Pages

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Peringatan Buat Muslimah

Assalamualaikum. 

Sihat?

Sedang buka-buka facebook hari nie terjumpa satu statement yang berbunyi begini :

"SALAH SATU DAKWAH GEDIK IALAH, RAMAI ANAK GADIS MULA BERCITA-CITA NAK BERPURDAH, TAPI TERLUPA DAN TAK TERFIKIR PUN NAK BELAJAR BAB AKIDAH. 

SANGAT GELI MELIHAT USTAZAH-USTAZAH BERPURDAH, BERTUDUNG LABUH, BERJUBAH TAPI ASYIK POST STATUS RINDUKAN "BAKAL IMAM", DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA. SEBAIKNYA, GUNAKAN IMEJ YANG BAIK ITU UNTUK SAMPAIKAN NASIHAT DAN DAKWAH BUAT PANDUAN MUSLIMAH SELURUHNYA."

Hmm.. ya tak ya jugak kan. Asal Islamik je mesti couple, asal Islamik je mesti cinta. "Imam" konon kan. Aku pun gedik gak. Tapi sebaiknya, bila kita dah berimej baik macam tu, janganlah post tentang gedik-gedik macam tu. Cinta tu kan fitrah, tapi jangan sampai jadi fitnah. Apatah lagi, kita para muslimah yang membawa imej Islam yang sebenar.

Comey tak kakton~~

try pakai tudung rumet =) belajar slow-slow la kan.. hihihihihi


Bukan nak kata yang bertudung labuh tu gedik, cuma sebagai peringatan, jangan post benda gedik-gedik, cintan-cintun ape semua tu. Jaga imej kita, sikap biar bersesuaian dengan pakaian.

Pastu aku tak suka ada satu ustazah. Ceramah dia selalu pasal cinta. Bila baca bukunya pertama kali membuat aku nak termuntah, menceritakan rumah tangga sendiri, semua yang sempurna ada pada suami dia. Logik tak? Logik tak? Tak logik kan. 

Pastu dalam ceramah pun selalu bercakap mengenai soal cinta. Bukan salah, tapi ada sesuatu yang tak kena. Kanak-kanak macam aku nie pun akan mula rasa nak benda tu, sedangkan kita masih belum mampu. Tambahan pula, ceramah dia membuat remaja berada di awan-awangan. Ingin hidup berumah tangga sedangkan, mak bapak suruh belajar dulu, si Ustazah sibuk suruh kahwin cepat. Padahal kalau kahwin bukannya ustazah tu yang sponsor, mak ayah jugak kan.

Bukan salah, tapi sedikit tak kena. Entah-entah kerana cinta ini, makin ramai yang mula mencari pasangan, dan terjebak dengan cinta yang lagha. 

Nauzubillahi min zalik....

Maafkan saya kalau terasa. Kalau ada kesalahan, sila betulkan dengan cara berhikmah. =)

Comel-comel sokmo :-)

Thursday, February 21, 2013

Muhasabah Diri



Assalamualaikum.

Betapa sedih hati aku bila mengetahui seorang teman aku yang terpaksa dirahsiakan identitnya mengandung 6 bulan. Kalau orang lain, berkahwin dengan sambutan yang meriah, dengan kehadiran sanak-saudara, kawan-kawan, tetapi tidak bagi beliau. Aku memahami situasi yang beliau hadapi sekarang. Percayalah, aku masih berfikiran terbuka kalaupun orang lain masih menghukum di atas keterlanjuran. Meskipun aku sendiri tidak pernah menghadapi situasi sebegitu tetapi aku juga manusia yang sering melakukan kesilapan. Setiap kali aku melihat dosa yang dilakukan oleh orang lain, membuat aku kembali merenung diri sendiri. Aku perlu melihat kepada dosa dan maksiat untuk menginsafkan diri yang serba kekurangan ini. 

Aku juga tidak baik. Selama ini aku cuba memperbaiki diri. Aku terlalu taksub ingin mengubah apa yang aku tak boleh ubah iaitu menjaga aurat dengan baik. Tetapi aku lupa, pakaian hanyalah luaran tetapi apa yang  perlu dibersihkan terlebih dahulu ialah dalaman. 

Aku takut melihat zina yang berleluasa. Aku menjadi takut dengan istilah "couple" kerana zina tidak mengenal sesiapa. Manusia terlalu bernafsu untuk itu, dan disalurkan melalui ikatan yang tidak sah. 

Aku selalu ingin menjauhi "couple". Aku juga terfikir, kalau tak "couple" masih berkawan dengan lelaki. Bila berkawan masih ada bertumbuk tampar, bergurau senda, tambahan lagi belajar di universiti menuntut kita belajar secara berkumpulan. Tapi, bila bersama "kawan", kita tidak merasa dosa itu. Status "couple" membuatkan rasa berdosa meskipun si dia hanya menelefon bertanyakan khabar. Astaghfirullah..




Comel-comel sokmo :-)

Saturday, February 16, 2013

TIP MENDAPATKAN KEREDAAN ALLAH KETKA MELANCONG


  1. Niat melancong kerana Allah, bukan kerana semata-mata "makan angin" atau menunjuk-nunjuk.
  2. Membuat persediaan daripada segi mental dan fizikal, sebagaimana dalam ibadat haji. Bukannya memulakan perjalanan tanpa perancangan atau arah tujuan.
  3. Sentiasa memohon agar dipelihara oleh Allah daripada segala bentuk maksiat dan terhindar dari kemurkaan-Nya.
  4. Memulakan perjalanan dengan solat. Perbanyakkan solat sewaktu melancong, agar tempat sujud menjadi saksi kepada kita di akhirat nanti.
  5. Bawalah buku-buku doa sekiranya tidak hafal doa.
Dalam al-Quran Allah SWT berfirman dalam surah al-An'am ayat 11, maksudnya : "Katakanlah wahai Muhammad, mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa orang-orang yang mendustakan (risalah Allah SWT)"

Comel-comel sokmo :-)

Tuesday, January 8, 2013

Bukan di Gaza Saja

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Malam menjadi siang, siang menjadi malam.

Hari nie bukan nak cerita tentang Syria. Bukan tentang Gaza tetapi di Malaysia. Ye gu, di Malaysia. Malaysia yang aman daripada bom dan peluru berpandu, tetapi belum tentu aman daripada pencuri, perompak, perogol, peragut etc.

Kalau di Gaza, kita dapat tengok kanak-kanak kelaparan, berebut makanan yang diagihkan. Roti kosong yang jatuh ke tanah lagi dikutip oleh mereka. Kite? Roti kosong belum tentu makan kalau tak letak Nutela.

Tapi hari tu, di McD Senawang, aku dan sugar daddy, kakak dan ipar makan-makan. Kemudian ada sekumpulan kanak-kanak pergi McD, makan sisa-sisa yang orang lain tinggalkan. Selepas selesai makan, aku sengaja tinggalkan McD French Fries sekali dengan shaker untuk diberi kepada kanak-kanak tu. Pastu semua meja kat McD tu diorang sapu bersih tak tinggal baka. Hehe. Aku rasa budak-budak nie saje je suka-suka, kan. Atau memang betul-betul lapar? Atau saja tak mampu nak beli McD jadi makan je sisa baki  orang lain.


8 golongan yang berhak menerima zakat :

  1. Fakir - Orang yang hidup dalam keadaan sengsara/melarat
  2. Miskin - Orang yang pendapatannya tidak menentu dan tidak mencukupi bagi menampung keperluan asas untuk hidup.
  3. Amil - Pengurus zakat
  4. Muallaf - Orang yang baru masuk Islam
  5. Hamba
  6. Fisabilillah - Orang yang berjuang menegakkan agama Allah
  7. Ibnu Sabil - Orang musafir yang kehabisan bekal
  8. Gharim - Orang yang disempitkan dengan hutang
Kalau kita nak sedekah, siapa yang kita cari? 1 masjid. 2, peminta sedekah tepi jalan @ pasar-pasar. 3, anak yatim. Fakir miskin? Letak paling last sekali.

