Pages

Sunday, October 12, 2014

Life Update!

assalamualaikum.

tengok dlm rahsia kakton kat tv1 semalam ustaz tu cakap kalau bagi salam "kum" tu kena pendek. bukannya pergi rumah org pastu cakap "assalamualaikuuuuuuuuuuuuuummmm" haha. not like that okay.

lama benar rasanya tak update blog. banyak entry dah missed! entry hari raya aidilfitri, hari raya aidil adha. dan macam-macam lagi lah. dan pernah janji juga aku nak update macamana susahnya nak masuk ke pedalaman tempat aku tinggal sekarang namun janji hanya tinggal janji.

btw aku dah usaha utk menangkap gambar betapa susah nak naik perahu, tapi tak boleh. susah sangat. takde masa nak snap-snap pic. kang tak pasal jatuh dalam sungai akibat syok bergambar siap berselfie lagi huhu.

tapi aku akan usahakan jugak. inshaallah satu hari nanti. tempat aku tinggal tak ada kemudahan air bersih, elektrik, makan minum dan semua sekali tak ada. semua barang dapur kami kena beli kat sibu which is 3 jam perjalanan dari tempat tinggal kami. wifi pun slow. dan seperti yg sedia maklum, aku niaga online. fb langsung tak dapat buka. tapi instagram boleh. so aku niaga 100% ikut instagram dan whatsapp. silalah follow instagram aku named

@dianz_vitaminz
@dianz_vitaminz
@dianz_vitaminz

dah 6 bulan aku buat kerja ni dan alhamdulillah sale sangat-sangat lancar. dari yg taktau pape pasal bisnes online kini dah boleh cecah 4 angka sebulan hoho. ok la bagi yg duduk pedalaman mcm aku. yg stokis lain internet laju 6 angka sebulan T_T . tapi xpe. aku tetap bersyukur yg penting dah ada basic.

hidup aku sehari-hari cuma memasak, makan minum dan layan instagram hihihi. jadi housewife ni memang amazing experience lah. tak sempat nak bosan pun. biasanya pagi-pagi kejut sugar daddy solat subuh then dia pergi sekolah jalan kaki je while aku sambung tidooo sebab pagi kan gelap takde elekterik. bila kul 9pagi aku bangunlah memasak. dan sugar daddy balik makan pukul 10 aku dah siap memasak. menu adalah request dari dia. kesian aku takleh makan yg aku suka hohoho.

pastu aku kemas rumah, basuh kain takla sebab petang-petang kami pergi sungai untuk mandi dan basuh kain hehehe. duduk bersimpuh atas batang pokok basuh kain guna tangan. nanti aku masukkan gambarnya. malam-malam pula habiskan masa teman suami buat kerja. tengok movie.

sungai kat sana ya allah jernihnya. tapi tak selalula. biasanya kalau cuaca panas baru jernih. kalau hujan macam teh beng. best woo setiap petang mandi sungai air sejukkkk je air bukit. bila masuk dalam tu rasa dah taknak keluar dah. bukan sebab duk kat sana tapi sebab susah nak keluar balik haha. dan bila dapat keluar ke bandar kami macam rusa masuk kampung. bila sampai ke semenanjung kami jadi macam nak beli itu ini, nak makan semua makanan yang sedap-sedap nak habiskan segala harta yang ada hahahaha. dahsyat gila kan???

ok. setakat tu jelah dulu, ada kesempatan aku update lagi okay. actually aku sekarang tengah mengira hari untuk our great 365 days!! nanti yg itu konfirm aku update kat blog!

babai.

No comments: