Pages

Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Saturday, October 26, 2013

Xmo Xmo Xmo

Aku terjumpa gambar-gambar lama aku masa tengah godek-godek kamera huhuhu. Dan aku tak malu nak pamerkannya supaya gambar itu tak luput begitu sahaja dan semoga ia menjadi pengajaran buat aku dan para pembaca yang tak reti nak tinggal komen sekalian hihihi. Budak yang gemuk dan banyak jerawat itu adalah aku.

berat badan tertinggi yang pernah dicapai.. 53kg =)

jerawat paling teruk dalam sejarah

Gemuk dan jerawat terburuk dalam sejarah dicatatkan pada January - Julai 2013. Mesti awak tertanya-tanya kan, pakai apa hilang jerawat? Aku ada jawapannya. Tapi diet semua orang tahu aku buat diet atkins.

Sekadar selingan aku syukur jugak sugar daddy aku sentiasa berada di sisi tak kira aku gemuk ke kurus ke banyak jerawat ke tak ada jerawat ke. Dan dialah satu-satunya manusia atas muka bumi nie yang mengikut kehendak aku, melayan aku dengan lembut dan manje, tak pernah meninggi suara dan sentiasa bersabar dengan kerenahku ini. ;(

Xmo Xmo Xmo sejarah ini berulang kembali. Teruskan menjadi The Atkiner!

Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, October 23, 2013

Punca Kegemukan

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak share punca yang menyebabkan aku gemuk dahulu.
  1. Sebagai mahasiswi yang tidak menentang AUKU, aku biasanya mempunyai jadual harian yang tidak teratur. Contohnya pagi-pagi aku tidur sampai tengah hari, petang ada kelas dan malam aku study sambil membuncitkan perut (makan). Jadual makan juga tidak menentu. Pukul 1 pagi pun aku masak jugak kalau lapar.
  2. Bila malam, dan malas masak, aku akan makan biskut dan roti tuna.Biskut sebenarnya boleh menggemukkan badan kita. Sekeping biskut ibarat 4 pinggan nasik. Selain biskut, aku juga suka makan roti letak tuna. Dan dua keping roti ibarat sepinggan penuh nasik. Terkejut?? Itulah hakikatnya. Sebab tu kita diet tak menjadi sebab walaupun tak makan nasi tapi kita ambil yang lebih bahaya daripada nasik.
  3. Semester lepas ada latihan drama, sampai pukul 11. Boleh dikatakan setiap malam aku makan lewat malam iaitu pada pukul 12 malam lepas tu kroooh3 tidur.
  4. Suka minum nescfe 3 in 1. Air tu kan bergula. Setiap malam nak buat esaimen mesti ambik secawan. Tu tak termasuk tengahari ambik air oren, milo, sirap dan lain-lain. Dalam sehari mengambil banyak minuman bergula yang boleh menggemukkan.
  5. Sugar daddy aku dekat. Jadi setiap kali dating pasti kami akan makan. Selalu makan dan kuat makan. Contohnya pergi jalan-jalan ke KL. Mula-mula kami akan bersarapan kul 10 di KLCC, lepas tu lunch di Masjid India kul 1 tengah hari lepas tu kami makan petang lagi pada pukul 3. lepas tu dinner pulak pada pukul 7. lepas tu supper pulak pada pukul 9.nak balik berhenti lagi di KL central untuk mencekik hahaha.
  6. Aku perasan dengan mengambil senamrobik boleh menguruskan badan tetapi aku cuma buat seminggu sekali je.
  7. Pastu aku ke kampus pakai motor padahal kalau jalan kaki dekat je ponn.
  8. Aku suka tidur lepas makan tengah hari. Balik kelas, roomate aku masak dan aku tukang makan je lepas tu tidur sampai lah petang untuk pergi ke kelas seterusnya.
  9. Kalau di kampung, aku bantu mak kat kedai dan di sekitar kedai-kedai tu banyak kedai yang makanannya sangat sedap. Masakan orang Kelantan memang marvelous. Kalau tak kerja pagi-pagi lagi pergi beli nasik kakwok 1 bungkus tak cukup kena beli 2 bungkus dan pelbagai jenis kuih yang sedap ngattt..
that's all. so sama-sama kita tinggalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat ini untuk masa hadapan yang lebih sejahtera. bila sihat, boleh jaga suami dan anak-anak dengan jayanya. yeay!! (ntah pape haha)