Kalau ada kawan, atau saudara kita yang kita tahu dia memang miskin, kita susah sangat nak tolong dia kan? Kite kemudian kate yang mereka tak nak usaha. Kite kerja penat-penat nak bagi free-free je kat dia yang tak kerja tu, @ kerja biasa-biasa tu.

Jange lah gitu. Xmolek-xmolek. Orang miskin juga berhak mendapat pertolongan dan sedekah daripada kita yang lebih berkemampuan. Ingatlah, dalam setiap rezeki kita, ada rezeki orang lain. Mungkin Allah berikan rezeki kepadanya setakat tu sahaja. Kita yang Allah beri lebih, perlulah membantu orang yang kurang bernasib baik. Jangan fikir duit gaji tu duit kita sorang jer.

Kalau orang miskin datang meminta sedekah, berilah kepada mereka. Jangan pula mengharapkan balasan, sebab nanti kalau dia tak bayar kite yang kecewa. Hehe halalkan ye.

Pastu janganlah kita suka menghina orang bawahan kalau kita berada di atas. Contohnya kite memandang rendah buruh kasar, "Abang La" yang kerja buat bangunan tu. Ok, tanpa mereka, tak merasalah kita duduk di rumah banglo. Tak selesalah kita nak belajar tanpa bangunan sempurna beratap, berekon dan berdinding. 

Macam tu juga dengan tukang-tukang pembersih tepi jalan, yang potong-potong rumput tu. Boleh jadi kerja mereka jauh lebih mulia daripada kita. Malah ada hadis yang mengatakan seseorang itu masuk syurga hanya dengan membuang ranting yang menghalang jalan orang lain. Jadi fikirkan berapa banyak amalan yang mereka telah lakukan, di sepanjang jalan yang mereka buat kerja pembersihan tu. Walau gaji tak seberapa, tetapi jauh mulia daripada kita yang kaya dengan bergelar penyanyi, pelakon dedah aurat atau ahli politik yang selalu menipu atau ahli perniagaan yang tidak jujur.

Mereka dah kerja. Tetapi setakat itu sahaja yang termampu. Mudahkan orang lain, in shaa Allah kekg tuhan balas. =)

Sekadar selingan : Syiah bukan Islam tetapi Yahudi. Ada non-muslim yang mahu memeluk Islam konfius tentang Islam, katanya banyak fahaman, mazhab, dan perbezaan parti politik. Pada aku, Islam itu mudah. Hiduplah bersandarkan fitrah. (Akan bersambung pada entry berikutnya....)

Comel-comel sokmo :-)

Sunday, January 6, 2013

Tahukah anda sejarah Pol Pot

Halo halo. Wassup wassup.. Mila in da house. Teruskan membaca blog aku kerana entry hari ini sangat berinformasi, tidak seperti entry lain. hehehe.

Semasa aku sedang study untuk menghadapi peperiksaan sosiolinguistik esok hari, aku terbaca nota yang mengatakan tentang faktor-faktor pertembungan bahasa. Tapi dalam nota cakap macam tu je, dia kata Pol Pot menyebabkan masyarakat Kemboja melarikan diri ke Thailand dan Malaysia. Esok aku nak hurai panjang-panjang jadi aku kenalah menggoogle sendiri maklumat tambahan. (Baiklah. kenyataan ini membuktikan bahasa aku ambik ISMP Bahasa Melayu bukan belajar tatabahasa semata-mata seperti dakwaan sesetengah pihak)

Tentang orang Kemboja di Kelantan (Fakta bukan auta)

Kawan-kawan aku banyak juga dalam kalangan Kemboja, yelah mak ayah aku kan meniaga, ramai Kemboja menceburi bidang nie. Sampai ada orang panggil aku Kemboja. Xpe, xkisah. Orang Kemboja cantik-cantik dan hensem-hensem u! Hahaha.


  1. Rumah mereka agak dhaif, tetapi sebenarnya duit mereka banyak. Mereka x boleh buat rumah, sebab bila-bila masa je akan dihalau, sebab duduk atas tanah haram. 
  2. Agama dalam diri mereka, tak macam agama kita. Mereka sangat beragama. Yang perempuan sangat bersopan santun, menutup aurat dan yang lelaki sangat alim. Mereka sekolah pondok.
  3. Letak nama anak dengan nama baik-baik, nama-nama Nabi contohnya Yusof, Abdullah, Ismail, dan mereka panggil anaknya dengan nama penuh contohnya nama Ismail tak panggil Mail (Xde maksud nama tu)
  4. Muka macam China, berkulit putih dan sangat cantik dan hensem.
  5. Rajin mencari rezeki sebab kesusahan hidup.
  6. Kalau kerja dengan kerajaan pun, gaji mereka jauh lebih rendah daripada warganegara Malaysia.
  7. Fasih berbahasa Melayu Kelantan.
  8. Hidup di sana tak ada penyaikit kencing manis mahupun darah tinggi, tetapi mati sebab kurang zat makanan je.
Pernah juga aku tanya mak aku, kenapa mereka datang sini. Mak jawab perang pada tahun 1975, diorang lari kat sini. 

Jadi untuk menunjukkan sejaraj ini menarik, biar aku bagitau dulu kekejaman Pol Pot nie, pastu aku ceritakan siapa Pol Pot nie.

  1. Sebarang bentuk ritual agama tak dibenarkan seperti solat, puasa, menutup aurat termasuk agama Kristian dan agama Buddha. (Hal ini kerana Pol Pot berfahaman Komunis. Agama Islam diutamakan kerana agama lain tidak nampak sangat amalan mereka)
  2. Para ulamak dibunuh. Daripada 113 ulamak terkenal, hanya 20 orang yang terselamat. Anggota Jabatan Mufti diculik dan dibunuh.
  3. 132 masjid dijadikan kandang babi. al-Quran, kitab dan mukaddam dirampas dan dibakar. Umat Islam yang menyimpan al-Quran diseksa dan dibunuh.
  4. Rakyat hanya boleh mendengar siaran radio Pekin sahaja (Beijing).
  5. Rakyat yang bekerja sebagai nelayan, ikan mereka dibeli dengan harga murah oleh koperasi milik Khmer Rouge. Jika nelayan memerlukan makanan keluarga, hendaklah dibeli di koperasi dengan harga yang berlipat kali ganda lebih tinggi.
  6. Penghapusan etnik Cham. Hanya kaum Khmer sahaja yang mahu ditinggal di Kemboja.
  7. Pembangunan, kemajuan dan orang terpelajar, alim ulamak dihapuskan.
  8. Rakyat diasingkan. Rakyat yang mengaku sebagai Cham diikat dan dihambat ke padang penyembelihan. Mereka disembelih dengan menggunakan pisau tajam. Ada yang dipukul sehingga mati.
  9. Anak kecil dilambung, direjam dengan pedang. Dihantuk kepada ke pokok sehingga mati.
  10. Dipaksa makan sup babi sebagai bukti kesetiaan kepada perjuangan Komunis. 
  11. Bahasa Melayu-Champa tidak boleh digunakan. 
  12. Wanita Islam dilarang menutup aurat, dilarang bertudung, bersanggul dan memakai baju kurung. Lelaki dilarang berkopiah dan berserban. Semua dipaksa memakai pakaian hitam.
  13. Mengesat najis menggunakan naskhah al-Quran.
  14. Merampas bayi dari ibu-ibu mereka dan dihentak ke dinding sehingga mati.
  15. Gigi-gigi mangsa dicabut ketika masih hidup.
Ee.. jahatkan. Bersyukurlah di Malaysia, pemimpin kita tidaklah sejahat itu, tetapi masih bebas mengamalkan agama Islam walaupun aku hanya macam nie (mmmmm bermuhasabah diri). Sama-sama kita menyelamatkan Malaysia daripada pemerintahan pemimpin yang zalim.

Siapakah Pol Pot? Claypot yang sedap tu ke? 


Beliau dilahirkan di Wilayah Kompong Thrum pada 19 Mei 1925 dengan nama Salothi Sar. Beliau daripada keluarga yang berada dan menjadi Perdana Menteri Kemboja pada 1976 hingga 1978. Ketika berkuasa, negara itu dikenali sebagai Kempuchea. Pol Pot juga sangat rapat dengan keluarga diraja sejak kakaknya menjadi gundik raja.

