Pages

Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Hari jadi adik kesayangan

hai.. semalam aku balik kampung.. masa dalam perjalanan aku tengok ternampak budak-budak upsi dah datang ke upsi.. diorang konvoi ramai2 dengan motor.. best betul.. dan jantan betul kan, buleh naik motor dari kelantan sampai bumi muallim, jauh tu.. dengan kerete pun dah 8-10 jam. huh.

sesampainya aku di kampung yang haif dengan jalan berlubang-lubang macam gigi atuk aku, mak dan kakak sudah menyediakan parti harijadi adik bongsu kami yg dilahirkan pada 30 disember 2003. harijadi yg ke-9. namanya Raja Amir Sharifuddin. haaaaaaa... masa cuti sekolah tahun nie. Amir dah sunat.. hehehe..sekarang baru sembuh.. dah sunat tu, dah boleh kawen la tu. hew hew hew...

Jalan di Kelantan tak ubah macam gigi Opah.. huah3

kek beli je xsempat buat sendiri..


Mak aku yg pakai tudung oren + baju pink.. jangan main2 sekrang jaman colour block kahkahkah

Terpotong separuh badan mak dan birthday boy,



antara tetamu VIP yang hadir..haha

Kami buat simple je yg penting seronok untuk kanak-kanak. aku pon kanak-kanak jugak. selamat hari jadi amir. semoga cepat membesar dengan sihat dan tinggi. belajar rajin-rajin deh..nak hadiah, tunggu kakja jadi kaya dulu :p

Comel-comel sokmo :-)

Thursday, November 15, 2012

Hurin Humaira as a model



Masa cuti deepavali aku duduk je Putrajaya kemudian bercuti ke Kuala Pilah. sempat gi sekejap ke Hutan Lipur Ulu Bendul, dan selebihnya bawa anak-anak gi shopping je.


Model saya pada hari ini bernama Hurin Humaira binti Ahmad Fanizal. Berumur 3 tahun. Bajunya sangat korea dan mukanya sangat cina, haha








Baby alive yang dipegangnya bernama Amila Balqis. Dia pulak ialah "mummy". ke mana-mana mummy pergi tak boleh tinggal Amila Balqis. hehe. yang aku tak tahan sekali, mummy pulak yang mintak susu bukannya baby. jadi terpaksalah aku bancuhkan kedua-dua susu, untuk mummy satu dan untuk baby satu.

kalau nak tahu, mummy dan baby amila berkongsi pampers yang sama, haha
 Aku ada 13 orang anak buah.

Comel-comel sokmo :-)

Hurin Humaira' dan Maher Zain Malaysia

Selepas pulang dari rumah anak yatim, aku sebagai wanita besi memandu kereta Gen2 biru yang bernama Linda pulang ke Putrajaya untuk bercuti. Tak payah bercuti jauh-jauh, tengok muka anak-anak pun dah rasa release ckt tension.

Linda sangat menawan..



Apatah lagi dipandu oleh seorang gadis yang cantik...

berkulit mulus dan berbibir seksi aw aw


dan ditemani penyanyi bersuara katak



 sampai jer Putrajaya, hurin nangis sebab dia kata takut kat Maher Zain. Bawa gi taman permainan bawah rumah, nak bagi dia bermesra dengan bakal pak sedare haha.. xtau kali ke berapa ajak bermesra. sekejap je leh baik.




sesi mengambil hati sedang dijalankan...mula-mula agak dingin.




mula-mula ringan-ringan sekarang ehem-ehem eh tak tak. sekarang makin rapat siap buleh dukung-dukung lagi




 dan akhirnya.........

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
 pegang-pegang tangan la pulok...hehe


pada masa yang sama di tempat kejadian...

Fahrin@ Ayin, 7 tahun sebenarnya tapi kena tolak 5 tahun = 2 tahun je baru. haha

yang nie umur kena tolak 5 tahun jugak,

yasmi, hurin dan aina

Oh abang.. oh abang pendek.. hihi jangan marah



5 tahun dari sekarang, insyaallah

sila muntah sekarang :p
 
Sekadar selingan, sugar daddy bersama Amin Idris, Saiful Islam dan (???), mempersiapkan diri untuk menjadi seorang pakar motivasi.  Aw yeah babies. Gud luck!



Comel-comel sokmo :-)

Saturday, November 3, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

tak sedondon tak apa asalkan romentik.hehehe

 Saya dan suami mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua pembaca blog usang ini. =)



Along darjah 4 dah nak sama tinggi dengan cikza dan badan lebih besar daripada cikza

now u can call me, nora the photoghrapher..

muka berminyak




belum jadi suami lagi lah!

Comel-comel sokmo :-)

Tuesday, September 11, 2012

Penyejuk Hati


Menggantikan ayahanda membaca khutbah raya dan mengimamkan solat sunat hari raya.

Cis! Cis! Cis!

Bercinta sampai syurga. Muntah! Buekkkkkkkkkkkkkkkk

Saturday, June 9, 2012

Terasa Kehilangan

Nak cuti semester nie mula la teringat pada seseorang yang dah pergi jauh daripada hidup aku. Apa tak nya.. Paling tak boleh lupa ialah time aku on the way nak balik kampung, aku naik bas. Kalau dahulu, masa dalam bas, dalam pukul 5 pagi akan ada seseorang yang akan menelefon aku setiap 5 minit.

Dia : Halo, Za dah sampai mana?
Aku : Sampai Gua Musang
Dia : OooOO.. Gua Musang baru..

5 minit kemudian.........(telefon berbunyi)

Dia : Halo Za, dah sampai mana?
Aku : Kan dah kata tadi, nie masih lagi di Gua Musang..
Dia : Oooo Gua Musang lagi...

5 minit kemudian... (telefon berbunyi)

Dia : Halo za.. Dah sampai mana?
Aku : Gua Musang lagi, baru masuk bandar Gua Musang, jauh lagi...
Dia : OooOO jauh lagi...

5 minit kemudian....(telefon berbunyi)

Dia : Halo za... Duk di Gua Musang lagi ke?
Aku : Em, Gua Musang lagi..
Dia : Ok k k.. ayah nak gi semayang subuh.. Nanti nak sampai, call ye..

Tapi sekarang balik kampung, dah tak de orang nak call aku setiap 5 minit masa aku dalam bas.. Selain kenangan dalam bas, aku pun dah hilang seseorang yang aku boleh tunjuk riak depannya. Biasanya tentang pelajaran. Aku suka tunjuk result exam kat dia. Sebabnya, dia akan bagitau kat semua kawan-kawannya tentang aku, puji aku depan kawan-kawan dia sampai kembang lubang hidung aku. Aku dah tunjuk keputusan STPM, keputusan semester 1 dan semester 2 kat dia. Tapi tak sempat untuk semester ke3.. Aku tak ada hati nak menunjuk result aku kat orang lain melainkan kat dia jer.. 

Sekian T_T


Thursday, May 24, 2012

Ingat, sedih,, Takkan nak melupakan?

aku tertekan sangat malam nie..masih banyak kerja yang aku kena settlekan. aku ingat aku dah boleh bercuti dengan tenang. tapi pandu puteri ada laporan nak kena wat, esaimen ada yang nak kena edit.. ada lagi tambahan yg nak kena hantar.. esok dah nak gi Putrajaya..dan banyak lagi cerita sedih yang aku takleh nak kongsikan di sini... u seee u see matang tak aku dalam penulisan? dah tak tulis benda yang tak perlu.. hihihihi..

bila sedih, mula mengadu kat Allah kan..teringat mati. teringatkan orang yang dah mati. bila aku mula membuka lembaran suci untuk disedekahkan kepada arwah, aku xleh teruskan sebab terlalu sebak dalam dada. bakpo jadi gitu ek.. pahtu xkan sampai bila2 xleh nak teruskan? em... ginilah. bila ingat, sedih. tapi takkan nak melupakan..

ya Allah berikanlah kekuatan untuk aku meneruskan alunan lembaran suci ini... :(

Sunday, May 6, 2012

Ibu

Perasan tak? aku tak pernah post pasal ibu aku..semuanya pasal ayah aku..
entry kali nie untuk ibu aku pulak..yang aku panggil "cik"..
biasanya kat Kelantan orang panggil "cik" kat ayah..
tapi sebab keturunan raja ibu dipanggil "cik"..

cik aku nie bekeng ya amat..
tahu bekeng? mengikut google translate bekeng ialah garang..
memang garang betul tak kira siapa..
sebut je menteri mana, penguatkuasa, polis, JPJ, cikgu, wakil rakyat, 
lawyer, doktor, majestret semua tunduk kat dia...
sekali dia singsing lengan baju semua diam..hehehe..

kalau dia marah, dia akan brabrabrabrabrabrabra
sampai orang lain terdiam..
paling terbaru, cik aku telah ke sekolah kerana ada cikgu mengaibkan adik aku
dan menuduh tanpa bukti..
kes berat nie kalau bawa gi mahkamah kompom kena jel cikgu tu
kalau ikut hudud pula boleh disebat 80 kali..
jadi cik aku gi makin hamun cikgu..peduli apa kan..?
nak tuduh pun tengok orang laa..tengok keturunan..
nasib baik tak kena pindah gua musang cikgu tu...

hairan..adik aku yg ganas macam nie pun boleh dituduh yang bukan-bukan

sambung-sambung...
cik aku tak payah nak masuk universiti untuk berjaya
dia berjaya menggaji beberapa orang tukang jahit untuk membantu perniagaan dia.

bagi aku cik aku adalah pengurus terbaik di dunia ni
dan sangat rajin..
pagi-pagi dia akan solat subuh berjemaah di surau tepi rumah
kemudian dia akan uruskan anak-anak untuk ke sekolah, 
menyediakan sarapan, 
dan bersiap untuk keluar meniaga..
bila balik, masak untuk tengahari..
petang-petang pulak memotong baju..
malam di surau..
macam tu lah rutin dia setiap hari..

kalau aku?
aku rasa aku tak mampu nak mengurus seperti itu..
dalam masa 6 pagi-7 pagi..
mesti semua kerja aku jalankan akan lambat..
nak urus diri sendiri pun tak mampu
apatah lagi nak urus adik2..
nak kejutkan amir, aisyah dan kak nor bangun pagi..
dah la liat sekor2..
xmacam aku yang rajin bangun pagi.. (kat TM je tengahari xcelik2) haha
nak suruh amir mandi..
nak gosokkan baju amir..
bukan setakat gosok baju, gigi dia pun kena gosok..
pastu kena ikat tali kasut..aduh!
kena salin jadual amir..
kena letak songkok dalam beg..alahai..
pastu nak kena hantar amir ke sekolah..
amir pulak, tak nak aku hantar kalau pakai baju huduh2
nak aku pakai cantik2 baru boleh hantar dia ke sekolah
aish!!! pandai la amir 
baru darjah 3,
tinggi betul taste dia..hahaha

cik akan marah kalau aku :

-bangun lambat-
-pakai tak senonoh-
-tak buat kerja rumah-
-apatah lagi kalau tinggal solat-
-derak kokse-

nape la gambar kepala tu xleh nak crop..
ni lah cik aku..
cantik x? xde la cantik pun..lebih kurang neelofa je, hak3...
walaupun aku jauh, tapi ada 3 orang adik aku di rumah
dan seorang abang..

aku tak leh bayang macamana kehidupan tanpa cik
semua benda kena cik uruskan..
aku hanya boleh tolong sikit2 jer...
aku tak pandai nak urus semuanya.

macam aku kata tadi, cik sangat bekeng..
dan sebab bekeng lah anak-anaknya berjaya (insya-allah)
kalau baik, tak lah aku sampai ke tahap nie..
jadi, terpaksalah menadah telinga untuk mendengar semua leteran cik..
jangan sesekali  terasa hati dengan ibu..
mungkin aku belum ada anak aku tak faham hati seorang ibu..
tapi aku akan usahakan agar aku tak melukakan cik dengan perbuatan yang bukan2..

tapi setakat nie ok..
aku dah banyak kali membuat cik bangga dengan aku..
tiap kali terima anugerah aku akan bawa cik dan ayah...
insya-allah konvo nanti cik masih ada untuk tengok aku..
uruskan perkahwinan aku (uhuk3 minumlah ubat batuk cap ibu dan anak)

semoga cik panjang umur..
ada yang tanya :
"sejauh mana anda sayangkan ibu anda?"
lalu ramai yang menjawab
"lebih dari nyawa sendiri"
jawapan itu mungkin sangat lazim..
tapi hakikatnya, memang itulah jawapan yang sebenar..
sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..
dan rasa sayang itu akan bertambah kuat bila ayah dah tak ada...
semua orang pasti akan melaluinya....pastiiiiiiiiiiiii

moral of the story : 
sentiasa doakan kedua ibu bapa kita.. untuk ibu yang masih hidup..