Comel-comel sokmo :-)

Monday, October 21, 2013

Aku gemuk kalau sugar daddy dekat dan kurus bila sugar daddy jauh

badan aku umpama belon boleh kembang kecut. dan sugar daddy ibarat angin yang memenuhi jisim dan ruang belon tersebut. jadi konklusinya, kami ibarat angin dan belon. tanpa angin kecutlah belon. tapi kita mesti nak tengok belon kembang mestilah cantik kan.. =))

setelah balik kampung, aku telan banyak makanan. dua hari datang slim river, hujung minggu ke rumah abang aku.. faham-faham sahajalah ye macamana aku di rumah abang aku.

hari tu amal atkins diet turun 1 kg per week, balik kampung naik pulak 1kg dan menjadikan berat badan aku sekarang 49 kg. huhuhu. sia-sia rasanya. ok la.. aku taknak balik kampung dah, taknak balik umah abang dah.. nak duk slim river je agar menjadi lebih slim hehe..

dulu aku kurus je. pastu sejak kenal ngan sugar daddy aku gemuk haha. dan sebelum terlupa, aku juga gemuk disebabkan suka makan biskut tiap-tiap malam kalau aku lapar. aku cicah dengan nescafe 3 in 1. serius masa tu tak tahu benda-benda nie boleh menggemukkan badan. bila dah study tentang atkins diet barulah tahu sos cili pon menjadikan kita gemuk dan sebarang minuman yang ditambah gula.

masa sugar daddy ada kat KL. tiap-tiap minggu dia datang jumpa aku, kami jalan-jalan dan suka sangat mencari makanan. gambar di bawah semasa aku gemuk. masa nie kami menuju ke tanjung malim.3x kami berhenti makan untuk menambahkan lemak badan. aku perasan baju nie dah makin ketat dengan aku. pada mulanya aku tak perasan tapi sebab ambik gambar, barulah aku sedar..


 

budak gemuk yang hodoh. semasa aku gemuk nie.. (macamlah sekarang nie kurus sangat haha).  semasa gemuk nie, aku juga mengalami masalah kulit berjerawat yang teruk. mungkin sebab stress dan makan yang tidak terkawal. masa nie kan latihan drama setiap malam. tak sempat makan malam. balik latihan kul 12 malam baru sempat makan. makan pulak makanan yang berminyak dan berkarbohidrat. aku juga kuat makan nasi yang mana pakar kulit, Dr Hassenah kata nasi adalah punca jerawat. aku juga kurang minum air putih sebab masa nie air rumah aku selalu berkarat.

so that aku takkan ulang kesalahan yang lalu untuk menjadikan hidup lebih sihat dan skin yang lebih glowing, semua ini untukmu sugar daddy.. nanti sugar daddy nak angkat tak mampu *** oppss tersyasyul le pulak hahahaha..

awak janganlah kata tubuh aku xde perubahan sebab masa nie aku 53 kg tau. sekarang 49 dan akan susut ke 45kg sedikit masa lagi. memang dengan mata kasar tak nampak ketara sangat perbezaannya, tapi sedar la jugak dulu gemukkk kahkahkah. bye.

Comel-comel sokmo :-)

Thursday, October 10, 2013

My Weight Today

After 5 days i amalkan atkin's diet, i cuma turun 1 kg sahaja. muahahaha. mungkin sebab aku tak bersungguh-sungguh melakukannya. aku ter makan nasi lemak, biskut dan roti pada satu hari tuu.. maafkan aku. aku takkan ulang lagi.



anyway, tahniah untuk diri sendiri sebab mencapai 48kg. =)

cuma aku rasa xelok kalau kita timbang selalu sebab akan meruntuhkan motivasi kita untuk berdiet lagi. contohnya aku tengok turun 1kg je, aku dah putus asa. aku pikir, sia-sia sahaja aku diet selama 5 hari nie. muahaha dan serta merta aku membeli sarapan nasi impit dan nasi goreng dengan ayam.

esok dah nak balik kampung untuk raya haji. so faham-faham sahajalah macamana makan kalau berada di kampung huhuhuhuh..

aku nak diet lagi. xbanyak, turunkan 3kg je lagi. aku boleh! aku boleh! demi sugar daddy aku boleh!!!

Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, October 9, 2013

Kepentingan Air Mineral Untuk Skin dan Kurus!

 Assalamualaikum.

Baik, sebelum membaca blog ini, cuba aktifkan mood postif terlebih dahulu. Semenjak dua menjak ini aku suka tengok baju ibu mengandung. Aku suka tengok orang mengandung yang berhias. Tapi para suami, tolonglah ye bagi masa untuk kami para wanita take time untuk berhias. Biasanya suami nie semua nak cepat. Suami bangun pagi, mandi, terus pakai baju yang kita dah sediakan, termasuk bergosok sekali. Tetapi tak adil bagi kita, bangun pagi sediakan sarapan dulu, urus anak-anak dahulu, barulah dapat mandi. Masa nak letak bedak lipstik tiba-tiba bunyi pon!pon! hon kereta sebab dah terlambat. Pastu kita para wanita pun terkejar-kejar nak pakai tudung pun tak sempat pastu suami marah-marah kata kita lambat.  Adilkah? Baik. Satu pakai tudung lambat lagi satu lepas masuk kereta dengan selekeh lagi, lagilah dia marah kita kata kita selekeh. 

(sayang, i hope you baca dan faham ..hehehe)

Aku suka minum air mineral.Aku minum dengan banyak sekali. Setiap pagi sejurus bangun tidur aku telan 500ml air mineral. sebelum tidur aku telan lagi 500ml air mineral. di sekolah ada sediakan penapis air, aku selalu ambik air tu dalam 4-5 gelas sehari. (harap-harap tak timbul isu guru praktikum menghabiskan air dalam bilik guru). Di rumah pun aku akan habiskan 3 botol lagi. Kalau nak senang, beli sahaja satu kotak air mineral yang 500ml tu. Selain mudah untuk kita mengira berapa liter sehari air yang kita minum, botol kecik tu jugak senang diminum dan membuatkan kita nak minum air tu sokmo-sokmo. Hehe.

minum sebanyak-banyaknya air kerana air sangat penting untuk kesihatan. untuk mendapatkan kulit yang cantik, untuk kuruskan badan dan untuk meningkatkan metabolisme badan. untuk bernafas pun sebenarnya kita memerlukan air. cuba kita hembuskan nafas kita di cermin, pasti kita akan nampak wap air. kan? haa.. sebab tu lah aku kata bernafas memerlukan air.

nak kulit cantik, minum air.
demam?minumlah air.
nak kurus?minum air.
kena sengat binatang berbisa? cepat-cepat minum air.
bibir kering?minum air.

ce tengok bibir yang cukup air..haaa..macam nie laaa

air nie adalah ubat segala penyakit sebenarnya. jadi gunakanlah terapi air, in shaa allah,segala penyakit akan sembuh. like me.. tak pernah sakit, tak pernah demam kecuali sakit period setiap bulan huhuhuh..