Beliau lulusan kolej dan sekolah teknikal sebelum melanjutkan pelajaran ke Perancis dan menjadi sukarelawan briged buruh antarabangsa untuk membina jalan di Yugoslavia pada 1950. Ketika di seberang laut, Pol Pot terbabit Komunis Perancis – pergerakan antipenjajah yang menyokong perang Vietnam menentang Perancis. Beliau kemudian menyertai gerakan rahsia komunis dikenali sebagai Cercle Marxiste yang kemudian mengambil alih Persatuan Pelajar Khmer pada 1951.



Berikutan gagal peperiksaan, Pol Pot terpaksa kembali ke Kemboja pada 1953. Dalam beliau mengajar kesusasteraan Perancis dan sejarah, beliau kembali menjadi penghubung antara parti politik seperti Demokrat dan Pracheachon dengan gerakan komunis bawah tanah. Pada 1960-an, Kerajaan Kemboja menahan anggota Pracheachon dan Pol Pot bangkit serta-merta menjadi setiausaha parti komunis.

Pembabitan dalam gerakan komunis mendorong beliau melarikan diri ke Vietnam di mana beliau menubuhkan gerakan Khmer Rouge. Pol Pot mula berkuasa di Kemboja apabila ibu kotanya, Phnom Penh ditawan pada 1975. Parti itu memulakan matlamat untuk membendung kapitalisme dengan memindahkan semua warga kota itu ke kawasan luar bandar. Wang tidak ada nilainya lagi. Makanan dan pelajaran digerakkan secara berkelompok.

Pihak yang menunjukkan penentangan akan dibunuh secara kejam. Daripada lapan juta penduduknya pada 1975, dua juta daripadanya dibunuh. Kemunduran mencetuskan krisis kebuluran, namun mereka enggan menerima bantuan asing.

Pada 1978, Vietnam memasuki Kemboja dan menyebabkan Pol Pot melarikan diri ke Thailand. Beliau menghabiskan 20 tahun tinggal di kem dalam hutan di sempadan Thailand-Kemboja. Pada 15 April 1998, dia diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika. Pol Pot yang menghidap penyakit Hodgkins dan barah serta lumpuh, dilaporkan mati ketika tidur. Persoalannya ialah adakah beliau mati kerana penyakit atau membunuh diri.


Comel-comel sokmo :-)

Thursday, January 3, 2013

Solat- walau dalam apa keadaan sekalipun

Ada sessuatu yang kita kena betulkan persepsi kita tentang solat. Macam nie kisahnya. Zaman sekolah dulu, bila tibanya waktu zohor biasanya cikgu akan ajak kite solat berjemaah kan. Pastu yang nakal-nakal sikit akan bagi banyak alasan. Yang perempuan biasalah dengan alasan uzur dan tak bawak telekung. Tapi masa tu aku tak tahu kenapa cikgu pun kepala otak dia sama taraf dengan pelajar kalau tak bawak telekung xape, solat kat umah. Padahal baju kurung sekolah dah memenuhi syarat menutup aurat. Tapi masa tu aku kanak-kanak walaupun aku terfikir yang baju tu memang menutup aurat tetapi tak berani nak tegur cikgu, kot-kot tersalah kat mana-mana.

Yang lelaki pulak bagi alasan seluar kotor, terkena air kencing sebab kencing berdiri, dan tak kurang kelakarnya dia kata tak leh sembahyang sebab baju kotor terkena makanan, tumpah air, tangan terkena dakwat pen, sebab masuk tandas la, dan macam-macam lagi lah alasan yang munasabah dan tak munasabah.

Actually, we must fikir jauh ke hadapan. Aku pernah terbaca dalam majalah, tak ingat majalah ape, yang aku nak share kat sini. kalau dia salah, maka aku pun salah. ye. dia kata najis yang xleh dibawa sembahyang yang dimaksudkan ialah najis berat., yakni najib najis mughallazah.

source : fb

Kalau kite tengok gambar nie, logik ke tak logik ke, pastu fikir boleh ke solat dalam keadaan macam nie? sebenarnya boleh, tak ada masalah. bumi yang Allah ciptakan ini, kita boleh bersujud kat mana-mana. sebenarnya, aku juga seorang yang sangat cerewet dan tak faham tentang konsep nie. (dulu lah, sekarang tak lagi). Kalau aku nak solat, aku kena gosok gigi, mandi kalau kotor sikit je, dan pakai telekung yang bersih sebab aku memang jaga betul-betul telekung dan sejadah dengan membasuh setiap 3 hari.

Kalau aku balik kelas lewat sekalipun, contohnya balik pukul 6 petang. Kan masa tu dah lewat untuk solat Asar, tetapi aku mandi-mandi dulu dan bersiap-siap dulu last-last aku solat lewat pada pukul 6.30 petang semata-mata nak menjaga kebersihan dalam solat.

source : google

Kalau ikut mak berniaga kat pasar malam, kalau kat kawasan tu xada surau atau masjid, jadi kena tumpang solat umah umah orang kampung. umah orang kampung tempat aku gi meniaga tu tersangatlah kotor. tempat sembahyangnya sangat kotor, apetah lagi bilik air yang nak ambik  wuduk. kadang-kadang arwah ayah paksa suruh solat kat umah tu, aku wat muka muncung sebab tak rela. aku kata dalam hati : "apelah ayah nie, sah ke solat umah kotor macam tu? dah la banyak habuk, banyak sampah". (oh betapa bongoknye kan masa tue, masa nie pun bongok jugak sikit2, bukan aku yang kate tp orang lain yg kate).


Kat mana-mana pun boleh bersujud lah. jadi mulai sekarang, jangan lagi kita memberat-beratkan solat, bagi macam-macam alasan. sebab solat  itu mudah. tak payah pakai telekung pun tak ape asalkan kena pakai baju yang menutup aurat.



TAPI!!!!!!!!!!! Tapi, bila dah faham konsep nie, jangan lah kite mengabaikan kebersihan pulak ye. kebersihan kena jaga, Islam menganjurkan kebersihan. kalau kotor sebaiknya mandi la dulu (kalau masa belum lewat), lainlah kalau keadaan memang terdesak sangat contohnya tak ada tempat nak mandi, tak ada masjid atau surau yang bersih. kalau kita tak bersih, dan tempat solat kita tak bersih, solat kite pun tak khusyuk. kite kena buang dulu segala benda yang boleh membuatkan kite tak khusyuk terlebih dahulu. harap faham. jangan buat-buat tak faham pulak. nanti aku tulis macam entry nie, awak akan kate "ala, takpe solat dalam keadaan kotor pun". pulak dah.

source : google

Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, November 21, 2012

Berkat (Pesanan Untuk Bakal Guru)

Tadi semasa kelas Sintaksis, lect aku menghabiskan masanya untuk memberi kesedaran kepada para pelajarnya. Semuanya tentang berkat. Mungkin apa yang beliau cakap nie kita tak nampak, kita buat kita tak rasa itu salah, tetapi sebenarnya memberikan kesan yang besar dalam kehidupan kita.

Pertama, awak tak datang kelas, awak pemalas. tahu nak tidur , penat, tidur, penat. berfesbuk dan bertwitter je tahu. pastu awak tak hadir kelas. awak suruh kawan awak tolong tandatangan kat awak. awak tahu tak itu menipu? dengan kehadiran awak yang tak seberapa itu awak grad, awak dapat posting. awak cari makan. agak-agak berkat ke x rezeki yang awak terima hasil dari awak menipu itu?

Kedua, dalam kumpulan atau berpasangan, awak tak buat kerja. awak hanya mengharapkan ahli kumpulan awak atau kawan awak yang buat. awak hanya menumpang sahaja. awak tak buat kerja pun tapi nama awak ada dalam kertas kerja. agak-agak kawan awak redha tak dengan perbuatan awak? boleh jadi awak tersekat di neraka jahanam sebab kawan awak dan kawan awak tersekat sebab awak je. (bermakna setiap manusia ada tanggungjawab masing-masing). 

