ya Allah, kau boleh ambik apa saja.. tapi buat masa sekarang jangan kau ambil 3 perkara :
1. Nikmat Islam dan iman
2. Ibu
3. Keluarga.
Itu sahaja.
Monday, April 30, 2012
Sunday, April 29, 2012
Masalah tak pandai bergaya
Macamana nak belajar bergaya? Aku tengok orang lain cantik je dengan pelbagai gaya? Aku? Aku nie memang zero bab nie. Pakai apa yang ada je, tangkap muat orang kata. Simple pahtu selekeh pulak. Aku tak pandai nak mix and match dan aihhh memang tak pandai la. Aku pakai je apa yang aku rasa selesa. Lagipun aku memang suka yang simple2 dan tak terlalu bergaya. Akhirnya jadilah aku budak comot yang selekeh. Sekian. Eh, belum habis lagi.
Kalau orang lain ke kelas dengan mekup, aku lebih suka pakai sunblock dan lips balm jer. Yelah, senang nak solat xpayah cuci2 muka banyak-banyak kali untuk buang mekup tu. Kalau rasa nak pakai bedak, aku hanya pakai bedak baby jer xpun bedak mineral dari avon, tak tebal pun bedak tu. Boleh ke jadi cikgu kalau tak pandai bergaya? Eh sape kata tak boleh? Cikgu yang bagus bukan kerana pakaian dan mekupnya tetapi pada kerjanya. Kena rajin, disiplin, dan sentiasa cari ilmu. Tapi bukanlah bermakna kita kena tampil terlalu selekeh. Kita kena pakai pakaian yang kemas, bersih dan wangi. Apa yang penting, tak menjolok mata dan menutup aurat. Ye tak? Sebenarnya, pakai cantik-cantik nak tunjuk kat siapa? Ada orang pakai cantik2, bukan leh pikat datuk pun. Yang dapatnya buruh binaan je. Hohoho. Gurau je gurau.
Tapi ni tak bermakna aku tak setuju dengan orang yang pandai bergaya. Aku suka tengok kawan-kawan yang pandai bergaya, cantik. Tudung belit-belit kaler sama ngan baju.
Apa pun, terimalah apa sahaja kurniaan Allah pada kita. Dan percayalah bahawa semua ciptaan Allah itu cantik-cantik belaka. Sabda Rasulullah s.a.w :
"wanita hiasan dunia, seindah hiasalah adalah wanita solehah"
Cantik dan berhias memang dituntut dalam Islam. Islam tidak suka umatnya yang selekeh, kust masai dan tidak terurus. Rasulullah itu sendiri seorang yang sangat kemas, kacak dan menarik sekali. Malah, senang mata apabila melihatnya. Dan Islam menuntut isteri berhias untuk suaminya. Tapi sekarang ni x, rata2 berhias masa nak g kerja je. Ye dak? Di rumah pula pakai baju lusuh ada polkadot, kain sarung. Parfum pulak bau belacan, bawang putih dan ikan kering. Rambut pulak rambut kak limah.
Pilihlah pakaian yang sesuai. Sape kata berfesyen tidak boleh tutup aurat? Boleh je. Islam pun tak halang umatnya berfesyen asal tak berlebihan dan tak melanggar hukum menutup aurat. Bukankah kita nak pamerkan imej Islam di mata dunia? Kalau tak cantik, macamana orang bukan islam nak tertarik dengan islam. biar agama2 lain tertarik dengan kita. bukan seksi je boleh bergaya. tutup aurat pun boleh bergaya. tengok nie..
ha..manis je kan?
Muhasabah diri malam Isnin
"pengakuan berani mati : aku memang gila.hahaha.. aku tak tahu perlu ke tak aku tulis dalam blog. kenapa aku perlu ikut emosi sangat eh? aku kena sabar... jangan disebabkan kesalahan yang satu memadamkan kebaikan yang beribu..tapi kadang2 macam tu lah. bila kita buat salah sekali, orang hanya akan pandang kesalahan kita yang tu je,kebaikan kita selama ini terus dilupakan. aku kena didik hati aku, agar sabar dan memaafkan kesalahan orang lain. ya! itulah yang aku buat selama nie. tapi bila aku terlalu baik, orang pulak yang hilang hormat pada aku. sedangkan aku diajar untuk menghormati xkira siapa sahaja.
dalam hidup menuju mati ni, tentu banyak benda2 bodoh yang kita lakukan, bila kita dah matang sedikit, barulah kita sedar akan kebodohan kita itu. biasalah, belajar melalui pengalaman. banyak kenangan manis, kenangan pahit, kenangan lucu, dan banyak kenangan yang memalukan. xpe lah.segala kenangan aku akan tulis di belog. biarpun apa yang aku tulis sangat lucu, bodo, aku tetap nak tulis. biar kenangan tak terpadam begitu sahaja. bukan nak tunjuk bodoh, tapi satu hari nanti, bila aku baca balik, aku dapat kenal diri aku."
Saturday, April 28, 2012
Emosi terganggu
sila baca tanpa prejudis.
kotor je blog aku bila tulis pasal politik, aku tak suka ngan politik. tapi emosi aku betul2 terganggu bila tengok Bersih, apa yg bersihnya kalau buat sampah merata-rata. aku pulak jenis pencinta alam sekitar, pergi pasaraya xmintak plastik pun, jumpa sampah tengah jalan aku kutip, dan aku pernah bersihkan tandas sekolah seorang diri dengan rela hati sebab terlalu kotor. apa nak jadi ngan rakyat Malaysia sekarang nie..suka sangat kalau ada perpecahan dalam kalangan umat islam. bangsa lain bertepuk tangan, siap melompat2 dengan tali skipping lagi bila tengok umat islam berpecah.bila kita kata macam nie, dia kata kita xada otak.yang mereka duk buat kacau macam beruk mat yeh kena sawan tu ada otak ke? penganjur pulak, dah jangka benda buruk akan berlaku..ada yg cedera, ada yg maut..macamana kalau ahli keluarga kita ada kat situ?pastu pemimpin2 tertinggi ucap pulak tahniah pada rakyat.jahat sungguh mereka itu, demi berebutkan kerusi rela pergunakan rakyat. sedih bila tengok..nampaknya slogan 1 Malaysia nie xberjaya.
emosi aku betul2 terganggu.jadi aku tak mahu diganggu.esaimen, nyah kau dari sini. aku perlukan satu hari tanpa esaimen..keluar dengan yg tersayang makan angin, shopping2, makan2, itu yg sebaiknya. tapi aku xde yg tersayang..huhuhuhuhu..cedeyyy!
apa lah mimpi semalam..betul2 buat aku beremosi pagi nie..ade pulak mimpi kawen dengan orang yg tak dikenali,kawen paksa pulak tu.aishhh! jangan paksa aku kawen ye mak, kalau paksa kawen dengan aaron ajis xpe..kenapa la bila mimpi, akan terbawa2 ke dunia realiti. bila aku mimpi sedih, bila aku terjaga aku pasti akan menangis..bila aku mimpi nak marah, bila terjaga memang betul2 nak marah. dan boleh jadi sehari aku nak marah. bahaya betul ngan mimpi nie..
aku perlukan seseorang... (gersang punya statement..hahahahha..taip ON GERSANG dan hantar ke 33533)
Friday, April 27, 2012
Dia mendekatkan aku dengan Allah
Memandangnya, sudah cukup mendorong kita untuk ingat kepada Allah...
Mendengar bicaranya, menyebabkan ilmu dan kefahaman kita bertambah...
Melihat amalannya, menyebabkan kita ingat kepada akhirat...
Orang-orang yang ingin membersihkan hatinya hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berhati suci dan dekat dengan Allah.
"Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang benar"
(at-taubah :119)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang-orang mukmin yang bertaqwa"
(HR Abu Daud dan Tarmizi)
Di antara ulamak berkata : bersahabatlah dengan orang-orang mukmin, nescaya mereka akan dapat menunjukkan kamu ke jalan Allah.
Di antara keutamaan persahabatan yang murni serta kecintaan yang tulus, ialah bahawa seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya, walaupun tingkat ilmu dan ketaqwaan antara keduanya tidak sama. Bahkan ia akan bersama-sama dengan orang dicintainya di syurga,
"Seseorang itu bersama dengan orang yang ia cintai"
(HR Bukhari dan Muslim)
Ciri-ciri sahabat pilihan :
- Berpegang teguh kepada syariat Allah dengan niat ikhlas, jujur dalam ketaatan dan berterusan dalam beramal.
- Dalam diri mereka tidak nampak adanya kemaksiatan, bid'ah yang menyalahi syarak.
- Mereka menyibukkan diri dengan kelemahan dan aib yang ada pada dirinya sendiri dan tidak pernah sibuk dengan kesalahan orang lain.
- Melaksanakan tugas "amar makruf nahi mungkar" dengan kekuatan iman dan keberanian jiwa.
- Di wajah mereka ternampak cahaya keimanan.
- Memerhatikan umat Islam dan sedia membantu umat.
- Bergerak secara jujur demi tanggungjawab agama dan mempunyai semangat yang ikhlas dalam memperbaiki umat dan jihad.
"Seseorang itu mengikut agama kekasihnya, maka hendaklah setiap kamu memerhatikan siapa yang ia cintai" (HR Ibnu Hibban)
Jelas, berteman dengan orang pilihan akan membimbing seseorang itu kepada jalan kebaikan dan hidayah. Sebaliknya, berteman dengan orang-orang derhaka akan mengarahkan seseorang itu kepada keburukan dan kesesatan.
"ya Allah, sentiasalah bimbing langkah kaki hamba, sentiasalah pegang tangan hamba, hamba-Mu ini selalu terleka, selalu tersasar, dan selalu mahu terlepas dari tambatan iman.."
"ya Allah, kurniakan hamba sahabat yang baik, cinta yang baik, agar cinta yang dibina tidak melalaikan hamba dan agar diri ini selalu mengingatimu ketika bersama dengannya"
Thursday, April 26, 2012
Mari belajar bersyukur
- Pertama sekali aku bersyukur kerana dikurniakan nikmat Islam dan Iman oleh Allah s.w.t. Aku sangat takut sekiranya kehilangan nikmat ini.
- Kedua, aku bersyukur kerana dikurniakan mak ayah yang garang. Mereka telah membawa aku ke sini.
- Aku bersyukur kerana Malaysia negara yang aman. Insya-Allah.
- Aku bersyukur dilahirkan oleh mak dan ayah aku.
- Aku bersyukur mempunyai adik beradik yang ramai. Boleh kawan dengan mereka dan hujung minggu dating dengan mereka.
- Aku bersyukur ada keluarga besar jadi ekonomi pun kukuh, ngeh3..
- Aku bersyukur dikurniakan fizikal dan mental yang sihat dan sempurna. Alhamdulillah..
- Aku bersyukur dapat belajar di UPSI.
- Aku bersyukur aku tidak dilahirkan di Amareka, kalau x pakai seluar pendek dah sekarang.
- Aku bersyukur bila ada yang jealous pada aku, memfitnah dan mengata aku kerana mereka telah memberi pahala percuma kepada aku (amalan aku tak banyak jadi, terima kacihhhh..)
- Aku bersyukur dapat berbakti pada ayah saat hari-hari terakhirnya.
- Aku bersyukur ayah garang tak bagi derak kokse.
- Aku bersyukur ayah tak ajar aku pakai jeans ketat.
- Aku bersyukur ayah tak ajar aku pakai baju adik.
- Aku bersyukur rambut aku panjang dan lurus.
- Aku bersyukur kerana aku bertudung.
- Aku bersyukur kerana aku tahu bersyukur.
- Aku bersyukur dikawal ketat oleh mak dan ayah.
- Aku bersyukur zaman remaja aku terbatas.
- Aku bersyukur walaupun aku lepas daripada kawalan ibu bapa tetapi aku boleh kawal diri sendiri.
- Aku bersyukur kerana belajar Tasawwur Islam, Sejarah Islam dan Geografi.
- Aku bersyukur aku takut kepada azab Allah.
- Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.
- Aku bersyukur aku pandai mengaji.
- Aku bersyukur aku banyak cakap.
