Pages

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Lelaki Perkasa

aku tertarik
dengan kata-kata pensyarah aku.
lelaki macamana yang kau nak cari
untuk dijadikan suami?
adakah dia yang mengayuh basikal
atau dia yang memandu BMW ayah punya

dan bagi aku
mak aku ajar
pilih yang berbasikal
yang mengerahkan segala kudrat
kerana
jangan lihat siapa dia hari ini
tapi lihatlah siapa dia esok hari.

lelaki perkasa
tidak nyaman dalam harta orang
tidak diajar senang semuanya
bukan, bukan itu lelaki perkasa
kau bayangkan saat kita dalam kesusahan
orang yang senang ini sanggup ke bersusah-susah?

seperti juga kita mencari pemimpin
seharusnya pemimpin itu
seorang yang berani
lahir dari kesempitan hidup
kerana dia juga pernah merasai kesempitan rakyat marhaen
bukan memilih pemimpin
yang berasal dari golongan bangsawan
anak orang kaya
semakin kaya, tidak memahami kita
kita rakyat biasa

dan suami
adalah pemimpin dalam rumah tangga kita
carilah yang biasa
yang punya masa hadapan yang cerah
yang senang kerana kudrat sendiri
kerana usaha itu yang bernilai sebenarnya
bukan yang bersenang lenang dengan harta orang lain

kau nak cari,
anak orang kaya
yang itu bapaknya saja kaya
kat sekolah dia bodo
kalau bapaknya mati
macamana

dan suami aku.
yang aku pilih
cuma rakyat biasa
aku dulu stress jugak
kawan-kawan pakwe semua dah kerja
ada duit belanja topap, mcD dan kfc
aku?
aku yang selalu belanja dia adalah

tapi ingat selalu pesan mak
dan aku bersabar dan terus bersabar
aku nampak masa depannya.
dia bijak
merangka masa depan
dan aku juga turut ada dalam rangka itu
terima kasih

dengan izin Allah
suatu hari nanti
senanglah kami suami isteri
kerana kami bermula dengan kepayahan
Tuhan itu adil
rezeki diberi sama rata
kalau dulu aku tak dapat
sekarang giliran aku untuk dapat
prinsip aku
"jangan ambil hak orang
nanti Tuhan tak beri hak kita"

aku ingat lagi segala macam kesusahan yang kami lalui bersama
tak ada kenderaan zaman bercinta
nak naik motor tak manis pula
jam 12 tertinggal keretapi
tapi kami degil merayu-rayu pada kerani KTM hahaha
pernah satu ketika
suami pergi kerja angkat barang
dan dibayar RM 50 hanya untuk satu hari tersebut
Alhamdulillah, rezeki.

kau tengok.
siapa aku dan dia di hari esok.



Tuesday, January 8, 2013

Bukan di Gaza Saja

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Malam menjadi siang, siang menjadi malam.

Hari nie bukan nak cerita tentang Syria. Bukan tentang Gaza tetapi di Malaysia. Ye gu, di Malaysia. Malaysia yang aman daripada bom dan peluru berpandu, tetapi belum tentu aman daripada pencuri, perompak, perogol, peragut etc.

Kalau di Gaza, kita dapat tengok kanak-kanak kelaparan, berebut makanan yang diagihkan. Roti kosong yang jatuh ke tanah lagi dikutip oleh mereka. Kite? Roti kosong belum tentu makan kalau tak letak Nutela.

Tapi hari tu, di McD Senawang, aku dan sugar daddy, kakak dan ipar makan-makan. Kemudian ada sekumpulan kanak-kanak pergi McD, makan sisa-sisa yang orang lain tinggalkan. Selepas selesai makan, aku sengaja tinggalkan McD French Fries sekali dengan shaker untuk diberi kepada kanak-kanak tu. Pastu semua meja kat McD tu diorang sapu bersih tak tinggal baka. Hehe. Aku rasa budak-budak nie saje je suka-suka, kan. Atau memang betul-betul lapar? Atau saja tak mampu nak beli McD jadi makan je sisa baki  orang lain.


8 golongan yang berhak menerima zakat :

  1. Fakir - Orang yang hidup dalam keadaan sengsara/melarat
  2. Miskin - Orang yang pendapatannya tidak menentu dan tidak mencukupi bagi menampung keperluan asas untuk hidup.
  3. Amil - Pengurus zakat
  4. Muallaf - Orang yang baru masuk Islam
  5. Hamba
  6. Fisabilillah - Orang yang berjuang menegakkan agama Allah
  7. Ibnu Sabil - Orang musafir yang kehabisan bekal
  8. Gharim - Orang yang disempitkan dengan hutang
Kalau kita nak sedekah, siapa yang kita cari? 1 masjid. 2, peminta sedekah tepi jalan @ pasar-pasar. 3, anak yatim. Fakir miskin? Letak paling last sekali.

Kalau ada kawan, atau saudara kita yang kita tahu dia memang miskin, kita susah sangat nak tolong dia kan? Kite kemudian kate yang mereka tak nak usaha. Kite kerja penat-penat nak bagi free-free je kat dia yang tak kerja tu, @ kerja biasa-biasa tu.

