Pages

Tuesday, October 8, 2013

Today Is A Cheat Day

Assalamualaikum

today is a cheat day. dalam diet atkins kan ada cheat day. haha. baru dua hari diet dah nak cheat day. apa raa.. hot2 taik ayam betul lah. hihihi. actually aku bukan hangat2 tahi ayam tapi aku tak tahan sangat. aku jadi lemah dan tak bermaya. semalam dila bagi aku sekeping biskut , lega sikit rasanya bila makan tuu.

aku tak patut jadi macam tu kan, aku patut bertahan. tak mati nye kalau tak makan nasik 3 hari tapi kalau tak minum air 3 hari opkos mati terkangkang. aku rasa nak pitam, nak pengsan tetapi aku harus kuat.

lepas jogging pagi nie, aku makan nasi lemak. betullah orang kata, bila kita amalkan diet nie kita akan muak dengan nasik. aku jadi xleh telan nasi tadi rasa macam nak muntah. tapi aku telan gak hahaha. sangat2 rasa bersalah =(
 


aku janji aku takkan ulang lagi. aku sayangkan sugar daddy aku, semua ini untuk dia. buekkk. lusa dah nak timbang. semalam pun dah timbang, tengok-tengok 45 kg. aku tak percaya. aku kena guna penimbang yang sama yang aku timbang minggu lepas. baik, hari nie nak bagi tips diet yang ketiga.

tip diet yang ketiga ialah, selepas anda bagitahu orang len tentang diet anda, anda perlu tentukan jadual diet. contoh jadual diet aku, pagi makan telur goreng, tengahari makan lauk, malam makan sup sayur. lepas tu tetapkan apa aktiviti yang anda mahu buat contohnya aku suka pilih walking dan jogging pada setiap pagi, jam 8-9 pagi. (  kalau aku, dalam note 2 aku ada aplikasi diet diary. kita akan catatkan apa yang kita makan setiap hari dan ia akan mengira kalori yang kita makan. diet diary tu jugak akan guide kita untuk mengambil berapa banyak kalori sehari-hari untuk kita mencapai target berat badan kita dalam tempoh masa yang ditetapkan. contohnya aku setting nak berat badan 45kg pada tarikh 10 November 2013.

sila baca link di bawah juga.
 

Comel-comel sokmo :-)

Monday, October 7, 2013

Tips Diet Bab 2

Assalamualaikum comel.

minggu lepas aku dah hilang 3kg, pastu hujung minggu aku pergi "berehat" rumah abang aku. betapa rakusnya aku makan semua masakan abang mithaliku.. huhu. abang sulong aku memasak sedap, untung la bini dia kan. hehe. aku tak kisah kalau suami tak pandai masak. cukuplah kalau dia tuh pandai masak untuk diri sendiri je, kalau aku tinggal nak pergi kursus ke outstation ke pandai-pandailah dia menjaga diri. 

baik. bila ke rumah abang aku, aku dipam-pam untuk memasukkan segala mak nenek dalam perutku. minggu lepas makan kari kepala ikan siakap, kari kambing, ayam goreng, kek red velvet haha. dilayan macam puteri gitu dan serta merta aku tak ingat yang aku dalam mod diet.

bila balik Slim River, aku sambung balik projek diet aku. (padahal baru setat semalam.) semalam untuk sarapan aku makan ikan siakap stim. sarapan aku bersekali dengan  lunch. malamtadi pulak makan sup sayur bunga kubis + brokoli saja. alhamdulillah, masih hidup aku hari ini. hahaha. aku ingat tanpa nasik aku takleh hidup dahh.

baik. tips diet yang kedua ialah, sila bagitahu mak, kawan-kawan, pakwe, suami, skandal (ooppss) abang, kakak, adik, jiran sebelah rumah, pak guard airport subang di tempat kerja, anak, bibik dan sebangsa dengannya supaya mereka tahu kita sedang berdiet.

kenapa kena beritahu orang? bagi aku, kalau aku bagitau lepas tu diet aku tak menjadi dan cuma hangat-hangat taik ayam, aku akan malu kepada mereka semua. macam tu. macam aku, aku bagitau tunang sugar daddy aku utk diet. beliau memberikan sokongan siap nak bagi upah duit sejuta kalau aku berjaya mencapai target goal aku iaitu 45kg.

selain dari sugar daddy, aku jugak selalu letak tentang diet aku dalam whassap group family aku. orang lain update pasal anak, kerja, gurau senda aku pulak pergi menyibok bercakap pasal diet aku. haha. kawan-kawan @ housemate pun bagi sokongan jugak. teman aku pergi exercise di taman tasik balun slim river, pastu aku mintak maaf sebab kita tak boleh makan sekali dah.. sila jangan menggoda aku sebab nasik itu dunia semata-mata. aku menghindari segala jenis karbohidrat seperti nasi, mee, bihun, kentang, oat , kicap, sos cili, dan segala makanan berasaskan tepung. karipap kuih muih aku tak sentuh langsung. kadang-kadang rasa nak pitam pun ada jugak.

sekadar selingan, tengoklah skinku yang dulu bukanlah yang sekarang, =) aku ada guna satu produk "rahsia". siapa-siapa yang mempunyai masalah kulit berjerawat, berminyak pada masa yang sama kering, sila tinggalkan komen, lepas tu whassap aku di nombor 0129332458 dan aku akan guide awak secara percuma. =) kalau free2 tu kita whassap2 lah yer.

 
okey, selamat berdiet ye kawan-kawan. semoga istiqomah. doakan perjalanan aku menuju gerbang perkahwinan berjalan dengan lancar. =)

i love u sugar daddy ku.

Comel-comel sokmo :-)

Thursday, October 3, 2013

Tips Diet Bab 1

baiklah kawan-kawan. diet yang aku update sebelum nie dikira batal okay sebab aku sudah menemui diet baru. hehehe. orang lain dah lama tahu aku termundur ke belakang baru tahu tentang diet nie.  i means diet atkins yang mana menghendaki aku menjadi spesies karnivor. nak tahu, google la sendiri.

setelah seminggu mengamalkan diet yang diberi nama Hot-Hot Taik Chicken Diet, aku telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 3kg huahuahua. nak tengok bukti? ok, dipersilakan dipersilakan. ( dengan penuh bangganya)


kan? aku nak sangat angka 4 di hadapan. walaupun jarum tu menunjukkan nak rapat-rapat ke angka 5. tetapi sebenarnya masih di angka 4. hooreey! ingatkan alat penimbang nie rosak lepas tu lepas ketuk2 pakcik cina tu kata, mana ada rosak. haha. sorry uncle!

baik. tip diet yang pertama, timbang berat anda. =)

sugar daddy kita janji nak bagi 300 kalau berjaya turun sampai 45kg. yeah. akan ku buktikan

Comel-comel sokmo :-)

Tuesday, October 1, 2013

Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat

Aku mahu size S atau aku masih size S? aku pun pelik ngan diri sendiri. minggu lepas baru aku beli baju, masih bersaiz S atau masih 36. tetapi kenapa merasakan diri gemuk sangat hah..hahaha. dengan seberat 53kg dan tinggi 153 lebih kurang membuatkan aku nampak gebu dan sexy.. hahaha perasan sangat kan.  kekg, berat 153 kg, tinggi 153cm. ketinggian dan berat adalah sama banyak muahahahaha. 

hari bahagia atau hari penyatuan dua jiwa tinggal dua bulan sahaja lagi. aku taknak nampak comel semasa hari tersebut. bayangkan kedua-dua pengantin gemuk dan pendek, pasti menjanjikan wedding paling comel pada tahun ini. oh tak dapat ku bayangkan.

jadi oleh kerana itu, aku akan berusaha untuk menurunkan berat menjadi 45-48kg mulai minggu ini, eh minggu depan, eh bulan depan, hahaha. aku sendiri tak tau bila nak setat. hahahahahahaha. lepas esok, esok lepas esok, esok. oleh sebab itu, ikutilah panduan ini. ini diet ketat so janganlah tiru.

pagi = sarapan oatmeal plus susu rendah lemak HL. walking selama 1 jam mula dari 7.30-8.30 pagi.

tengahari = nasi separuh dengan apa-apa jenis lauk pauk.

malam = epal hijau

sebelum tidur = susu skim.

baik. pastu minum air mineral yang 500ml sebanyak 6 botol sehari. 2 botol pagi, dua botol di sekolah. dan 2 botol malam.

doakan agar aku istiqomah ye kawan-kawan.


Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, September 25, 2013

Usah Dikejar Keseronokan yang Sementara

masa aku sekolah dulu, aku selalu tengok member2 aku ada pakwe yang dah kerja. kerja tu kerja biasa2 sahaja bukan kerja kerajaan atau bisnes besar atau kerja swasta.. tapi best la zaman belajar ada pakwe yang dah kerja nanti dapat topup free. yang tu jelah yang budak sekolah "makan" masa tu. di saat orang lain sibuk bercinta aku sibuk dengan pelajaran dan bantu mak di kedai. kadang2 jealous jugak tengok org couple dgn laki yang dah kerja. sekurang-kurangnya kalau keluar dating tak payah keluar duit, pakwe belanja makan, belanja itu belanja ini, datang jemput kat rumah.. sweet sangat kan. tapi aku tak merasa semua itu... -(

bila masuk universiti, masih tak dapat pakwe yang dah kerja. dapat pulak yang sama2 study.  sama2 tak ada duit. tapi aku ada jer duit. means, kalau aku nak apa pun aku akan dapat hasil titik peluh aku tolong mak setiap kali cuti semester.  aku bukanlah tak ada duit nak beli itu ini, ada. kereta sendiri pun ada. tapi aku nakkan satu perasaan di mana, makan duit pakwe, topup duit pakwe.. pakwe datang jemput dari rumah bawa pergi jalan-jalan then until now aku yang selalu menjemput pakwe aku.. bawa dia ke situ sini. nak jugak rasa sesweet gitu. tapi.

tapi aku bukan jenis yang suka  mengejar keseronokan yang sementara. tengok betapa akademiknya aku tidak memilih lelaki sebarangan untuk dijadikan teman hidup. jangan tengok pada siapa dia sekarang, tetapi tengok lah siapa dia pada masa depan. aku kan jenis orang yang memandang jauh ke hadapan. dugaan mendatang, aku kata sabar, sabar, tentu ada hikmah yang menunggu di penghujung jalan =)

and now you see what i got from my love..









semuanya omeyy omeyy kan.. banyak lagi sebenarnya tapi itu sahaja gambar yang ada dalam laptop ku.. yang lain ada dalam note 2.. dengan sugar daddy, segala impian akan jadi nyata. tenkiu sugar daddyku. ummuah. 

aku jugak tak nak dengar orang kata, elehhh dapat itu pun dah nak nunjuk2.. berlagak macam bini mat yo yang hitam macam bijik kopi tuh.. bagi aku, syukur apa sahaja yang kita dapat, daripada tak dapat langsung. =) jangan bebankan suami, terima sahaja apa pemberian ikhlas darinya, jangan jadi tak bersyukur,.




Comel-comel sokmo :-)

Thursday, September 19, 2013

Sugar Daddy Tego Kite

2011 kami kenal iaitu semasa aku masuk semester 2, 2013 kami mengikat tali pertunangan dan in shaa Allah 2013 kami akan berkahwin huahuahua. siapa sangka aku akan kahwin dengan sugar daddy aku sendiri, ada ke orang kawen ngan sugar daddy? biasanya kawen dengan pakwe kan? tetapi disebabkan oleh otak aku sentiasa berfikiran di luar kotak maka sugar daddy akulah yang dijadikan pilihan ahahahahaha...

selama kenal nie tak pernah pernah sugar daddy aku komen anything kat aku, semua yang aku buat nie betul. semua yang aku pakai cantik, semua yang aku masak sedap. muka tak mekup pon xpe sudah natural beauty katanya.. kalau tanya kentut wangi ke busuk mesti dia kata wangi hahahaha.. silap2 esok2 mati sebab overdose gas kentut.