- Aku bersyukur aku makan banyak.
- Aku bersyukur aku jadi best student SMK Gaal dan SMK Tok Janggut.
- Aku bersyukur aku tak ambik diploma.
- Aku bersyukur aku tak masuk kelas sains.
- Aku bersyukur kalau dapat jadi cikgu.
- Aku bersyukur walaupun tak pandai Matematik tetapi selalu dapat markah penuh Bahasa Melayu.
- Aku bersyukur semua adik beradik aku cikgu.
- Aku bersyukur aku dah lepas lesen kereta motor 5 tahun yang lalu.
- Aku bersyukur dilahirkan menjadi perempuan.
- Aku bersyukur aku tak hisap rokok.
- Aku bersyukur aku selalu dapat nombor 1.
- Aku bersyukur jadi orang Kelantan.
- Aku bersyukur dengan kesihatan aku yang tak pernah sakit.
- Aku bersyukur aku pandai kawal emosi.
- Aku bersyukur walaupun aku boros dan tak pandai jimat duit.
- Aku bersyukur masih ada 2 tahun lagi untuk aku menghabiskan pengajian ini.
- Aku bersyukur ada kawan-kawan yang baik.
- Aku bersyukur aku ada blog untuk menulis list kesyukuran ini.
Banyak sangat nikmat Allah kalau hendak dihitung.. Kalau ada lagi, aku akan tambah. okey......
Wednesday, April 25, 2012
Jangan abaikan kebersihan cadar
Artikel ni saya jumpa di laman web Yahoo. Tapi dalam bahasa Inggeris. Faham la sikit-sikit. Hehehe.. Dia kata, tak kira apa pun status anda.. Sama ada ada bujang ke, janda ke, duda anak 6 ke, janda berhias ke janda yang tak dibela nasibnya ke sebab lelaki nak berpoligami hanya cari anak dara sahaja, atau status anda berkahwin boleh dilihat di Facebook. Tapi kat Fb ni xleh caya sangat. Nak main2 je banyak.. Saje nak bagi orang jealous atau saje nak feeling2 married walaupun single mingle.. menurut laman wab google, apa sahaja status anda, sebenarnya anda tak tidur sendirian. haaaa..ada peneman rupanya..tapi kali nie bukan Kak Limah.
Berapa kerapkah kebanyakan rakyat Amareka menukar cadar mereka?
pedulikan rakyat amareka. rakyat Malaysia, sama je kot.
jawabnya, kebanyakan orang menukarnya seminggu sekali.
itu orang rajin basuh cadar macam aku.
bukan sebab aku rajin tapi sebab aku suka makan atas katil kemudian datang semut jantan menggigit. hey! tapi ramai jugak orang yang tukar cadar sebulan sekali, atau lebih.
orang lelaki kot..hehe..orang perempuan pun ada sebenarnya. terutamanya orang muda.
aku tengok housemate aku dulu tukar cadar sekali setiap sem..perghhhhhh!!!
esaimen, makan megi, online FB, blogwalking semuanya atas katil..ah nikmat tak terkata. semacam takde nik mat kalau buat kerja di meja, nik him dan nik sin je ada,hehe..nik aziz???
Jadi berapa kerapkah sepatutnya kita kena tukar cadar?
of koss lah seminggu sekali kan..bukan sekadar cadar, sarung bantal juga mesti dibasuh seminggu sekali. eee..air liur basi di sarung bantal mesti menghasilkan peta setiap pagi kan.
untuk elakkannya gosoklah gigi sebelum tidur.
sebenarnya, dalam masa seminggu tu banyak kotoran yang terkumpul di cadar.
jadi, lebih baik basuh betul2. jadi, kita akan lebih selamat bernafas dan tidur dalam material bahan tersebut.
lebih-lebih lagi sarung bantal..kita tentu akan letak muka kita atas bantal.kalau sarungnya tak bersih 3.0 sudah tentu timbul la jerawat, kudis, kurap kayap dan yang sama waktu dengannya...
kenapa cadar boleh kotor?
macam aku kata tadi, kita buat kerja atas katil. air liur basi ke, makanan ke, kencing malam ke (????)
jadi kalau anda tak berperangai sedemikian cadar boleh dipenuhi bakteria kerana sel-sel kulit manusia itu sendiri. adakah sebelum tidur anda betul2 bersih 3.0?? atas cadar terdapat : spora kulat, rembesan badan, bakteria dan sebagainya. dan seorang boleh berpeluh sebanyak satu liter pada malam2 hari.
cara yang betul untuk mencuci cadar..?
basuh seperti biasa, tambahkan clorox atau vanish. sidai di tempat panas. bila sidai di tempat panas, segala bakteria, dan hama akan tersingkir.
rajin2 tukar cadar ye..
bilik di kampung..tangkap muat je.haha |
Tuesday, April 24, 2012
Hati Itu Milik Allah
Hati itu milik Allah. Kita tak boleh menjangka hati seseorang. Apa guna jasadnya bersama kita, kalau hatinya bukan untuk kita. Kebahagiaan itu terletak di hati. Kalau hati bahagia, senyuman akan terukir di wajah kita. Dan memberi keceriaan kepada hidup kita. Tapi, andai hati tidak bahagia, walaupun kita dapat apa yang kita mahukan, hati akan tetap keras membatu. Oleh sebab hati itu milik Allah, maka sentiasalah berdoa kepada Allah agar hatinya tetap untuk kita. Untuk doa kita makbul, kita sendiri perlu menjaga hubungan hati dan amalan kita dengan Allah. Doa agar Allah masukkan kembali kekuatan kasih dalam hatinya. Apa yang dari hati, akan jatuh ke hati.
"Tuhanku, semoga aku ingin lebih menghibur daripada dihibur, memahami daripada difahami, mencintai daripada dicintai. Kerana, dengan memberi aku menerima, dengan memaafkan aku dimaafkan, dengan mencintai aku dicintai, dengan cinta aku bangkit kembali, dan dengan cinta aku hidup abadi... Setelah jatuh cinta, bangunkan cintamu."
Menunggu Panggilan Seseorang...huhuhu
aku sedang menunggu panggilan seseorang..
masa gi kelas..aku bawa motor..ada sebijik motor tu, parking tengah2 jalan. aku nak masuk, sempit. ada perempuan kat situ.perempuan tu tolong aku alihkan motornya. aku slow2 lalu, kemudian..
"prakkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!"
ha..cermin sisi motor Ex5 warna biru pecah. alamak! tuannya xde..aku tinggalkan nota yang berbunyi
"maaf pecahkan cermin. call nanti, 013680****"
huh..kesian dia..tapi nape tak telefon lagi nih, tak nak tuntut ganti rugi ke?
Sunday, April 22, 2012
Hukum Berpurdah
Soalan: Sejauh manakah pandangan Islam tentang pemakaian purdah dalam kalangan muslimat terutamanya di dalam masyarakat kita hari ini, yang majoritinya berpakaian menutup aurat mengikut `uruf dan adat kebiasaan.
Jawapan :Persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagai niqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para `ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yang diiktiraf untuk kedua-dua pihak. Ada di ulama kalangan yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah `aurat. Jumhur fuqaha’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya `aurat. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-majmu’ , katanya:
“Sesungguhnya `aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad”
Di zaman ini, di kalangan ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya al-Syeikh Ibn Baz r.h.dalam fatwa-fatwanya yang banyak, juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi dalam buku kecilnya “إلى كل فتاة تؤمن بالله” dan sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan `aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم. Demikian juga Muhammad al-Ghazali dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.
Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya `aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:
a) Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:
Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: ِإلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا (maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat ini.
Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan penbincangan ayat tersebut dalam kitabnya الرد المفحم membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini.
Kedua: ayat di atas menyatakan:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
(maksudnya) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Allah hanya memerintahkan agar ditutupجيوب iaitu jamak kepada جيب ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.
Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu”
b) Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52
لا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ
(maksudnya) “Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.
Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa para muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.
c) Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah alAnmari, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا فِي أَصْحَابِهِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ وَقَدِ اغْتَسَلَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ كَانَ شَيْءٌ قَالَ أَجَلْ مَرَّتْ بِي فُلانَةُ فَوَقَعَ فِي قَلْبِي شَهْوَةُ النِّسَاءِ فَأَتَيْتُ بَعْضَ أَزْوَاجِي فَأَصَبْتُهَا فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا فَإِنَّهُ مِنْ أَمَاثِلِ أَعْمَالِكُمْ إِتْيَانُ الْحَلالِ
(Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tiba baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan baginda sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab baginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun mendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam الأوسط . Kata al-Albani dalam سلسلة الأحاديث الصحيحة sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan إن شاء الله) .
Walaupun rawi hadith tidak menyebut nama wanita berkenaan, tetapi perkataan fulanah dalam bahasa arab bermaksud wanita tertentu yang dikenali. Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengenalinya. Sebagai Rasul yang bersifat dengan keinsanan maka timbulnya perasaan dalam hati baginda seperti mana ianya timbul dalam jiwa seorang insan lelaki yang normal. Maka untuk melepasi perasaan tersebut baginda mendatangi seorang daripada isteri-isteri baginda, iaitu Zainab seperti yang dinyatakan dalam riwayat yang lain. Juga hadith ini adalah tunjuk ajar Nabi s.a.w. secara praktikal kepada para sahabah.
Dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:
فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَاكَ يَرُدُّ مِمَّا فِي نَفْسِهِ
“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka datangi isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada dirinya” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).
Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berpurdah?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.
d) Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:
عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهممَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ
Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.
Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan:
فَأَخَذَ الْفَضْلُ بْنُ عَبَّاسٍ يَلْتَفِتُ إِلَيْهَا وَكَانَتِ امْرَأَةً حَسْنَاءَ وَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ فَحَوَّلَ وَجْهَهُ مِنَ الشِّقِّ الْآخَرِ
Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia adalah seorang perempuan yang cantik Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.
Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga adalah tidak kukuh. Jika dibaca kesuluruhan hadith kita kan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, iaitu pada tahun 5 hijrah. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat.
Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur `ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan `aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur dalam ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudah seseorang muslimah di dalam alam semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Marilah berguru kepada guru yang mursyid, bukan yang tidak dipastikan sejauh mana ilmunya.
Saturday, April 21, 2012
Sayangilah kalau ingin disayangi
Blogwalking.. kemudian terbaca kisah ini...
Suami tercium bau dari dapur..Apa agaknya disediakan isteri untuk minum petang..
Suami : (senyap2 datang kpd isteri dari belakang, lalu memeluknya) Sayang, masak apa tu?
Isteri : Abang! Terkejut Za..Emm (menyenangi pelukan suaminya) Za goreng cekodok ikan bilis kegemaran abang (tersenyum sambil sandar di badan suami yang memeluknya) Abang duduk dulu kt depan, nnti Za siapkan minum petang kita
—————————————————————————————
Minum petang dihidangkan si isteri…
Suami : (berkerut dahi selepas minum air yang dituangkan isteri)
Isteri : Kenapa bang??Xsedap ke air Za buat?? (Lalu diminum air dalam cawan suaminya) Manis je ni bang?
Suami : (Diambilnya cawan tersebut dan minum dibekas bibir isterinya) Barulah MANIS! ^^
Isteri : Saje je abang ni kacau Za! (Cubit paha suaminya!)
OPpss..kebetulan, nama dia sama ngan nama aku. hik3.. xla, nama dalam cerita tu Iza, saje2 nak tukar jadi Za.. Kebetulan kan..hihihhi..
kemudian.. ada yang komen..
"ada ke pasangan macam ni? kalau baru kawin ada la kot"
satu lagi komen..
"dah lama kawen sepak terajang! ahahahaha"
satu lagi komen..
"suami macam nie xwujud di alam nyata.."
aku pun nak komen jugak lah. baiklah. kita selalu salahkan suami/isteri kita tak romantik. tak belikan bunga untuk kita, tak belikan rantai untuk kita..tak cium kita sebelum pergi kerja..tak bawa kita pergi candle light dinner..lalu pasangan kita disalahkan 100%. apa kata, kalau kita yang buat macam tu kat pasangan kita? sayangilah kalau ingin disayangi..insya-Allah, akan dihargai dan dibalas dengan perbuatan yang serupa. apa yg kita beri, itulah yang kita dapat. jangan berkira kalau perbuatan itu xdibalas, berilah selagi termampu.. okeh, selamat beromantik.. ^^
Sketsa Suami Isteri Di Dapur, 2.0 out of 10 based on 1 rating
Suami tercium bau dari dapur..Apa agaknya disediakan isteri untuk minum petang..
Suami : (senyap2 datang kpd isteri dari belakang, lalu memeluknya) Sayang, masak apa tu?
Isteri : Abang! Terkejut Za..Emm (menyenangi pelukan suaminya) Za goreng cekodok ikan bilis kegemaran abang (tersenyum sambil sandar di badan suami yang memeluknya) Abang duduk dulu kt depan, nnti Za siapkan minum petang kita
—————————————————————————————
Minum petang dihidangkan si isteri…
Suami : (berkerut dahi selepas minum air yang dituangkan isteri)
Isteri : Kenapa bang??Xsedap ke air Za buat?? (Lalu diminum air dalam cawan suaminya) Manis je ni bang?
Suami : (Diambilnya cawan tersebut dan minum dibekas bibir isterinya) Barulah MANIS! ^^
Isteri : Saje je abang ni kacau Za! (Cubit paha suaminya!)
OPpss..kebetulan, nama dia sama ngan nama aku. hik3.. xla, nama dalam cerita tu Iza, saje2 nak tukar jadi Za.. Kebetulan kan..hihihhi..
kemudian.. ada yang komen..
"ada ke pasangan macam ni? kalau baru kawin ada la kot"
satu lagi komen..
"dah lama kawen sepak terajang! ahahahaha"
satu lagi komen..
"suami macam nie xwujud di alam nyata.."
aku pun nak komen jugak lah. baiklah. kita selalu salahkan suami/isteri kita tak romantik. tak belikan bunga untuk kita, tak belikan rantai untuk kita..tak cium kita sebelum pergi kerja..tak bawa kita pergi candle light dinner..lalu pasangan kita disalahkan 100%. apa kata, kalau kita yang buat macam tu kat pasangan kita? sayangilah kalau ingin disayangi..insya-Allah, akan dihargai dan dibalas dengan perbuatan yang serupa. apa yg kita beri, itulah yang kita dapat. jangan berkira kalau perbuatan itu xdibalas, berilah selagi termampu.. okeh, selamat beromantik.. ^^
Sketsa Suami Isteri Di Dapur, 2.0 out of 10 based on 1 rating
Friday, April 20, 2012
Wanita Tercantik Di Dunia
bagi aku, inilah wanita tercantik di dunia.. Barbara Mori a.k.a Ruby.. memang cantik, sekali tengok macam aku..hik3.. hahaha,,aaaaaaaaaaaaaaaaaa........ (maaf, terpuji diri sendiri)
tapi, susah nak tengok dia nieh pakai yg tutup2 cket..
dan bagi aku lah, belum ada sesiapa yg dapat tandingi kecantikan dia..walaupun dah tua..
Thursday, April 19, 2012
Antara Perempuan Kurus, atau berisi.. Yang mana pilihan anda?
Sraight to da point...awek kurus, atau awek gemok, mane lebih cantik? bagi aku kalau kurus tu xcantek r..kalau gemok lagi xcantek..comelnya yg sedan2 sajer.. ok k k.. anda nak gemuk ke, nak kurus?
kalau perempuan kurus, xseksi la..nanti pakai kebaya nyonya atau kurung moden xcantik sebab xde punggung..hahahaha..sekeping papan playwood orang kate!
aku dahulu
kurus sampai xde pipi..
masa nie berat xsampai 45kg..
kalau nak derma darah (sila sebut *darah dengan betul, bukan versi padayappa), selalu tak lepas berat.. hehehe..
selalu kena kutuk kate kurus! hey! xbaik tau kutuk2 orang nih..
ada orang tu kate aku kurus sangat sampai bijik mate terkeluar. hey! kurang asam jawa extra tanpa bijik sungguh orang yg mengata itu.. xpe, redha. hehe..
kurus |
aku pun tak sedar, sejak bila berat badan aku naik..
aku tahu..seawal aku masuk UPSI..aku hanya seberat 41 kg..kahkahkah.oh kenangan manis..
tapi sumpah tak cantik nak pakai kebaya..
tapi tak..aku bukan jenis pakai macam tu..naseb bek..hehe
sedar tak sedar..sekarang dah mencecah 50 kg..
dengan kependekkan macam nih..
memang nampak gemok...berisi..
tapi bagi aku cantik lagi..
dah boleh pakai kebaya ketat dah...
nak tambah cket lagi...55kg mesti lagi cekci..hahahaha
nawaitu dah tak baik, terpesong!
tembam kan pipi saye..
nie cucuk botox nie.hahaha..tengok2 panjang kan dagu saye..pipi pulak tegang macam kak nita!
masa aku kecik2 dulu aku selalu perhatikan kakak aku..
yang duk universiti..tiap2 kali balik cuti dia kata nak diet!
dia kata bulan depan dia balik, dia akan kurus..tapi xkurus2 pun..hehehe
aku pun pelik kenapa la dia selalu nak kurus..
aku buka album lama, memang dia kurus..
jadi..aku berfikiran macam nieh!
antara perempuan kurus dan berisi?mana pilihan hati?
bagi aku, lebih baik cari yg kurus,
sebabnya bila dah beranak, secara automatiknya yang kurus jadi berisi dan yg berisi jadi gemok..muehehehe...
kalau nak selalu cantik cari yg sekeping macam nih
tapi jangan salahkan aku bila masa bersama tercucuk tulang..kah!kah!kah!
sebenarnya masalah inilah yg sedang menghantui aku..sekarang aku berisi..dan aku sungguh2 usaha nak bagi berisi.tapi esok2 macamana?mesti jadi gemok kan?xcantik2..aku memang jenis xleh control makan..asyik lapar jer...
aku memang pemakan, suka makan...dan xleh nak kawal nafsu makan aku..
aku selalu bagi tahu sugar daddy aku, aku nak diet..hehe..dia kata dia tak kisah walaupun aku gemok..
katanya walaupun aku gemuk tetap cantik..cis! pandailah main angin..padahal sebab dia pun gemok..huhuhuh.....
mulai hari nie aku janji akan diet..
aku akan jadikan nasik sebagai musuh aku!
yeah!!!!!!!!!!
nasik itu musuh!
kfc itu musuh!!!
roti canai itu musuh!!!
pizza hut itu musuh!!!!!!!!!!!!!!
nasik kerabu + daging???
insya-Allah...
"Wahai anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan"
(al-A'raf : 31)
Reject awal-awal
ibu bapa kita, kita tak boleh pilih siapa mereka. kalau boleh pilih dah tentu nak jadi anak DS Najib kan xpun anak sultan mizan. sejauh mana akhlak dan agama kita hari ini juga ditentukan oleh ibu bapa kita. baik ibu bapa kita, maka didikan itu akan menjadikan kita baik. buruk ibu bapa kita, maka kita pun buruk. tapi kita tak boleh 100% menyalahkan ibu bapa kalau hari nie kita msih lagi tak solat. mak ayah dah hantar ke sekolah belajar ilmu agama, bila mak ayah tak mampu nak ajar sendiri. jadi tanggungjawab ibu bapa dah lepas.
akan tetapi, jodoh itu boleh dipilih. kalau jodoh juga tidak boleh dipilih, kenapa ada pedoman dan syarat2 yang telah ditetapkan dalam islam bagaimana untuk memilih suami yang baik? kalau suami tak boleh dipilih, maka untuk apa hadis yang disabdakan oleh Rasulullah?
Memilih suami yang baik itu hak kita. kerana dari suamilah turunnya redha Allah kepada wanita.
Aku bukan nak kondem sape2 kat sini, tapi kalau soal jodoh aku rasa lelaki pertama yang direject ialah lelaki yang:
1. tak jaga solatnya.
kita boleh tahu dia solat ke x, dengan cara tanya dia solat ke x.hehe..atau time kita keluar dengan dia, acu cek dia terleka sampai buat2 lupa waktu solat, atau dia mengutamakan solat dulu. kalau time keluar dia buat2 lupa, memang boleh reject awal2 la.. yelah, aku bukanlah baik sangat jadi aku perlukan orang yg alim untuk mengubah aku. dengan harapan bila aku cintakan dia, aku pun mengidolakan dia dan mengikut rentak dan lagunya. bukanlah bermaksud berubah kerana manusia sampai tak ikhlas niat utama kerana Allah, niatnya sama sahaja menuju Allah juga akhirnya, rasanya tak salah.
2. merokok
aku pasti semua perempuan tak suka lelaki perokok. yang ada pakwe hisap rokok tu mungkin dah takde pilihan lain sehingga terpaksa menerima lelaki perokok jugak akhirnya. dah jelas rokok itu HARAM, tak perlu pertikaikannya lagi. lelaki perokok nie jugak busuk gigi.sila jangan bangkang kerana ini fakta saintifik. cubalah ubah pakwe merokok kalau berjaya. tapi rasa-rasanya susah nak ubah lelaki.
3. kedekut taik idung masin
kalau topap pun xpernah, baik reject awal2. sepanjang perkenalan sehelai Ariani pun tak dapat, baik reject awal2 sebelum terlambat. Ariani? Over kau jah! kalau time makan dia xpernah nak keluarkan duit dia, alahai baik reject awal2. tapi perempuan nie bodo sikit. sebab terlalu kemaruk dengan lelaki pujaan hati, rela duitnya habis untuk bela/pelihara jantan macam tu.hey!! kamon la beb! kalau dia benar2 lelaki dia tak kan makan duit anda. apatah lagi kalau laki tu dah kerja.. maaf, aku memang tak biasa keluar dengan orang yg belum bekerja. aku selalu keluar dengan orang yg dah kerja..(abang aku la weh).. jadi, bila makan dia bayar, gi shopping dia bayar..tiket wayang dia bayar..walaupun berhenti berak kat RnR kena bayar 20 sen pun dia bayar, jadi aku tak biasa keluarkan duit sendiri bila keluar,..ngeh3..
nie ape..pakwe dah kerja..keluar jalan2..tiket bas asing2...makan kfc, bayar asing2..tiket wayang asing2..minyak kete kongsi..kihkihkih.. lelaki nie asyik nak kongsi je kan kerjanya. sampai duit hantaran pun nak kongsi. lepas kawen xbagi nafkah kat bini, sebab kongsi duit gaji..last2, bini pun terpaksa berkongsi suami dgn org lain..muehehe..ada pulak kan duitnya utk kawen lagi satu..ceh pooorah!
sebenarnya, aku tak boleh nampak ciri kepimpinan ada pada lelaki2 ini!
Wednesday, April 18, 2012
Yeah, semangat Assabiyah tu penting
kalau nak cari jodoh, aku memang tak akan cari orang luar selain Kelantan. Aku akan cari orang Kelantan jugak! Aku nak orang dekat jer, senang nak balik kampung! hehe.. aku tak nak jauh2 walaupun Kelantan tu sendiri contohnya Gua Musang, Pasir Mas, atau Tumpat. jauh tu jauh!! hahaha.. Eh, cu masuk Terengganu. walaupun aku anti ngan orang Terengganu, pasukan bola sepak Terengganu, tetapi insyaallah orang Terengganu aku boleh pertimbangkan lagi. Itu pun kalau Terengganu tu hanya daerah Besut/Jerteh. kah!kah!kah! 10 minit dari rumah aku. Kite xmain lah orang jauh2 nie der.. bukan apa..
pertamanya, aku tak pandai cakap luar..kah!kah!kah! kau bayangkan macamana aku nak duduk kat dapur dengan mentua dari Kedah? jadi ayam ngan itik la kali nie..ish xleh imegine xleh imagine.. ataupun Sabah? oh no! Ayoyoyoyo...aku tak akan dapat mengawal bahasa aku.aku nak jadi diri sendiri.aku takut bahasa aku terbatas sehingga aku tak boleh nak luahkan apa yg aku mahu..
"nanti hujan dah serik, adik2 boleh pergi main tembak..hehe.."
aku tak nak mengKLkan bahasa kelantan.nanti aku sendiri yg tergelak sampai terguling2..
keduanya, budaya dah tak sama..hehehe..pandai2 je ko nieh! betul! kalau aku masak cara lain, dia masak cara lain, nanti dia marah aku kata aku tak pandai masak. sedangkan aku pandai memasak segala jenis makanan.. (bangga diri, tepuk2 dade!) yelah..orang kelantan masakan dia lain. orang kelantan makan sedap. tak macam kat tanjung malim nih, semuanya tak sedap..nak sedap g cari kedai makcik kelantan betul x?
pastu aku pulak dah diajar sejak kecik lagi kena makan pagi. lepas subuh kena terus cari nasik. aku orang kampung je bukan anak orang putih pagi2 makan roti bersalut jem..em..em..emm..nanti xsama..tengok kat tg.malim nieh.mane ada orang jual nasik pagi! kat kelantan pukul 6.30 dah ada nasik. kul 8 pagi nasik dah habis. tapi kat sini, terpaksa menahan perut dari lapar sebab tengahari baru buka kedai..aparaaaa.......
ketiganya, aku tak nak gaduh2 balik kampung, sebab tu nak pilih orang dekat. kalau dia nak balik umah dia, silalah sila..aku boleh balik umah aku..eh tak takk..saya ikut awak ye sayang..hihihhi..(sebelum kawen macam nie lah kan..lepas kawen siap kena wrestling). tapi tak kisah sangat bab nie..
keempat, memang aku tak suka kat lelaki lain selain dari lelaki kelantan.haha..bagi aku, bagi aku la, bukan bagi awak2 semua ya..bagi aku lelaki kelantan nie ada keistimewaannya sendiri..lelaki kelantan ganasss woo..kalau tak, tak de lah nak bakar kerusi stadium..hehehe.. itu yg aku suka sebenarnya..itulah baru anak jate sebenar, "gedebe".. kenapa la mata aku bila aku tengok lelaki luar semuanya mulus2 belaka? cepat2 ambik pisau toreh lengan nak kasi ada parut cket..gurau je gurau, amaran kerajaan malaysia, jangan tiru aksi ini!
kelimanya tak payah nak gaduh2 nak sokong pasukan bola mane melainkan Red Warrior je! aku kompom si dia tak akan sokong T-Team ke, johor f.c ke..singapura ke, chelsea ke.. *ah..dah jauh benar tuh..aku tak pandai nak tengok bolasepak omputeh nih.. hehe..kalau dia sokong yg lain selain dari Kelantan, siaplah aku makan dia sampai terkoyak mulut sendiri!!!
syarat2 yg kena penuhi kalau aku nak pilih jodoh :
1. warganegara Kelantan
2. tinggal tetap di kelantan. kelantan celup mat salleh tak diterima.
3. mak n ayah memang orang kelantan!
4. kena ic -03- kat tengah2..termasuk ic mak ngan ayah..hahahaha
5.fasih bertutur bahasa kelantan
6. belajar di kelantan dan ada kawan2 di kelantan
apa pun, jodoh tu di tangan Tuhan..manalah tahu..aku ada jodoh dengan Dr. Sheikh Muszapahar..Remy Ishak ke..Ikram Dinzzly ke..kalau dijodohkan dengan mereka, nak buat macamana kan...pasrah je la,,hik3..
ataupun dijodohkan dengan orang jauh lagi...orang Singapura, Aaron Aziz! hehehe!
Tuesday, April 17, 2012
Izinkan aku mencari syurga di bawah redhamu
Izinkan aku berada di sisimu
memegang erat tanganmu
dan pimpinlah cintaku
kerana cintaku buta
tidak mengenal destinasinya
Izinkan aku mencintaimu
berpandukan mukjizat penghulu ummah
berpaksikan sabda junjungan mulia
dambakan sebutir hakikat
untukku semai menjadi sepohon makrifat
moga dapat berteduh di rendang kasihmu
Izinkan aku bertakhta di hatimu
menjadi ratu, menjadi ibu
untuk zuriatmu
dan pakaikan aku mahkota indah
dari mutiara keimanan bersalut istiqamah
Izinkan aku di sini
mencari sinar itu
sinar kuharap tidak akan sirna
kuserahkan cinta ini kepadamu insan yang mencintai Ilahi
insan yang sentiasa haus akan pahala
insan yang zuhud akan dunia
Izinkan aku mencari syurga
di bawah redhamu
kerana syurgaku terletak di bawah
telapak kakimu
maka izinkan aku menciumnya
kerana hanya darimu,
turunnya redha Ilahi kepadaku..
Mansuh PTPTN
Pandangan yang tak berilmiah daripada aku. PTPTN tak wajar dimansuhkan. Kenapa? Kerana setiap pelajar bergantung 100% kepada PTPTN. Apa yang wajar ialah mansuhkan bunga/riba PTPTN itu. Agak2 la nak berdemo pun. Tapi mane tahu kan kot2 lepas nie kerajaan betul2 mansuhkan PTPTN..tapi mustahil agaknya.lebih baik wang itu disalurkan kepada lembu kerana lembu lebih memerlukan..ha!ha!ha! kalau berjaya, kita kena berterima kasih kepada pendemo2 tersebut.
Aku bukanlah setuju dengan mereka yang diguna-gunakan oleh pihak pembangkang tu, bukan. Xpatut mereka mintak mansuhkan PTPTN, dan termakan janji palsu nak mansuhkan PTPTN. agak-agak nak korek duit kat mana kalau nak mansuh? Tapi mereka sepatutnya berjuang untuk hak mereka tanpa campuri hal politik. Tak perlu berpolitik untuk ini. Teruskan berjuang, tetapi berdisiplinlah kata dr.MAZA. Jangan gunakan slogan2 tertentu dan janganlah menghina/mencaci pemimpin2 tertentu.