Jange lah gitu. Xmolek-xmolek. Orang miskin juga berhak mendapat pertolongan dan sedekah daripada kita yang lebih berkemampuan. Ingatlah, dalam setiap rezeki kita, ada rezeki orang lain. Mungkin Allah berikan rezeki kepadanya setakat tu sahaja. Kita yang Allah beri lebih, perlulah membantu orang yang kurang bernasib baik. Jangan fikir duit gaji tu duit kita sorang jer.

Kalau orang miskin datang meminta sedekah, berilah kepada mereka. Jangan pula mengharapkan balasan, sebab nanti kalau dia tak bayar kite yang kecewa. Hehe halalkan ye.

Pastu janganlah kita suka menghina orang bawahan kalau kita berada di atas. Contohnya kite memandang rendah buruh kasar, "Abang La" yang kerja buat bangunan tu. Ok, tanpa mereka, tak merasalah kita duduk di rumah banglo. Tak selesalah kita nak belajar tanpa bangunan sempurna beratap, berekon dan berdinding. 

Macam tu juga dengan tukang-tukang pembersih tepi jalan, yang potong-potong rumput tu. Boleh jadi kerja mereka jauh lebih mulia daripada kita. Malah ada hadis yang mengatakan seseorang itu masuk syurga hanya dengan membuang ranting yang menghalang jalan orang lain. Jadi fikirkan berapa banyak amalan yang mereka telah lakukan, di sepanjang jalan yang mereka buat kerja pembersihan tu. Walau gaji tak seberapa, tetapi jauh mulia daripada kita yang kaya dengan bergelar penyanyi, pelakon dedah aurat atau ahli politik yang selalu menipu atau ahli perniagaan yang tidak jujur.

Mereka dah kerja. Tetapi setakat itu sahaja yang termampu. Mudahkan orang lain, in shaa Allah kekg tuhan balas. =)

Sekadar selingan : Syiah bukan Islam tetapi Yahudi. Ada non-muslim yang mahu memeluk Islam konfius tentang Islam, katanya banyak fahaman, mazhab, dan perbezaan parti politik. Pada aku, Islam itu mudah. Hiduplah bersandarkan fitrah. (Akan bersambung pada entry berikutnya....)

Comel-comel sokmo :-)

Saturday, January 5, 2013

Motivasi- Negatif atau positif

Berita baik untuk My Sugar Daddy, aku akan mewujudkan kolum motivasi dalam blog ni. Manalah tahu satu hari nanti aku akan menjadi pakar motivasi. Memang masa kecik-kecik dulu aku ada jugak cita-cita nie, tapi aku lupa bila pula cita-cita nie hilang dalam diri aku. Hehehe. Sejak besar nie aku mula berpijak di bumi yang nyata. Ayah mahu aku menjadi cikgu. Tapi sekarang ayah dah tak ada, jadi aku berhak menentukan cita-cita aku sendiri. In shaa Allah kalau tiada apa-apa aral, aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Melihatkan prestasi setiap semester adalah cemerlang, membuatkan semangatku berkobar-kobar untuk pergi jauh ke hadapan, meninggalkan Sugar Daddy aku jauh ke belakang, walaupun pada hakikatnya dia sudah posting 2, 3 tahun lebih awal daripada aku, tetapi itu tidak bermaksud aku tidak berjaya. 

I wanna be somebody. Aku tak mahu jadi wanita yang semata-mata cantik tetapi otak kosong, (macamlah cantik haha) dan tak mahu pula menjadi wanita hebat tetapi tak ada gaya, tak ada class. Yeah! Aku mahukan semuanya. Aku selalu gaduh-gaduh manja dengan Sugar Daddy aku. He prefers to think positively, menganggap setiap perkara, setiap cita-cita akan dapat dicapai jika kita yakin kita mampu mendapatkannya. Tetapi tidak bagi aku. Bagi aku, aku tak kan dapat segala yang aku impikan hanya dengan yakin bahawa suatu hari nanti aku akan mendapatkannya. Kalau hanya cakap boleh, tetapi tak berusaha, we'll never got it.

Beliau berkata :

"kalau kita kata tak mampu, memang tak mampu la, negative world"

"macam kita nak exam, kita kena bagitau bahawa kita boleh buat, kalau kita kata tak boleh buat, kita gagal"

Ok sayang. Walaupun kita sama-sama suka makan roti boom, berada dalam landasan politik yang sama, sama-sama tak suka Rosmah Mansur, sama-sama seorang yang pembersih, sama-sama yang suka jalan-jalan, sama-sama suka warna merah dan suka sama suka, tetapi tak semua benda kita akan sama. Apa yang sayang aku beritahu sama macam lagu Malaysia boleh kan? Bukan aku tak setuju, cuma pakar motivasi peribada aku memberikan motivasi dengan cara sebaliknya kepada aku. 