1st time sugar daddy tegur tunangnya tentang penampilan diri. dulu selalu tego seksi, so kena kurangkan cekci, tego tak pakai cetokin, cetongan, tudung sengkat baju masih nampak lengan berbulu. ilek3.. nasib la aku nie jenis mudah menerima nasihat dan ubah slow2. pastu hari tu dia jujur kata aku tak mekup, pucat dan tak berseri. aku tanya ala-ala manja plus mengada-ngada..ala abang....tak cantik lagi keeee...dia jawab, mukan tak cantik mucukk mucukkk (yg ni saja tambah hahahaha).. cuma tak berseri,tu je. cantik memang cantik,natural beauty tetapi biarlah ada perhiasan sikit...at least pakai la bedak nipis2 barulah tak nampak berminyak muka tu. macam tu,..ewah3... kelasss kau jah.

em.memang pon.mukaku berminyak,minyak kat muka buleh wat goreng telo, sampai garing-garing telo tu.. kadang-kadang boleh jugak wat goreng ayam, daging dan sayur-sayuran di saat di rumah bujangku kehabisan stok minyak masak. nonsense! tenkiu sayangku, tenkiu sebab tego.. biasalah kita manusia tak nampak kesalahan diri sendiri, dan orang yang paling rapat dengan kitalah yang kena memperbaikinya. komen yang sangat membina!

aku bukan apa, aku malas nak letak bedak lipstik bagai..kadang-kadang ke sekolah, aku mengajar sesi petang, nak solat sebanyak 2x iaitu zuhur dan asar, kena basuh muka kan. kalau mekup nak kena buang mekup tu dulu guna mekup remover, kapas, toner etc.. malaslah abang... lepas tu nak bergegas ke kelas lagi. sangat-sangat malas. aku lebih selesa kalau biarkan muka aku macam tu je. aku jugak elergik dengan sebarang jenis bedak. sekali pakai bedak confirm naik jerawat batu sebijik dua.

ada murid tanya.. cikgu, kenapa cikgu tak mekup macam cikgu XXXXXX? tapi xpe cikgu tak mekup pun dah cantik.muka manis, cikgu XXXXXXX selalu mekup pun tak cantik jugak, macam hantu raya adalah. kakakakakaka. jahat betul budak2 nie ngata kat cikgu.

aku malas nak make up dan dress up sekrang nie tak tau kenapa. taknak tabarruj kot..hehe..sangat.. mungkin sebab aku anggap aku dah ada suami so tak payah nak mekup2 nak tunjuk kat sapa hahaha. tak baik kan macam tu, kena comey-comey sokmo especially utk suami tersayang.. =) JOM kite cekodeng gambar aku masa kami pergi honeymoon di melaka minggu lepas. yang nie lah yang dia kata tak cantik tu.

aku tengok cantik jer.. haha maklumlah aku kan memang perasan. cuma ada parut2 jerawat sikit2 je ;(

eye bag aku sangat besar. bertambah besar bila sugar daddy ada di sisi. dia suka dera aku, tak benarkan aku rehat. sampai malam pon nak jalan2 lagi... ngantukk setiap kali ada dia. hahaha

bukan main cantik lagi kata tak cantik. tak bersykur betul kau nie maimon!


nah, mata besar macam heliza helmi (aku tak suka dia sebab macam hipokrit perasan pendakwah tapi kadang2 tutup aurat kadang2 pakai cekci, jeans ketat)

dan lagi. aku hanya keluar rumah tanpa pakai bedak, lipstik (bibir dah semula jadi merah okayyy)

Tengok. bukan main cantik gambar di atas beserta dengan captionnya sekali siap mengutuk heliza helmi macamlah aku suci benar.. cuma parut jerawat tu lah, aku masih dalam proses merawat jerawat. jerawat banyak, kulit sensitif dan banyak elergik.. =(

selain daripada itu (penanda wacana), sugar daddy aku jugak melarang aku memakai tudung bawal. dia nak aku pakai tudung Ariani saja. kelas kan sugar daddy aku, maklumlah orang kaya baru. nafkah isteri tak pernah miss.. nafkah zahir sahaja ya, jangan salah faham.. korang nie otak kotor, kena cuci dengan clorox.. hahaha. banyak lah nak pakai Ariani selalu.. mahei la. aku baru ada 30 helai koleksi Ariani, tolonglah belanja lagi =) boleh ye abang, boleh ye abang.. abang kite nie kita kena "gosok-gosok" sikit dia baru dapat apa sahaja yang kita nak hahahahahaha.

dia kata tak cantik kalau aku pakai bawal. masalahnya bila pakai ariani aku nampak macam makcik-makcik saja.hahahahaha. nak tahu tak kenapa dia tak bagi aku pakai tudung bawal? yelah. pakai tudung bawal memang cantik. tapi sejam dua je cantik. lepas tu, INILAH HASILNYA... JENG3!!! NGEH 3..