"ya Allah ya tuhanku. ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, dan lindungilah mereka.. Ameeenn.. "








Wednesday, March 28, 2012

UltraPin lumpuh separuh badan

Helo assalamualaikum warahmatullahiwabaro kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tuh.. (ingat masa sekolah rendah dulu...)haha..

dan salam 1 Malaysia..

sangat buruk belog ini bila memasukkan berita mengenai ayah pin. Ayah pin itu asalnya dari kampung saya. hahaha..tumpang glemer ayah pin lah entry kali nie,hahaha.. Aku betul2 fikir dia ke langit, yelah..masa tu aku kan kanak-kanak lagi..mana faham masalah negara dan masalah orang dewasa ni..

Dalam harian metro ada berita pasal ayah pin. Ayah pin telah kembali ke bumi setelah beberapa ketika berada di langit. Tetapi kini ayah pin dalam keadaan lumpuh separuh badan setelah terkena serangan angin ahmar.. Dia juga sempat berkahwin dengan gadis berusia 18 tahun. Hey!! Kita sama2 doakan agar Ayah Pin bertaubat sebelum masanya tiba. Insya-Allah.

tapi ada sesuatu di sebalik kisah ayah pin nie..



Almarhum ayahanda saya mengasaskan surau ini 3 tahun lalu di sebelah rumah. Ramai pengikut Ayah Pin Ketua Kerajaan Ultra datang ke surau ini selepas Ayah Pin kembali ke langit. Walaupun sudah 3 bulan ayahanda saya tiada, bekas-bekas pengikut Ayah Pin masih lagi datang ke surau ini untuk berjemaah dan banyak perubahan yang boleh dilihat pada mereka. Surau ini kini diimamkan oleh adik lelaki saya, satu-satunya adik-beradik kami yang berjumlah 11 orang yang tidak dihantar ke universiti sebaliknya ke sekolah pondok.



-pinjam status abang-

hehehe..
dulu mereka pangikut ayah pin..
biasalah dekat kampung2 mesti ada politik kan..
ada satu surau yg konon2 digunakan oleh "orang islam" nescaya orang2 hijau yang mereka menyangka mereka masuk syurga..
tetapi surau tu xnak terima bekas2 pengikut ayah pin yang telah bertaubat, sampai kubur salah seorang pengikut pun tak dibenarkan ditanam di dalam kawasan perkuburan..
begitulah taksubnya "orang islam" ini kepada parti politiknya..
sehingga menghukum orang lain masuk neraka..
dan tak nak terima orang lain..
sepatutnya membimbing mereka, bukan menghukum...

Ayahanda sempat mengajar mereka, dan mereka kini dah berubah. alhamdulillah..
tetapi masa mula2 memang kelakar...
mereka langsung tak pandai solat, baca quran dan buta huruf.
pegang yasin pun terbalik..hehehe....
ada makcik kata, dia bukan xkenal huruf, cuma mata xberapa nampak..
esoknya makcik tu datang dengan spek hitam sebab xnampak..hahaha

sama2 kita membimbing orang yang tersesat, bukan menghukum...

Thursday, January 12, 2012

Keluarga bahagia hidup bahagia...

keluarga bahagia Singer..













*sila abaikan kanak-kanak tudung pink yang tak cukup kromosom tersebut. :p


















Karangan :

Saya mempunyai sebuah keluarga yang sangat besar. Kami tinggal di Pasir Puteh, Kelantan. Kami terdiri daripada 11 orang adik beradik. 5 lelaki dan 6 perempuan. Kini sistem pembiakan keluarga kami semakin aktif..kih5..hahahaha xbaik. Ayah saya sudah tiada lagi. Dan kini tinggal ibu saya menguruskan perniagaan. Bermula dengan kesusahan, kami akhirnya mencapai kesenangan. Tiada harta yang ditinggalkan, cukuplah ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk hidup di dunia yang sementara ini. Hanya ilmu yang ibu dan ayah boleh berikan sebagai harta buat kami. Semoga kisah Nora Aniza berakhir dengan kebahagiaan. Amin...