Pakar motivasi dalam hidup aku ialah ayah aku sendiri. Ayah selalu dipanggil untuk memberikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah. Apatah lagi aku di rumah yang selalu diberi makan rotibasi percuma ini. Maka, diri aku sangat bermotivasi. Aku bukanlah seorang pelajar yang pintar dan rajin. Ayah selalu memarahiku sebab tak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pernah ayah memperli aku. Dia kata, ayah dah tak nampak Za akan jadi cikgu. Keluar jadi misi jelah.

Aku faham benar dengan sikap ayah. Dia berkata demikian bukan kerana mahu aku apply SPA8 jadi jururawat tetapi kata-kata dia sengaja mahu sakitkan hati aku. Bila dia berkata demikian, aku akan mula bersemangat untuk berusaha bersungguh-sungguh. Aku berkata dalam hati, akan ku buktikan aku juga mampu jadi cikgu sepertimana adik-beradik yang lain. Dek kerana geram dengan kta-katanya yang aku tak pernah lupa itu, ia menjadi pembakar semangat kepada aku untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam STPM. 

Cuba kita analisiskan pendekatan motivasi yang ayah aku beri ini. Ya, ayah mengungkap "negative words" tetapi tak bermakna sekarang ini aku tak berjaya. Buktinya aku sudah hampir berjaya menggapai cita-cita ayah. Kalau seseorang memberikan kata-kata perangsang dalam bentuk positif kepada kita, kita akan cepat lupa kata-kata itu, tetapi bila kita berikan kata-kata perangsang dalam bentuk negatif, sampai bila-bila orang akan ingat kata-kata kita itu. Contohnya, ada orang memuji kita cantik. Adakah kita ingat siapa yang memuji kita cantik itu? Bila jumpa dengannya lain kali, kita sendiri sudah lupa yang orang itu pernah memuji kita cantik. Tetapi, bila orang kata kita "bodoh", sampai mati pun kita akan ingat pada orang itu, walaupun dalam hidup kita, sekali sahaja kita berjumpa dengan dirinya. Betul ke bohong?

Saya betul, dan anda salah.

Baiklah.Aku ada satu cita-cita yang aku tak pernah beritahu sesiapa pun akan cita-cita aku itu. Cita-cita aku tinggi menggunung, bukan sekadar cikgu biasa yang pergi ke sekolah awal pagi dan balik pada waktu petang, bukan. Cita-citaku lebih dari itu. Aku tak kisah ada pihak yang mengatakan bahawa pelajar tajaan KPM tak dibenarkan meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana hak belajar, hak kita! Kerajaan tak pernah menghalang setiap rakyat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Pada aku khabar angin itu sedikit pun tidak menjejaskan semangat aku kerana abang aku juga pelajar tajaan KPM yang sudah memegang ijazah sarjana iaitu master.



Sayangku, kita sebagai seorang manusia biasa, tidak memiliki kuasa yang luar biasa, tetapi kita boleh berusaha secara luar biasa. Aku tak suka hanya dengan kata-kata, kerana aku lebih suka bertindak. Kalau hanya bercakap, itu dipanggil "cakap besar" tanpa cuba untuk membuktikannya. Itulah beza orang perempuan dengan lelaki. Orang lelaki hanya berani bercakap mahu berkahwin empat, tetapi orang perempuan dalam diam berjaya ada sugar daddy. Begitu juga dengan aku. Aku tak suka dengar "postive words" macam "saya akan lakukan", "saya boleh buat" tetapi aku nak dengar perkataan yang macam nie. "saya sedang usahakan". Aku juga tak suka mengungkapkan positive words. Tak suka cakap besar.

Bila kita terlalu over confident, kita tak akan ada usaha yang bersungguh-sungguh. Usaha kita sekadar melepaskan batok di tangga. Bila kita kata kita tak boleh buat, kita akan usaha bersungguh-sungguh sebab kita takut kita tak boleh buat. Bila kita usaha lebih, maka kita akan dapat lebih.

Sama halnya dengan cerita kura-kura dan arnab. Si kura-kura tahu bahawa dia tak boleh mengalahkan si arnab. Tetapi dia tetap mahu mencuba. Si Arnab yakin dia boleh melakukannya. Dia memandang rendah akan kura-kura yang sememangnya lambat bergerak. Akhirnya Si Arnab tertidur kerana menyangka kura-kura sudah jauh ke belakang, dan kerana arnab sudah hebat, tiada apa yang mustahil baginya untuk menang. Dengan usaha kura-kura, akhirnya dia menang.

Antara positive words dan negative words, kita tengok siapa yang akan lebih berjaya nanti. Maka aku berjanji pada diri aku sendiri dan berjanji kepada dia juga, bahawa aku akan jauh lebih berjaya daripada Sugar Daddy aku. Cuma aku minta someone dont stop my way. I have my own way. Dan masa tu, mungkin Si Dia sudah aku tinggalkan. Sebab kalau suami pegawai biasa, bila dia berada di bawah, aku berada di atas, kalau aku jadi isteri nanti aku secara tak sedar tidak menghormati suami aku. Aku akan derhaka dan aku akan berdosa. Aku hebat, suami aku mestilah lagi hebat daripada diri aku.

Dan kata-kata ini langsung tak disetujui oleh Sugar Daddy aku.

Comel-comel sokmo :-)