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


DAN baru aku faham kenapa beliau mintak aku pakai tudung Ariani, sebab kemas dan kekal kemas. hahahaha. ini belum ada anak, nanti ada anak, tercabut terus tudung aku. hehe. sugar daddy kite minat kemas rupenya.. =)


ini bukan Ariani tapi tetap tudung ekspress. bila pakai selesa dan kekal kemas pakai 2 hari tak payah buang pun tak bergerak2...

Comel-comel sokmo :-)

Tuesday, September 17, 2013

Setelah berabad tak update belog.

Assalamualaikum.. Cikgu cantik dah masuk kelas. Hahaha perasan sendiri. Itu bukan aku yang kata tapi budak-budak yang panggil macam tu.. Nak buat macamana kan, dilahirkan cantik dan sweet, terima sahajalah ketentuan.. kekekeke.. baiklah. nanti muntah ijau para pembaca semua.. =)

Baik, setelah berabad tak update blog. hari ni nak update sikit. aku rasa elok lagi kan kalau dalam belog ni aku share mengenai pengajaran bahasa melayu yang aku aplikasikan kat sekolah. segala macam permainan yang aku jalankan semata-mata demi murid tercinta. tapi yang tu next time lah aku cerita. aku tak de nafsu lagi nak blogging benda berat-berat sebab sibuk yang terlampau..

baik. antara aktiviti yang menarik ialah kuiz, teka teki (walaupun pada hakikatnya teka teki yang karut -marut.its okay. cikgu jangan cepat marah kalau murid buat teka teki yang mengarut sebab itu secara tak langsung membuka minda dan memerah otak murid.

aku nak cerita tentang aku di sekolah.murid-murid ni kadang-kadang aku stress ngan mereka kadang-kadang aku suka jugak, dan boleh jadi penghilang stress. aku suka tiap kali mengajar kemudian masuk ke bilik guru dalam keadaan "letih". tu bermakna apa yang aku cuba sampaikan , sampai pada murid. aku lagi suka bila dua orang pelajar yang aku nak sebut nama mereka kat blog aku iaitu Afiq Hassan dan Tharvin, daripada tak tahu tulis karangan dah pandai buat karangan lengkap, bermakna pendahuluan, isi dan penutup. daripada 20/40 markah, sekarang aku dah dapat bagi 36/40.. bukan saja2 nak bagi banyak tetapi memang itu kemampuan dia dan sengaja nak bagi dia bersemangat lebih..hehehe.

selain daripada tu, ada dua orang pelajar yang mula-mula aku masuk memang macam hantu.. namanya imam, zuraidi dan sorang lagi tak ingat nama. sekarang nie baik je dalam kelas. suruh buat kerja, buat. nak tahu rahsianya? kena pong/pam mereka sokmo..hehe. it means, kena puji mereka sokmo, kena pandai main angin, ambik hati, pendek kata sekor2 dalam kelas tu kita kena bagi perhatian 100%. aku tengok budak yang aku bagi perhatian/pujian mesti dapat belajar lebih drpd orang lain. kalau yang pasif sangat kadang-kadang kena gi gosok atas belakang, buat kerja mengadap dengan dia, barulah mereka buat. tapi xlarat oiii nak ngadap 30 orang dalam dua masa atau 1 jam. mereka memang dahagakan kasih sayang =)

okay adik2 semua, cikgu akan usahakan untuk bagi lebih banyak kasih sayang kat kamu semua, walaupun kadang-kadang susu diberi dibalas tuba... =)

Comel-comel sokmo :-)