Comel-comel sokmo :-)

Tuesday, October 8, 2013

Today Is A Cheat Day

Assalamualaikum

today is a cheat day. dalam diet atkins kan ada cheat day. haha. baru dua hari diet dah nak cheat day. apa raa.. hot2 taik ayam betul lah. hihihi. actually aku bukan hangat2 tahi ayam tapi aku tak tahan sangat. aku jadi lemah dan tak bermaya. semalam dila bagi aku sekeping biskut , lega sikit rasanya bila makan tuu.

aku tak patut jadi macam tu kan, aku patut bertahan. tak mati nye kalau tak makan nasik 3 hari tapi kalau tak minum air 3 hari opkos mati terkangkang. aku rasa nak pitam, nak pengsan tetapi aku harus kuat.

lepas jogging pagi nie, aku makan nasi lemak. betullah orang kata, bila kita amalkan diet nie kita akan muak dengan nasik. aku jadi xleh telan nasi tadi rasa macam nak muntah. tapi aku telan gak hahaha. sangat2 rasa bersalah =(
 


aku janji aku takkan ulang lagi. aku sayangkan sugar daddy aku, semua ini untuk dia. buekkk. lusa dah nak timbang. semalam pun dah timbang, tengok-tengok 45 kg. aku tak percaya. aku kena guna penimbang yang sama yang aku timbang minggu lepas. baik, hari nie nak bagi tips diet yang ketiga.

tip diet yang ketiga ialah, selepas anda bagitahu orang len tentang diet anda, anda perlu tentukan jadual diet. contoh jadual diet aku, pagi makan telur goreng, tengahari makan lauk, malam makan sup sayur. lepas tu tetapkan apa aktiviti yang anda mahu buat contohnya aku suka pilih walking dan jogging pada setiap pagi, jam 8-9 pagi. (  kalau aku, dalam note 2 aku ada aplikasi diet diary. kita akan catatkan apa yang kita makan setiap hari dan ia akan mengira kalori yang kita makan. diet diary tu jugak akan guide kita untuk mengambil berapa banyak kalori sehari-hari untuk kita mencapai target berat badan kita dalam tempoh masa yang ditetapkan. contohnya aku setting nak berat badan 45kg pada tarikh 10 November 2013.

sila baca link di bawah juga.
 

Comel-comel sokmo :-)

Monday, October 7, 2013

Tips Diet Bab 2

Assalamualaikum comel.

minggu lepas aku dah hilang 3kg, pastu hujung minggu aku pergi "berehat" rumah abang aku. betapa rakusnya aku makan semua masakan abang mithaliku.. huhu. abang sulong aku memasak sedap, untung la bini dia kan. hehe. aku tak kisah kalau suami tak pandai masak. cukuplah kalau dia tuh pandai masak untuk diri sendiri je, kalau aku tinggal nak pergi kursus ke outstation ke pandai-pandailah dia menjaga diri. 

baik. bila ke rumah abang aku, aku dipam-pam untuk memasukkan segala mak nenek dalam perutku. minggu lepas makan kari kepala ikan siakap, kari kambing, ayam goreng, kek red velvet haha. dilayan macam puteri gitu dan serta merta aku tak ingat yang aku dalam mod diet.

bila balik Slim River, aku sambung balik projek diet aku. (padahal baru setat semalam.) semalam untuk sarapan aku makan ikan siakap stim. sarapan aku bersekali dengan  lunch. malamtadi pulak makan sup sayur bunga kubis + brokoli saja. alhamdulillah, masih hidup aku hari ini. hahaha. aku ingat tanpa nasik aku takleh hidup dahh.

baik. tips diet yang kedua ialah, sila bagitahu mak, kawan-kawan, pakwe, suami, skandal (ooppss) abang, kakak, adik, jiran sebelah rumah, pak guard airport subang di tempat kerja, anak, bibik dan sebangsa dengannya supaya mereka tahu kita sedang berdiet.

kenapa kena beritahu orang? bagi aku, kalau aku bagitau lepas tu diet aku tak menjadi dan cuma hangat-hangat taik ayam, aku akan malu kepada mereka semua. macam tu. macam aku, aku bagitau tunang sugar daddy aku utk diet. beliau memberikan sokongan siap nak bagi upah duit sejuta kalau aku berjaya mencapai target goal aku iaitu 45kg.

selain dari sugar daddy, aku jugak selalu letak tentang diet aku dalam whassap group family aku. orang lain update pasal anak, kerja, gurau senda aku pulak pergi menyibok bercakap pasal diet aku. haha. kawan-kawan @ housemate pun bagi sokongan jugak. teman aku pergi exercise di taman tasik balun slim river, pastu aku mintak maaf sebab kita tak boleh makan sekali dah.. sila jangan menggoda aku sebab nasik itu dunia semata-mata. aku menghindari segala jenis karbohidrat seperti nasi, mee, bihun, kentang, oat , kicap, sos cili, dan segala makanan berasaskan tepung. karipap kuih muih aku tak sentuh langsung. kadang-kadang rasa nak pitam pun ada jugak.

sekadar selingan, tengoklah skinku yang dulu bukanlah yang sekarang, =) aku ada guna satu produk "rahsia". siapa-siapa yang mempunyai masalah kulit berjerawat, berminyak pada masa yang sama kering, sila tinggalkan komen, lepas tu whassap aku di nombor 0129332458 dan aku akan guide awak secara percuma. =) kalau free2 tu kita whassap2 lah yer.

 
okey, selamat berdiet ye kawan-kawan. semoga istiqomah. doakan perjalanan aku menuju gerbang perkahwinan berjalan dengan lancar. =)

i love u sugar daddy ku.

Comel-comel sokmo :-)

Thursday, October 3, 2013

Tips Diet Bab 1

baiklah kawan-kawan. diet yang aku update sebelum nie dikira batal okay sebab aku sudah menemui diet baru. hehehe. orang lain dah lama tahu aku termundur ke belakang baru tahu tentang diet nie.  i means diet atkins yang mana menghendaki aku menjadi spesies karnivor. nak tahu, google la sendiri.

setelah seminggu mengamalkan diet yang diberi nama Hot-Hot Taik Chicken Diet, aku telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 3kg huahuahua. nak tengok bukti? ok, dipersilakan dipersilakan. ( dengan penuh bangganya)


kan? aku nak sangat angka 4 di hadapan. walaupun jarum tu menunjukkan nak rapat-rapat ke angka 5. tetapi sebenarnya masih di angka 4. hooreey! ingatkan alat penimbang nie rosak lepas tu lepas ketuk2 pakcik cina tu kata, mana ada rosak. haha. sorry uncle!

baik. tip diet yang pertama, timbang berat anda. =)

sugar daddy kita janji nak bagi 300 kalau berjaya turun sampai 45kg. yeah. akan ku buktikan

Comel-comel sokmo :-)

Tuesday, October 1, 2013

Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat

Aku mahu size S atau aku masih size S? aku pun pelik ngan diri sendiri. minggu lepas baru aku beli baju, masih bersaiz S atau masih 36. tetapi kenapa merasakan diri gemuk sangat hah..hahaha. dengan seberat 53kg dan tinggi 153 lebih kurang membuatkan aku nampak gebu dan sexy.. hahaha perasan sangat kan.  kekg, berat 153 kg, tinggi 153cm. ketinggian dan berat adalah sama banyak muahahahaha. 

hari bahagia atau hari penyatuan dua jiwa tinggal dua bulan sahaja lagi. aku taknak nampak comel semasa hari tersebut. bayangkan kedua-dua pengantin gemuk dan pendek, pasti menjanjikan wedding paling comel pada tahun ini. oh tak dapat ku bayangkan.

jadi oleh kerana itu, aku akan berusaha untuk menurunkan berat menjadi 45-48kg mulai minggu ini, eh minggu depan, eh bulan depan, hahaha. aku sendiri tak tau bila nak setat. hahahahahahaha. lepas esok, esok lepas esok, esok. oleh sebab itu, ikutilah panduan ini. ini diet ketat so janganlah tiru.

pagi = sarapan oatmeal plus susu rendah lemak HL. walking selama 1 jam mula dari 7.30-8.30 pagi.

tengahari = nasi separuh dengan apa-apa jenis lauk pauk.

malam = epal hijau

sebelum tidur = susu skim.

baik. pastu minum air mineral yang 500ml sebanyak 6 botol sehari. 2 botol pagi, dua botol di sekolah. dan 2 botol malam.

doakan agar aku istiqomah ye kawan-kawan.


Comel-comel sokmo :-)