Assalamualaikum comel.
minggu lepas aku dah hilang 3kg, pastu hujung minggu aku pergi "berehat" rumah abang aku. betapa rakusnya aku makan semua masakan abang mithaliku.. huhu. abang sulong aku memasak sedap, untung la bini dia kan. hehe. aku tak kisah kalau suami tak pandai masak. cukuplah kalau dia tuh pandai masak untuk diri sendiri je, kalau aku tinggal nak pergi kursus ke outstation ke pandai-pandailah dia menjaga diri.
baik. bila ke rumah abang aku, aku dipam-pam untuk memasukkan segala mak nenek dalam perutku. minggu lepas makan kari kepala ikan siakap, kari kambing, ayam goreng, kek red velvet haha. dilayan macam puteri gitu dan serta merta aku tak ingat yang aku dalam mod diet.
bila balik Slim River, aku sambung balik projek diet aku. (padahal baru setat semalam.) semalam untuk sarapan aku makan ikan siakap stim. sarapan aku bersekali dengan lunch. malamtadi pulak makan sup sayur bunga kubis + brokoli saja. alhamdulillah, masih hidup aku hari ini. hahaha. aku ingat tanpa nasik aku takleh hidup dahh.
baik. tips diet yang kedua ialah, sila bagitahu mak, kawan-kawan, pakwe, suami, skandal (ooppss) abang, kakak, adik, jiran sebelah rumah, pak guard airport subang di tempat kerja, anak, bibik dan sebangsa dengannya supaya mereka tahu kita sedang berdiet.
kenapa kena beritahu orang? bagi aku, kalau aku bagitau lepas tu diet aku tak menjadi dan cuma hangat-hangat taik ayam, aku akan malu kepada mereka semua. macam tu. macam aku, aku bagitau tunang sugar daddy aku utk diet. beliau memberikan sokongan siap nak bagi upah duit sejuta kalau aku berjaya mencapai target goal aku iaitu 45kg.
selain dari sugar daddy, aku jugak selalu letak tentang diet aku dalam whassap group family aku. orang lain update pasal anak, kerja, gurau senda aku pulak pergi menyibok bercakap pasal diet aku. haha. kawan-kawan @ housemate pun bagi sokongan jugak. teman aku pergi exercise di taman tasik balun slim river, pastu aku mintak maaf sebab kita tak boleh makan sekali dah.. sila jangan menggoda aku sebab nasik itu dunia semata-mata. aku menghindari segala jenis karbohidrat seperti nasi, mee, bihun, kentang, oat , kicap, sos cili, dan segala makanan berasaskan tepung. karipap kuih muih aku tak sentuh langsung. kadang-kadang rasa nak pitam pun ada jugak.
sekadar selingan, tengoklah skinku yang dulu bukanlah yang sekarang, =) aku ada guna satu produk "rahsia". siapa-siapa yang mempunyai masalah kulit berjerawat, berminyak pada masa yang sama kering, sila tinggalkan komen, lepas tu whassap aku di nombor 0129332458 dan aku akan guide awak secara percuma. =) kalau free2 tu kita whassap2 lah yer.
okey, selamat berdiet ye kawan-kawan. semoga istiqomah. doakan perjalanan aku menuju gerbang perkahwinan berjalan dengan lancar. =)
i love u sugar daddy ku.
No comments:
Post a Comment