Awak nampak benda ni kecik, remeh temeh tetapi sebenarnya ia besar. Setiap perbuatan kita walau sebesar zarah pun akan disoal di akhirat nanti. Apa awal fikir terima rasuah tu je ke duit haram? Awak tak hadir kelas, awak menipu dalam kehadiran, dan awak dapat kerja dengan menipu, itu pun duit haram sampai bila-bila.

Kemudian di sekolah, awak malas. Awak tak buat laporan, awak tak buat persediaan. Bila masa tak ada kelas, awak di bilik guru sibuk bermain henset, mungkin layan fesbuk, twitter. Dan ada yang letak earphone sebab tengah syok dengar lagu. 

Bila dah kerja, orang yang macam ni selalu ambik cuti. Kalau mengajar malas-malas. Selalu sakit-sakit. Dan, setiap tahun mengandung! hahahahaha.. nak naik ke kelas aras 4, tak larat. budak-budak sempat bertumbuk sebelum cikgu sampai ke kelas.

Makna berkat itu luas, makna haram itu luas. Fikirlah setiap tindak tanduk kita sebelum melakukan sesuatu.
 
Comel-comel sokmo :-)

Monday, September 17, 2012

Syaitan Mengejutnya Untuk Bersolat Subuh


Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat, Syeikh Abdul Qair al-Jailani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu solat hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar sebagai seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh, padahal kau amat benci kepada orang yang solat?"

"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh", jawab syaitan.

Kehairanan, Sheikh Abdul Qadir lalu bertanya, "Kenapa?"

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah S.W.T.

"Aku takut jika kamu terlewat untuk solat Subuh, Kau akan menampung kelewatan itu degan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan serius", kata syaitan.

Tambah syaitan itu lagi, "Kau akan bersedekah, kau akan membantu orang lain, kau akan mengajar lebih lama, kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pun akan bertambah susah, kerja kami akan bertambah dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti".

Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat, tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.

Syaitan menyesatkan mereka yang kuat agama dengan cara yang berlainan, bukan seperti mana menyesatkan manusia biasa2 (*macam aku ini). Contohnya, lihat saja status di FB yang berbunyi :

"Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menghabiskan puasa 6"


Ambil masa, dan renungkan bersama...


Tuesday, September 11, 2012

Pesanan Kubur Kepada Kita

 
  1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran.
  2. Aku rumah yang gelap. maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  5. Aku rumah pertanyaan mungkar dan nakir, maka banyakkanlah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Tuesday, June 12, 2012

Motivasi Maksiat "Islamik"

Assalamualaikum

Pertama sekali jangan cepat nak marah dengan apa yang aku nak bagitahu. Bare nyato! Bakpo nok marahnya? Aku cuma nak bagi pendapat sahaja. Bab ngomen no1 kan?  Dan sebelum kita pergi lebih lanjut, aku nak mintak maaf berbilion2 andai ada yang terasa hati, jantung, paru-paru, limpa dalam entry aku kali nie. aku tak berniat nak memburukkan mana2 pihak. sekadar menyatakan kebenaran. sabda Rasulullah : 

"hendaklah kalian tetap berkata benar sekalipun menghadapi bahaya. Sebab di dalam kata-kata yang benar terdapat keselamatan" (HR. Ibnu Abi Ad-Dunya)

Sebenarnya, banyak sangat-sangat kem motivasi atau kem-kem lain yang lebih kurang sama sahaja maksudnya. Kem kepimpinan ke, kem kesedaran ke, kem dakwah ke.. cuma nama sahaja berbeza. Tapi sebenarnya banyak menganjurkan maksiat. Hah???? Maksiat??? Yawn, maksiat! 

Dan jangan salah faham. Bukan aku tulis nak tujukan kepada kem-kem tarbiyyah yang benar-benar menjaga syariat dan membentuk golongan soleh dan solehah! 

Tapi tak banyak yang benar-benar menjaga batas. Mungkin namanya islamik. penganjurnya ustaz dan ustazah, namanya pun islamik tapi kebanyakannya tak mampu nak menjaga betul-betul kem yang dikendalikan.

Pada asalnya matlamat nak lahirkan remaja yang punya keyakinan yang tinggi, tapi yang dapatnya.. seorang remaja yang hilang rasa malu, lebih bersosial dan lebih "berfikiran terbuka".. lagu lagu mana pun, matlamat tak menghalalkan cara.

apa yang salahnya..
fasilitator duduk dengan peserta dalam keadaan yang agak rapat dan saling bertentangan. katanya : "alah. bukan bersentuhan pun. berbincang dalam kumpulan je pun". Inilah dia, bersukan sama-sama, latihan dalam kumpulan sama-sama, bahkan masa makan pun masih nak semejakan peserta lelaki dan perempuan. terkikisnya nilai rabbani dalam program "islamik" tersebut.

satu lagi, tak menghormati waktu solat. dan ada kem yang aku sertai, solat sendiri-sendiri je. solat berjemaah langsung tak ada! kadang-kadang padatnya program yang dirancang terpaksa membuat aku, solat pun nak cepat sebab terpaksa mengejar masa. seolah-olah, slot lain lebih penting daripada solat itu sendiri.Mengapa pihak penganjur tak mementingkan solat, berbanding slot-slot lain yang dianggap lebih berkesan untuk membentuk peribadi? Apakah tak percaya dengan firman Allah?

"Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"
(al-ankabut : 45)

lagi, bila buat aktiviti ahli kumpulan dibahagi-bahagikan. terdapat percampuran antara lelaki dan wanita. di situ, mereka akan mula berpegang-pegang, bersentuh-sentuhan. bila ditanya kenapa campur lelaki dan perempuan, jawabnya cuba nak dedahkan praktikal komunikasi bersama kaum bukan sejenis di samping nak kukuhkan "ukhuwwah" sesama muslim (tengkorak betul! shit shit shit!!), membentuk kerjasama antara ahli pasukan serta membiasakan diri antara muslimin dan muslimat! 

kemudian, aktiviti masuk dalam air! yang nie paling syok!
peserta bertudung labuh masuk dalam air. yang tak tudung labuh?? kemudian nampak ketat. baju-baju dalam semua nampaklah pendek kata. bonjol2 pun turut nampak. kemudian dalam keadaan seksi naik kayak bersama2 peserta lelaki, ada peserta perempuan dalam keadaan terkangkang lah, menonggeng lah. yang jauh sangat daripada fitrah seorang wanita. molek sangat lagu tuh?

lagi, paling tak boleh blah sekali, bila malam bagi ceramah agama! ptuiiiiiiii! ingat mati pulak yer..
konon islamik lah ko punya program. niat nak lahirkan golongan soleh solehah tapi lain pulak jadinya.

Aku rasa, penganjur takkan mampu nak menjaga semuanya, kompom! namun, usaha ke arah itu perlu ada. asingkan peserta lelaki dan perempuan. jangan sesekali berselindung di sebalik nama islam.

aku elakkan tinggal di kolej sebab faktor nie lah.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci daripada mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan"
(an-Nur :31)

Lebih syok gi kem Puteri Umno sebab semuanya perempuan. Ustaz yang bagi ceramah je lelaki. Ko ingat UMNO2 nih xde slot agama ke heh?????
*tapi xde pulak kitorang nak gunakan nama islam



Sunday, June 10, 2012

Hot

Assalamualaikum


Aku yakin semua orang mahu berubah ke arah kebaikan. Itu fitrah. Tapi tak semua mampu. Kerana kelemahan kita sendiri tak boleh melawan hawa nafsu. Tak apa. Tak apa. Ada niat nak berubah tu dah cukup baik daripada tak ada langsung. Tapi, sampai bila kita nak duduk dalam niat tu? Last-last mati dalam niat tanpa sempat bertaubat. Oh taubat senang jer. Buat 2 rakaat solat sunat taubat! Senang-senang kau Jijah. Apa yang dimaksudkan ialah taubat nasuha. Semua mahu berubah, tapi banyak halangannya kan? Sebab diri sendiri masih belum bersedia, sebab orang-orang sekeliling yang memandang rendah. Maklumlah : Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing. Jadi kalau kita pilih jalan Islam yang benar, orang sekeliling mula pandang rendah pada kita. Tengok orang pakai purdah dah takut macamlah di sebalik purdah tu askar Israel !

