteri memasak untuk suami yang nun jauh di sana.. =)

orang lelaki dia tak kreatif nak memasak, makan je apa yg ada. maggi, sardin, huhu. takpe sayang. mu tunggu aku datang. nanti kita masak sedap-sedap ye. 

ok babai..............................................tak tahu bila pulak leh update sebab sana xde line tenet huhu. nanti free2 aku bagitau macamana cara nak masuk ke pedalaman tempat tinggal suami aku.


No comments: