Pages

Monday, March 19, 2012

Tanda kita tak penting dalam hidup seseorang melalui SMS

Pernah tak di saat kecemasan, anda call kawan anda, tapi tak angkat, mesej tak berbalas. Jadi kita terfikir.. oh, dia ada kelas masa nie. Ok, bila petang awak call balik, xangkat jugak. Mesej pagi tadi langsung tak berbalas. Pernah tak awak terfikir, dalam kelas dia tumpu 100% kat lecterure ke? Xmungkin kan? Sebab masa lect tengah mengajar, sempat la kita buka FB, mesej dgn pakwe. Saya tak faham org jenis ni. Hahaha.. mungkin lect mengajar garang sangat, atau hebat sangat sampai nak fokus betul2 kat pengajaran dia. Macam tu ke? Tapi kenapa saya tak macam tu? Saya sempat berbalas SMS dengan pujaan hatiku. Mak telefon dalam kelas saya sempat lagi angkat telefon dengan menyorok bawah meja. Pendek kata, memang hanpon duk depan mata saya. Lagipun university bukannya sekolah. Henpon dalam hanbag pastu tangan meraba2 dalam handbag main mesej, xpun buka laptop update blog! Hebat bukan, saya nie? Sempat update blog dalam kelas. Hahaha..

Lainlah kalau masa tu kita tengah mandi, solat, tidur, bawak kereta, bawak motor, atau masa pembentangan. Kita tak boleh nak balas mesej dan angkat talipon. Tapi bila kita siap semuanya, maka kita akan balas balik la. Betul x? Tapi kenapa masih ada makhluk yg tak pandai nak balas mesej kita, sibuk sangat ke dia? Bukan kita nak chat dengan dia pun. Kita tanya benda penting, jawab 1 sudah la. Tapi kat FB Nampak duk online je sokmo.. memang saya tak faham.   Yela, mungkin xde kredit nak balas mesej. Tapi xleh ke guna no kawan untuk balas mesej ringkas tu? Susah2.. jadi nasihat saya kepada pembaca semua sila alert dengan talipon.

Ok saya akui kadang2 saya macam tu jugak. Bukan apa. Saya lebih suka talipon saya silent 24jam. Tak suka ngan bunyi talipon nih. Tapi saya selalu tengok talipon tu kalau ada call dari kampung, atau ada mesej penting2. Mesej pakwe memang lah ada selalu walaupun tengah mengajar sempat lagi dia mesej saya. Nah! Mengajar tuh, bukan diajar. Mungkin saya penting dalam hidupnya (kih40 kali) jadi setiap masa boleh mesej sesibuk mana pun.

Kadang2, mesej dari kawan2..saya pun lupa nak balas. Bukan xnak balas, tapi lupa. Bila cek balik kat inbox, oh lupa mesej tadi, tapi kalau saya tak cek maka saya pun lupa nak balas. Tapi mesej pakwe tak pernah lupa pun nak balas. Macam tu la, dah jadi fitrah.

Jadi kalau anda penting dalam hidup seseorang itu, anda akan mendapat perhatian daripadanya. Kalau anda tak penting, mungkin mesej anda memerlukan masa yg lama untuk dibalas.. kesian kan? Huhuhuhhuu.. contohnya kita mesej pagi, ptg dia balas, kita mesej ptg, malam dia balas. Lagi kuciwa, kita mesej hari  nie, esok dia balas, bukan esok lusa atau tulat tubing, pakda musa berak tunggeng (style kat kampung saya).

Kita penting, atau tak penting dalam hidup seseorang..bolehlah kita tengok pada mesej dia. Kalau sehari, mungkin kita masih penting, kalau seminggu, kita tak penting, dan kalau dah berbulan-bulan lamanya, memang sah2 la xpenting dan jangan dekati hidup aku lagi! Yuppieeee... oleh itu, elakkan diri kita daripada bersikap dah la hidung tak mancung, bulu hidung keluar pulak tu.. kan? Kita tak penting dalam hidup dia, dia pun tak penting dalam hidup kita. Ada aku kesah?

1 comment:

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.