Aku yakin semua perempuan fikir seperti mana aku fikir. Inilah yang terkandung dalam hati setiap gadis :

"Aku suka upload gambar banyak-banyak dalam FB, kemudian buat album beralbum-album yang mengandungi gambar aku dengan macam-macam gaya, dengan mulut muncung, tangan "peace", atau tangan 1 Malaysia ala ala datuk Najib gitu. Aku sengaja publish kepada semua dengan harapan nak orang "like" dan komen kata cantik. Aku suka bila "like" mencecah 30, kemudian 40, kemudian beratus-ratus. Aku sangat bangga!"

Betul x? Hahaha noti noti!

Suka sangat. Pakai tudung sekadar pakai tudung. Pakai tudung pakai jeans ketat. Pakai tudung, baju lengan pendek. Pakai tudung tak tutup dada. Pakai tudung lipstik merah. Pakai tudung baju sendat.

Entah kenapa kini aku merasakan yang diri aku terlalu menyimpang jauh dari reda Allah. Kerana apa? Kerana aku tidak mampu menjaga auratku dengan sempurna. Aku cemburu melihat wanita solehah. Mereka disayangi Allah, para penduduk bumi dan langit malah sentiasa didoakan dan sentiasa hidup dalam redha Allah. Kalau mati tiba-tiba pun tak adalah berdosa sebab tak tutup aurat. (Dosa lain tu mungkin sebagai manusia biasa). Aku tak kisah dengan tanggapan sesetengah orang "alah, yang tudung labuh tak semestinya baik, belakang-belakang apa tak buat" tapi sekurang-kurangnya satu kewajipan dah ditunaikan. Sekurang-kurangnya aku dah berusaha untuk melepasi seksa sebagaimana sabda baginda :

"Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki bukan muhrimnya." 

dan satu lagi...

"Adapun perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain serta bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya."

Aku menangis, meraung, bersedih menangisi dosa-dosa tetapi aku paling sedih kerana aku hanya mampu bersedih tetapi tak mampu untuk berubah!

Kadang-kadang rasa sendirian. Tak ada kawan yang boleh mengingatkan. Rasa keseorangan, tak ada sokongan. Tak ada siapa nak terus bagi galakan pada setiap masa dan setiap ketika, dan orang-orang sekeliling seolah-olah suka bila dapat membiarkan aku hanyut mengikut hawa nafsuku sendiri. Tapi bila difikir-fikir balik, aku tak boleh salahkan sesiapa. Mak ayah dah ajar elok-elok. Aku sendiri kena pandai fikir. Kubur masing-masing. Walaupun tak dapat galakan/teguran daripada manusia tapi aku ada Allah kan?






Thursday, June 7, 2012

Telekung Solat

kali ni nak bincang mengenai telekung solat. kita di Malaysia memang terikat dengan telekung solat, seolah-olah tak sah kalau solat tanpa telekung, tapai kali nie aku bukan nak kata tak wajib pakai telekung solat ke sunat ke harus ke bukan. cuma nak kita sedarkan diri kita. betul ke cara pakai telekung solat tu?

Biasanya, gadis-gadis cantik sekalian, lepas mandi dalam keadaan berkemban kain batik ataupun kain tuala, lalu menyarungkan telekung, betul tak? jadi anda beranggapan tak apa sebab anda dalam keadaan bersendirian dalam bilik. lebih haru bila telekung anda tu nipis, sedikit kekuningan sebab dah buruk.. huhuhu.. itu lah, pakaian mahal2 leh beli, telekung baru nak beli pun pikir berpuluh2 kali.

bukan masalah pakai telekung atau tidak. apa yg penting ialah wanita hendaklah menutup aurat nya ketika mendirikan solat. memakai telekung dapat menutup aurat daripada bahagian rambut sehinggalah kaki. tak mengapa kalau telekung itu tebal, tidak menampakkan bentuk badan, atau warna kulit kerana kebiasaannya telekung berwarna putih dan telekung yang buruk menipis sehingga menampakkan warna kulit (ayat belit2).

Tapi apa yang aku perhatikan, ramai yang tak ambik peduli mengenai perkara ini. mereka beranggapan, sape nak tengok, nak sembahyang je pung, bukan nak jumpa orang ramai. ok ok. kalau macam tu. cuba kau keluar rumah dalam keadaan berkemban kat dalam, pakai telekung yang dah lusuh di luar. jadi, kita kena sedar bahawa pakaian bukan sahaja etika sesama manusia tetapi juga etika seorang hamba yang sedang mengadap tuhannya.

kena perhati pada telekung, jangan nipis atau boleh menampakkan warna kulit. kadang-kadang telekung yang ada di pasaran tidak menggunakan material yang sesuai. kalau telekung yang dibuat daripada kain murah tu memang sah2 nipis.kalau kita pakai pakaian lengkap sekalipun di dalamnya tetapi telekung nipis, masih boleh nampak bahagian leher, maka tidak sah solatnya. namun, kalau berkemban sekalipun, tapi telekung tebal dan labuh tak menjadi masalah.


budaya kita memakai telekung. sekiranya pakaian harian kita untuk bekerja, belajar sudah menepati syarak (menutup aurat), maka pakaian tersebut boleh dipakai ketika solat tanpa perlu telekung. 


perkara kedua ialah kebersihan telekung. kalau pakaian kita jumpa manusia kita boleh basuh hari2, tapi pakaian nak mengadap Allah kita basuh sebulan sekali itu pun time period betul x? telekung hendaklah bersih daripada najis. ia juga merupakan faktor mendapat solat yang khusyuk. tapi cuba tengok, kat surau2 awam, RnR, masjid-masjid yang menyediakan telekung solat. semuanya berbau busuk, nipis dan kekuningan. mereka menjadikan telekung tu syarat solat je! dah tak pikir bersih ke tak, tutup aurat ke x..mungkin sebab budaya kita dan menjadikan kita terikat dengan telekung solat. kalau singgah kat surau untuk solat, rela pakai telekung busuk dan nipis tu, padalahal pakaian kita sendiri lagi ok! 

aku pun tak faham kenapa orang Islam tak jaga kebersihan yang dituntut dalam Islam itu sendiri.




Solat Cara Rasulullah SAW (Siri 5)

Oleh
Mohd Sukki Bin Othman (Ust Shauqi)
(Artikel ini telah disiarkan dalam majalah Milenia Muslim bulan Februari 2008)


Aurat menurut pengertian syarak ialah sesuatu yang wajib ditutup dan diharamkan melihatnya. Menutup aurat merupakan syarat sah solat. Aurat hendaklah ditutup ketika menunaikan solat walau berada jauh daripada pandangan mata manusia atau berada dalam kegelapan. Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa batal solat orang yang tidak menutup aurat sedangkan dia mampu berbuat demikian.

Sempadan menutup aurat bagi lelaki ialah di antara pusat dan lutut. Manakala bagi perempuan ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan tangan). Allah swt telah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, bermaksud: ”Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...”. Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa maksud daripada ayat ini ialah memakai pakaian (menutup aurat) ketika menunaikan solat. (Sila Rujuk Mughni Muhtaj dan al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh).

Al-Tirmidhi meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ”Tidak diterima solat perempuan yang telah baligh melainkan dengan kain yang menutup kepalanya”. Apabila kepala wajib ditutup, maka menutup seluruh badan adalah lebih utama.

Daripada Ummu Salamah, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada rasulullah saw: ”Apakah seseorang wanita itu boleh menunaikan solat dengan memakai baju panjang dan penutup kepala tanpa memakai kain sarung?”. Jawab baginda Rasulullah: ”Boleh sekiranya baju itu luas yang boleh menutupi bahagian atas telapak kakinya”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud).

Terdapat beberapa syarat tambahan yang perlu dipatuhi di samping menutup antara pusat dan lutut bagi lelaki dan menutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan bagi perempuan. Syarat-syarat tersebut adalah seperti yang berikut:-

Wajib memakai pakaian tebal yang sekurang-kurangnya boleh menutup warna kulit badan. Sekiranya pakaian yang dipakai itu nipis dan menampakkan warna kulit, maka ia tidak dianggap menutup aurat dan solat tidak sah.

Pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh pemakainya.