Tapi yang aku tengok kat TV..bilangan IPTA di Malaysia sebanyak 20. bilangan IPTS sebanyak 501. Gila banyak IPTS berganda2 banyaknya daripada IPTA. apa kata kalau kita berjuang mansuhkan dulu IPTS. cuba tengok berapa banyak kolej kejururawatan swasta kat Malaysia nih? Masuk kolej, habiskan PTPTN dengan bergaya sakan beli Black Berry, iPHONE, handbag, jeans, tudung..dan banyak duit dihabiskan dengan duk galok dan berjalan2 je! bergaya melebihi orang dah kerja. (saya tak pernah mintak duit dengan mak walaupun tahu mak saya mampu bagi) bila habis, menganggur! tak bayar PTPTN. jangankan yg menganggur, yg bekerja pun tak nak bayar jugak...hey!
berapa ramai kat negara nie yang tak bayar balik PTPTN? sama ada yang tak bekerja atau dah bekerja?berdosa tau masuk neraka kata Ustaz Azhar. Asalnya PTPTN itu haram kerana riba yang banyak, tetapi kita yang ambik PTPTN kerana terpaksa dikira darurat-Ustaz Nor Amin.
Aku ada hutang dengan PTPTN sebanyak RM8000. Kalau perjuangan ini berjaya, alhamdulillah, kalau tak berjaya, pasrah. pembangkang/pendemo nie kena ada kat malaysia. tanpa mereka, xdapatlah kita merasa kesenangan hari ini. berterima kasihlah kepada mereka. nak tunggu aku berdemo? ceh pooorah! lambat lagi.. hihihihhi..bukan..itu bukan tempat aku..org pempuan tak boleh tau dipublish sgt xelok..hahahaha.. (yg duk publish dalam belog nie ape?kuang3)
Sunday, April 15, 2012
Aku terima nikahnya...majlis perkahwinan impian
Aku rancang nak kawen sebaik sahaja aku habis belajar selepas semester 8, iaitu pada tahun 2014..dalam bulan JUN...doakan semoga pada tarikh itu menjadi kenyataan. Hari nie keluar UPSI, esok terus kawen..hahaha! gelenya!
dan majlis perkahwinan yang aku idam-idamkan bertemakan Arabic. Setiap tetamu yang datang mesti memakai bertemakan arabic. hehehe..xpe xpe kalau tak nak pakai pun tak pe yer..jangan nanti gaduh laki bini sebab xda baju nak pakai..
mari kita tengok angan2 aku..
aku dah lama angan2kan warna maroon + putih
ini pelamin betul2 memenuhi citarasa arabic
banyak bantal2.hehe
ini pula tempat makan..xperlu buat kat dewan/hotel, buat kat halaman rumah pun jadi sebab halaman luas. tapi nak ubah sikit, sebenarnya tak ada kerusi2 semua tu..tetamu akan bersila ala-ala pak arab sedang kemaruk dengan goyang samia gamal.. tapi meja ada la..hehe..karpet pun ada dan yang penting berwarna merah jugak.
kad kawen..tapi masih tak memenuhi citarasa aku..kena bodyfied lagi..
dan aku akan pakai macam nih..hehehe
tapi mestilah warna maroon + putih
suami aku pulak pakai macam nieh! hehe..ok x ?
solekan juga mestilah solekan arab..celak kena tebal..hehe..tapi taknak mekap tebal2 nanti lain pulak jadinya..
angan2 je dan citarasa boleh berubah seiring dengan peningkatan usia..hehe :D
apa yg penting, selepas kawen, bukan majlis perkahwinan..
Friday, April 6, 2012
PERSEMBAHAN DI RUMAH PENA-PANTUN PEMINANGAN VERSI KELANTAN
6/4/2012..
pelajar kursus Puisi Melayu dikehendaki untuk membuat persembahan di Rumah PENA DBP..
persembahan adalah mengikut kreativiti masing-masing..
jadi kumpulan aku telah membuat persembahan pantun peminangan versi Kelantan..
semua ahli adalah mek Kelantan..hehehe.. semangat Assabiyah tu penting..hahaha..
Aku adalah waris lelaki, jadi temanya adalah hijau..
waris perempuan pula bertemakan pink.
tapi sayang persembahan kami tak dirakam..
semoga bingkisan ini dapat menjadi kenang-kenangan ok
rumah PENA yang klasik |
Rumah aku xde tangga sebab tu aku jakun kat tangga nie..hehe |
pentas persembahan |
Rawaida membaca puisi untuk kekasih |
Geng Sarawak.. sarawak 2 orang je sebenarnya..yg lain menyamar..hihihi |
Rawaida yg tinggi dan kurus, aku yang gemuk dan pendek |
Samseng betul yang berbaju merah itu..hahaha |
Ni lah ahli kumpulan aku, tempat duduk macam tempat ceramah PAS jer..haha |
ok..semoga bertemu di lain rancangan..
harap satu hari nanti dapat buat lagi persembahan di sini..
Wednesday, April 4, 2012
Kisah Seorang Aku
tanggal 4 Disember 1990, Selasa malam, lahirlah seorang aku anak Raja Abdullah yang ke8 ke dunia.
diberi nama Raja Noraniza yang bermaksud. yang memerintah. hihihi.. Perintah Malaysia kot satu hari nanti..Xpun jadi pendamping kepada pemerintah Malaysia nanti.. (uwekkkkkssssss..)
beberapa bulan kemudian :
tebal kan rambut saye..
1991:
rambut baru nak tumbuh..sekarang belajar duduk..
latar belakang : UNDILAH PAS, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
oh yeah! hahahaha
ta-teh! elelelelelele kuci2 pampers hey!
1993:
kecik2 dah pandai bergaya..bila besar selekeh pula :D
cinta zaman kanak-kanak
mase cetung
comel baby nie!
1994:
kecik2 dah bertudung..ayuh kita didik mereka dari awal.. hehehe
1995
masjid negara:
sapelah yang ajar posing macam nih!
(gambar tak cantik sebab tu kecikkan)
2001 : mula memasang angan2 nak masuk UPSI
2002: zaman kegemilangan..haha
2009: tingkatan 6
kini: betul2 masuk UPSI.. dah besar dan semakin mengembang :D
masih lagi seorang mahasiswa, yang tidak menentang AUKU..
:D
Subscribe to:
Posts (Atom)