Oleh yang demikian, hendaklah dipastikan bahawa pakaian yang dipakai untuk menutup aurat ketika menunaikan solat menepati kriteria yang ditetapkan oleh hukum syara’ agar solat yang ditunaikan itu menjadi sah dan diterima oleh Allah. Bagaimana pula hukumnya sekiranya aurat terdedah secara tiba-tiba ketika menunaikan solat akibat tiupan angin dan seumpamanya?

Para ulama’ ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa tidak batal solat apabila orang yang sedang menunaikan solat itu bersegera menutup kembali auratnya setelah menyedari ianya terdedah kerana tiupan angin. Akan tetapi sekiranya seseorang itu cuai dengan tidak mempedulikan auratnya yang terdedah atau ia mengambil masa yang agak lama untuk menutup auratnya kembali, maka solatnya itu dianggap batal dan tidak sah. Inilah pandangan yang telah dikemukakan oleh ulama’ aliran mazhab Syafe’i dan Hanbali. (Sila Rujuk al-Fiqh al-Islamiy Wa Adilatuh karangan Syeikh Dr Wahbah Zuhayli, jilid 1, halaman 582, cetakan Dar al-Fikr, Damsyik, tahun 1989).


Sempadan Aurat Di Luar Solat

Sempadan aurat seseorang itu apabila berada di hadapan orang yang bukan mahram ketika berada di luar solat adalah sama seperti keadaan auratnya ketika berada dalam solat. Oleh yang demikian seseorang yang mempraktikkan menutup aurat dalam kehidupan hariannya, sudah tentu akan memudahkannya untuk menunaikan solat walau di mana sahaja dia berada.

Kadang-kala berlaku kekeliruan terutamanya bagi wanita yang menganggap bahawa solat tidak sah tanpa memakai ’telekung sembahyang’. Oleh itu, apabila seseorang wanita itu terlupa untuk membawa ’telekung sembahyangnya’, maka dia akan meninggalkan solat dengan alasan tidak dapat menutup aurat!. Ini merupakan persepsi yang salah terhadap aurat. Sebenarnya, apabila seseorang muslimah itu beriltizam dengan menutup aurat apabila berada di luar rumah iaitu dengan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan, maka dia boleh menunaikan solat dengan menggunakan pakaian tersebut asalkan ianya bersih, tanpa diperlukan ’telekung sembahyang’!.

Akan tetapi sesuatu yang amat menyedihkan berlaku dalam masyarakat kita ialah apabila sebilangan umat Islam hanya menutup aurat di dalam solatnya sahaja, tetapi apabila selesai menunaikan solat, kewajipan menutup aurat terus dilupakan. Seolahnya seseorang itu hanya mengabdikan diri kepada Allah ketika menunaikan solat sahaja, sebaliknya ketika tidak menunaikan solat, dia terus melakukan penderhakaan kepada Allah. Fenomena ini merupakan sesuatu yang amat malang dan perlu diperbetulkan segera agar solat yang ditunaikan itu dapat membina keperibadian muslim yang unggul yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah swt.

Di samping itu, terdapat juga kekeliruan terutama dalam kalangan wanita Islam tentang konsep aurat di luar solat. Ada yang menyangka bahawa apabila sudah ditutup kepalanya dengan tudung, maka ia sudah menutup aurat. Ramai remaja perempuan pada hari ini yang semakin keliru dengan pelbagai fesyen tudung yang wujud, lalu menganggapnya ianya sudah cukup untuk menutup aurat. Asalkan ada tudung di kepala, maka ia dikira menutup aurat! Kekeliruan yang timbul dalam isu tudung ini perlu di ambil perhatian oleh wanita muslimah yang prihatin terhadap hukum-hakam di dalam Islam. Janganlah kita hanya sekadar menjadi ’pak turut’ atau ’mak turut’ yang tidak tahu apakah yang kita lakukan itu benar atau salah. Akibatnya, ramai juga didapati wanita Islam yang memakai tudung tetapi tidak menutup aurat!


Al-Quran telah menjelaskan batas aurat bagi wanita muslimah. Antaranya ialah firman Allah yang bermaksud "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (muka dan pergelangan tangan); dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka....." [Surah An-Nur:31} Dalam ayat yang lain, Allah menjelaskan melalui firmanNya yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]


Sebelum turunnya ayat ini, kebiasaannya wanita Arab keluar rumah dengan memperlihatkan rambut, leher, telinga, dada dan sebahagian daripada kecantikan dan perhiasan yang ada pada mereka. Lalu ayat ini diturunkan dan memberi penjelasan kepada wanita muslimah agar menutup aurat mereka dengan sewajarnya. Ayat ini juga diturunkan oleh Allah sebagai penyelamat kepada wanita muslimah agar tidak diganggu oleh orang munafik dan fasik.

Ajaran Islam tidak pernah menyuruh wanita Islam bertudung semata-mata, tetapi dikehendaki menutup aurat. Sekiranya sekadar memakai tudung sahaja, ia tidak dinamakan menutup aurat mengikut kehendak Islam. Justeru, didapati bahawa wanita bertudung yang ditangkap ketika melakukan maksiat dan perkara-perkara tidak senonoh hampir kesemuanya atau majoritinya tidak menutup aurat walaupun mereka bertudung!

Masyarakat Islam wajar memahami perbezaan di antara tudung fesyen dan tudung yang menutup aurat. Boleh dikatakan amat ramai sekali wanita Islam pada hari ini memilih untuk memakai tudung fesyen daripada tudung untuk menutup aurat.Apa tidaknya, kelihatan amat ramai wanita yang memakai tudung, tetapi dalam masa yang sama mengenakan seluar ‘jeans’ yang ketat yang menonjolkan bentuk tubuh. Begitu juga mereka yang bertudung, tetapi juga dibaluti dengan baju ketat yang menonjolkan bentuk dada mereka dengan begitu jelas. Tidak kurang pula wanita yang bertudung ini memakai pakaian yang jarang menampakkan tubuh badan mereka. Kalau beginilah tudung yang dipakai, ia hanya boleh dianggap sebagai tudung fesyen, bukannya tudung yang menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki di dalam ajaran Islam.

Kalaulah perkara seumpama ini terus berlaku, maka jelaslah bahawa kekeliruan dalam persoalan aurat dalam kalangan wanita pada hari ini telah membawa kepada penyakit barah yang semakin lama semakin parah. Sehubungan dengan itu, perlulah disuntik kesedaran dengan segera berasaskan ilmu agar umat Islam kembali menghayati peraturan dan sistem aurat yang wujud dalam syariat Islam yang bertujuan membawa kebaikan dan keharmonian hidup individu mahupun masyarakat.

Sekian..

Sunday, May 13, 2012

Pesanan Buat Bakal Isteri

Di hari pengantin Al-Haris bin Amr, Raja Negeri Kandah, ibu pengantin perempuan memberi pesanan kepada anaknya sebagai bekalan untuk menjalani hidup seterusnya sebagai seorang isteri sultan.

"Wahai puteriku, engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah hamba wanita baginya, tentu dia akan jadi hamba bagimu serta menjadi pendamping setia. Peliharalah sepuluh perkara terhadapnya tentu dia akan menjadi perbendaharaan yang baik buatmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, jaga tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, jaga waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, jaga hartanya dan pelihara kehormatan serta keluarganya.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang suruhannya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mematuhi suruhannya, bermakna kamu melukai hatinya, Jika kamu membuka rahsianya maka kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih ketika dia gembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, pasti nanti dia akan memuliakanmu. Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."

Friday, April 27, 2012

Dia mendekatkan aku dengan Allah

Memandangnya, sudah cukup mendorong kita untuk ingat kepada Allah...
Mendengar bicaranya, menyebabkan ilmu dan kefahaman kita bertambah...
Melihat amalannya, menyebabkan kita ingat kepada akhirat...

Orang-orang yang ingin membersihkan hatinya hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berhati suci dan dekat dengan Allah.

"Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang benar"
(at-taubah :119)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang-orang mukmin yang bertaqwa"
(HR Abu Daud dan Tarmizi)

Di antara ulamak berkata : bersahabatlah dengan orang-orang mukmin, nescaya mereka akan dapat menunjukkan kamu ke jalan Allah.

Di antara keutamaan persahabatan yang murni serta kecintaan yang tulus, ialah bahawa seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya, walaupun tingkat ilmu dan ketaqwaan antara keduanya tidak sama. Bahkan ia akan bersama-sama dengan orang dicintainya di syurga,

"Seseorang itu bersama dengan orang yang ia cintai"
(HR Bukhari dan Muslim)

Ciri-ciri sahabat pilihan :

  • Berpegang teguh kepada syariat Allah dengan niat ikhlas, jujur dalam ketaatan dan berterusan dalam beramal.
  • Dalam diri mereka tidak nampak adanya kemaksiatan, bid'ah yang menyalahi syarak.
  • Mereka menyibukkan diri dengan kelemahan dan aib yang ada pada dirinya sendiri dan tidak pernah sibuk dengan kesalahan orang lain.
  • Melaksanakan tugas "amar makruf nahi mungkar" dengan kekuatan iman dan keberanian jiwa.
  • Di wajah mereka ternampak cahaya keimanan.
  • Memerhatikan umat Islam dan sedia membantu umat.
  • Bergerak secara jujur demi tanggungjawab agama dan mempunyai semangat yang ikhlas dalam memperbaiki umat dan jihad.
"Seseorang itu mengikut agama kekasihnya, maka hendaklah setiap kamu memerhatikan siapa yang ia cintai" (HR Ibnu Hibban)

Jelas, berteman dengan orang pilihan akan membimbing seseorang itu kepada jalan kebaikan dan hidayah. Sebaliknya, berteman dengan orang-orang derhaka akan mengarahkan seseorang itu kepada keburukan dan kesesatan.

"ya Allah, sentiasalah bimbing langkah kaki hamba, sentiasalah pegang tangan hamba, hamba-Mu ini selalu terleka, selalu tersasar, dan selalu mahu terlepas dari tambatan iman.."

"ya Allah, kurniakan hamba sahabat yang baik, cinta yang baik, agar cinta yang dibina tidak melalaikan hamba dan agar diri ini selalu mengingatimu ketika bersama dengannya"



Tuesday, April 24, 2012

Hati Itu Milik Allah

Hati itu milik Allah. Kita tak boleh menjangka hati seseorang. Apa guna jasadnya bersama kita, kalau hatinya bukan untuk kita. Kebahagiaan itu terletak di hati. Kalau hati bahagia, senyuman akan terukir di wajah kita. Dan memberi keceriaan kepada hidup kita. Tapi, andai hati tidak bahagia, walaupun kita dapat apa yang kita mahukan, hati akan tetap keras membatu.  Oleh sebab hati itu milik Allah, maka sentiasalah berdoa kepada Allah agar hatinya tetap untuk kita. Untuk doa kita makbul, kita sendiri perlu menjaga hubungan hati dan amalan kita dengan Allah. Doa agar Allah masukkan kembali kekuatan kasih dalam hatinya. Apa yang dari hati, akan jatuh ke hati. 

"Tuhanku, semoga aku ingin lebih menghibur daripada dihibur, memahami daripada difahami, mencintai daripada dicintai. Kerana, dengan memberi aku menerima, dengan memaafkan aku dimaafkan, dengan mencintai aku dicintai, dengan cinta aku bangkit kembali, dan dengan cinta aku hidup abadi... Setelah jatuh cinta, bangunkan cintamu."

Sunday, April 22, 2012

Hukum Berpurdah


Soalan: Sejauh manakah pandangan Islam tentang pemakaian purdah dalam kalangan muslimat terutamanya di dalam masyarakat kita hari ini, yang majoritinya berpakaian menutup aurat mengikut `uruf dan adat kebiasaan.

Jawapan :Persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagai niqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para `ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yang diiktiraf untuk kedua-dua pihak. Ada di ulama kalangan yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah `aurat. Jumhur fuqaha’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya `aurat. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-majmu’ , katanya:

“Sesungguhnya `aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad”
Di zaman ini, di kalangan ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya al-Syeikh Ibn Baz r.h.dalam fatwa-fatwanya yang banyak, juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi dalam buku kecilnya “إلى كل فتاة تؤمن بالله” dan sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan `aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم. Demikian juga Muhammad al-Ghazali dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.

Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya `aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:

a) Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:

Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: ِإلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا (maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat ini.

Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan penbincangan ayat tersebut dalam kitabnya الرد المفحم membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini.

Kedua: ayat di atas menyatakan:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

(maksudnya) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Allah hanya memerintahkan agar ditutupجيوب iaitu jamak kepada جيب ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.

Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu”

b) Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52
لا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ

(maksudnya) “Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.

Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa para muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.

c) Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah alAnmari, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا فِي أَصْحَابِهِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ وَقَدِ اغْتَسَلَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ كَانَ شَيْءٌ قَالَ أَجَلْ مَرَّتْ بِي فُلانَةُ فَوَقَعَ فِي قَلْبِي شَهْوَةُ النِّسَاءِ فَأَتَيْتُ بَعْضَ أَزْوَاجِي فَأَصَبْتُهَا فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا فَإِنَّهُ مِنْ أَمَاثِلِ أَعْمَالِكُمْ إِتْيَانُ الْحَلالِ

(Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tiba baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan baginda sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab baginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun mendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam الأوسط . Kata al-Albani dalam سلسلة الأحاديث الصحيحة sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan إن شاء الله) .

Walaupun rawi hadith tidak menyebut nama wanita berkenaan, tetapi perkataan fulanah dalam bahasa arab bermaksud wanita tertentu yang dikenali. Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengenalinya. Sebagai Rasul yang bersifat dengan keinsanan maka timbulnya perasaan dalam hati baginda seperti mana ianya timbul dalam jiwa seorang insan lelaki yang normal. Maka untuk melepasi perasaan tersebut baginda mendatangi seorang daripada isteri-isteri baginda, iaitu Zainab seperti yang dinyatakan dalam riwayat yang lain. Juga hadith ini adalah tunjuk ajar Nabi s.a.w. secara praktikal kepada para sahabah.
Dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:

فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَاكَ يَرُدُّ مِمَّا فِي نَفْسِهِ

“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka datangi isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada dirinya” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).
Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berpurdah?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.

d) Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:

عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهممَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ

Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan:

فَأَخَذَ الْفَضْلُ بْنُ عَبَّاسٍ يَلْتَفِتُ إِلَيْهَا وَكَانَتِ امْرَأَةً حَسْنَاءَ وَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ فَحَوَّلَ وَجْهَهُ مِنَ الشِّقِّ الْآخَرِ

Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia adalah seorang perempuan yang cantik Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga adalah tidak kukuh. Jika dibaca kesuluruhan hadith kita kan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, iaitu pada tahun 5 hijrah. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat.
Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur `ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan `aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur dalam ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudah seseorang muslimah di dalam alam semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin



Marilah berguru kepada guru yang mursyid, bukan yang tidak dipastikan sejauh mana ilmunya.

Thursday, March 29, 2012

Makna tersirat lagu Suci Dalam Debu

Engkau bagai air yang jernih
*Islam adalah suci dan jernih
Di dalam bekas yang berdebu
*di dalam kehidupan yang penuh muslihat
Zahirnya kotoran itu terlihat
*yang batil tetap kelihatan jelas dan menjadi kebiasaan
Kesucian terlindung jua
*yang benar dipandang asing dan terpinggir

Cinta bukan hanya di mata
*pandangan mata itu tidak penting
Cinta hadir di dalam jiwa
*yang penting itu iman di dada
Biarlah salah di mata mereka
*biarkan siapa yang tidak memahami untuk mengata
Biar perbezaan terlihat antara kita
*yang benar itu perlu ditegakkan

Kuharap kau kan terima
*aku harap kau juga terima Islam seikhlasnya
Walau dipandang hina
*walau orang memandang kita sebelah mata
Namun hakikat cinta kita
*yang penting cinta kita kepada Allah
Kita yang rasa
*kita yang lebih mengetahuinya

Suatu hari nanti
*hari pembalasan nanti
Pastikan bercahaya
*yang benar akan terserlah
Pintu akan terbuka
*pintu-pintu syurga dan nikmat akan terbuka
Kita langkah bersama
*Insya-Allah kita yakni orang-orang yang digelar asing akan memasukinya
Di situ kita lihat
*di dalam syurga kita akan melihat janji-janji Allah itu
Bersinarlah hakikat
*terbukti benarlah segala janji-janji Allah di dalam kitab-Nya
Debu jadi permata
*Muslim yang dipandang hina di dunia akan menjadi orang paling beruntung
Hina jadi mulia
*Segala ujian di dunia akan terbalas dengan nikmat yang tak terjangka di syurga

Bukan khayalan yang aku berikan
*janji-janji Allah dan Rasulnya itu bukan omong kosong
Tapi keyakinan yang nyata
*ia adalah untuk orang-orang yang yakin/beriman akan hari akhirat
Kerana cinta lautan berapi
*iman itu akan memberi kekuatan yang luar biasa kepada orang beriman
Pasti akan kurenang jua
*semua halangan dan ujian untuk menegakkan kalimah syahadah akan ditempuhi

Akhir kata :
Hati yang ikhlas, tidak akan perasan dengan pujian. Tidak akan terkesan dengan cacian dan cercaan. Kerana hati itu tahu, pandangan siapa yang perlu diutamakan!




Sunday, March 25, 2012

Cantik di sisi Allah, atau cantik di sisi manusia

aku pulang dari kuliah..
ke pejabat POS poskan slip exam kepada KPM..
panas membahang di atas jalan raya..
ya Allah memang panas..
tapi aku dah biasa dengan panas ini
lagi panas bila start berniaga dari jam 7 pagi sampai 2 petang
duduk tengah panas yang membakar
macamana la agaknya kepanasan api neraka
yang dijanjikan Allah kepada manusia yang ingkar..
seperti aku....
panas ini, sungguh menginsafkan..
insaf..



















sudah bertaubat, kemudian diulang lagi..taubat, ulang, taubat, ulang..
macamana agaknya kalau taubat xboleh diulang?
memang la kan taubat xleh diulang..bukan mudah nak taubat..

aku balik ke rumah dengan berpeluh ketiak, peluh kaki peluh perut hahaha
peluh semuanya lah senang2 dengan muka berminyak kepala sawit
masa tu pukul 1.30..
aku pun terfikir..
kul 4 ada kelas..
nak tidur dulu...malas mandi dulu..
ambik air sembahyang je la kan sebab ptg nanti ada kelas..
lepas bangun tidur baru mandi...tak kan nak mandi 2x kan..
kata aku...kihkihkih...

aku masuk ke bilik air untuk berwudhuk...
tak tahu kenapa tiba2 datangnya insaf, mungkin dari bahangan matahari tadi..
lalu aku terfikir..
aku nak solat zhor, nak mengadap Allah..xmandi..
nanti kelas, aku nak jumpa manusia...nak pulak aku mandi
adakah kerana nak jumpa dengan manusia aku perlu mandi?
ya! agar orang lain tak terganggu dengan kemasaman peluh aku..haha

tapi kenapa nak jumpa Allah aku tak nak mandi?
ok..insaf......

*bila dalam solat, boleh je kita tutup aurat dengan sempurna. tapi bila lepas solat, telekung dibuang begitu sahaja. aurat kemudian dipamer pula. hidup ini adalah ibadat, bukan solat je ibadat. jadi, beribadatlah. kerana Allah tidak menjadikan manusia dan jin, melainkan untuk beribadat kepada-Nya. selamat beribadat semua.. :D

Friday, March 23, 2012

Boikot Yahudi??????


ini adalah barang yahudi..
*ini mesti kes nak putihkan kulit macam lisa surihani la nie kan?
xpayah xpayah..kalau hitam takkan putihnye der...*

kegemaran aku
baunya..dan kesannya..
tadi aku sengaja beli..dari pencuci muka, toner, losyen dan ubat ketiak..
semuanya garnier kan..
ayuh boikot yahudi oh yeah!

hihihi
ok baca nie..
nie bukan ustaz cap ayam..kalau anda baca maka anda tahu


lepas baca...
oh macam nie rupanya..
rupanya, kita nie..minda politik lebih menguasai berbanding minda tajdid!

semoga idola saya iaitu dr.Maza akan terus menyampaikan yang benar2 sahaja,
kerana beliau alim ulamak yg saya idolakan..
saya i love u sama beliau
tak kira politik mana, kebenaran harus ditegakkan

Sunday, March 18, 2012

Salah Faham Mengenai Golongan Miskin di Syurga

"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati penghuninya ialah kaum wanita." (HR. BUKHARI)

Itulah kefahaman kita mengenai golongan miskin yang mendapat kejayaan di akhirat. Oleh sebab itu saya banyak memerhati golongan miskin sangat popular seperti ayat begini.

"Tak apalah... Kita miskin di dunia, jangan miskin di akhirat"

"Allah tak memandang kepada harta, tetapi kepada amalan kita"

  1. Soalnya, adakah dengan mengharapkan rezeki jatuh ke riba itu merupakan amalan orang mukmin? Mereka hanya menunggu takdir mengubah nasib mereka tanpa berusaha dan menggunakan ayat di atas untuk menyedapkan hati sahaja. Apakah Islam itu memandang kemiskinan sebagai satu kelebihan dan kekayaan boleh menjauhkan seseorang itu dari syurga.
  2. Untuk memahami hadis ini perlulah dirujuk nas-nas yang bersangkutan dengan pandangan Islam mengenai kekayaan dan kemiskinan. Kekayaan merupakan nikmat dan rahmat yang dikurniakan Allah kepada manusia. Kalau tidak, masakan kita diajar agar berdoa memohon rezeki yang banyak? Diajar untuk solat Dhuha dan mengamalkan surah al-Waqiah? Tetapi kekayaan itu bukanlah kelebihan, melainkan digunakan ke jalan Allah.
  3. Orang-orang miskin yang disebutkan dalam hadis di atas ialah orang miskin lagi bertaqwa. Bukan semata-mata miskin kerana malas bekerja atau berusaha. Tidak semua orang miskin itu baik kerana kemiskinan boleh menyebabkan kecurian. Manakala kekayaan pula menyebabkan penyelewengan. Ini dapat dilihat melalui situasi yang sedang berlaku sekarang walaupun orang atasan mempunyai banyak harta, tetapi banyak lagi yang diselewengkannya kerana sifat tamak haloba.
  4. Dalam hadis lain nabi bersabda : "Kemiskinan itu hampir-hampir membawa seseorang itu kepada kekufuran",
  5. Oleh sebab itu tak wajar seseorang menganggap kemiskinan sebagai alat untuk ke syurga, kerana alat utama ke syurga ialah amal soleh. Persoalannya, bolehkah si miskin beramal soleh tanpa kekayaan? Kehidupan muslim penuh dengan ibadat yang memerlukan kewangan yang stabil seperi zakat, ibadat haji, jihad, sedekah, menolong fakir miskin, menyediakan mas kahwin, menanggung nafkah anak dan isteri, membalas jasa ibu bapa,  mengadakan kenduri seperti akikah, hari raya, korban hari raya haji, dan banyak lagi.
  6. Oleh itu, "orang-orang  miskin yang dimaksudkan di sini ialah orang yang menjadi miskin sebagai akibat dari penglibatan mereka dalam kegiatan infaq dan fisabilillah, bukannya miskin kerana tiada harta, apatah lagi miskin kerana malas dan kurang berusaha.
  7. Mari kita lihat jenis-jenis amalan yang akan kita tinggalkan bila dah meninggal esok lusa.
  • mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanaman untuk kebajikan umum.
  • mewakafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, rumah anak yatim, sekolah dan sebagainya.
  • mendirikan masjid
  • mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat
  • mendirikan tempat perhentian bagi musafir
  • bersedekah kepada orang yang betul2 tak berkemampuan untuk bekerja
  • membayar zakat
  • menunaikan haji, mengerjakan umrah
  • membeli wheelcha dan sedekahkan kepada hospital
  • menghantar anak menuntut ilmu-nanti anak yang soleh akan mendoakan bapanya
Bukankah semua ini memerlukan wang? Oleh itu, orang Islam wajib kaya!