Pages

Tuesday, November 5, 2013

Walimatul Urus Aniza & Shahmi Part II

Terdidiknya seorang isteri adalah daripada suaminya. Dan aku bersyukur dikurniakan seorang bakal suami yang sangat baik. Alhamdulillah. Begini ceritanya :

Dulu masa couple kami nak sangat berkahwin agar halal semuanya dan memudahkan kerja kami nak jalan-jalan, makan-makan, pindah rumah dan sebagainya lah. Masa tu fikir nak kahwin je tak ada pelamin pun tak apa. Pastu kononnya nak ikut syariat Islam yang memudahkan segala, seperti tak payah hantaran tinggi-tinggi, tak payah pelamin, tak payah tabarruj memakai pakaian yang menjolok mata dan mahal sehingga si suami terpaksa berhutang dan menanggung hutang selama bertahun-tahun.

Tapi bila dah dekat dengan tarikh perkahwinan, semakin banyak belanja yang perlu dikeluarkan. Jamuan tetamu sahaja dah kena sediakan RM5k itu tak termasuk kad jemputan, kanopi, pelamin, upah tok imam mas kahwin dan sebagainya. Yelah, aku masih belajar. Mana ada duit sebanyak itu. Aku dapat biasiswa cuma 3k tu pun kena bahagi dengan 6 bulan. Nak mintak dengan keluarga? Ok keluarga banyak duit tetapi nak dapatkan persetujuan pun punyalah payah dan aku kami nekad, kami tak mahu menyusahkan keluarga. Oleh itu, segala perbelanjaan ditanggung oleh si suami.

Tetapi biasalah kita manusia dan aku nie perempuan, tentu banyak kehendaknya. Aku mengimpikan semasa akad nikah aku memakai persalinan yang sangat cantik warna dusty pink menjadi pilihan. Tetapi timbul pula masalah nak menyewa baju sangatlah susah mencari size yang bersesuaian, dah la pendek kurus pula. Bila ada baju yang muat-muat tubuh wow terlalu over. Nak buat sendiri mahal la pulak dan tak reti nak tambah beading lace bagai. Bila kira-kira pakaian untuk buat nikah, habis jugak dalam RM500 satu set. Itu belum lagi jamuan untuk rombongan lelaki datang.

Tak cukup memikirkan soal baju aku pikir pulak nak mini pelamin tempat sarung cincin untuk upacara batal air sembahyang. Akad sahaja dah habis 2k. Tak ke membazir macam tu? Semalam sugar daddy aku telefon dan membatalkan segala tempahan pelamin dan mekup yang aku buat. Aku sedih sangat. Idaman setiap wanita untuk menjadi raja sehari, semasa akad dipersiapkan secantik-cantiknya. Begini.


Katakan, siapa yang tidak mahu begini? Memakai baju putih dan memegang sejambak bunga semasa akad sedang berlangsung. Tapi impian hanya tinggal impian, bila aku kata begini, ada suara-suara yang mengatakan, "itu lah, sape suruh kahwin awal, kerja pun belum lagi". Yes, sepatutnya aku cermin diri dulu. Kalau tak mampu katakan tak mampu, dan suami tidak memberikan peruntukan untuk ini.

Kemudian, aku merenung diri, bermuhasabah diri, menggoogle kata-kata motivasi dan nasihat untuk meredakan resah di hati. Aku terfikir, cuba recall balik, apa tujuan aku kahwin pada mulanya???

Aku nyatakan apa yang terbuku di hati kepada suami, menyatakan impian dan kehendak hati. Agar hatiku lebih tenang apabila ada yang mendengar. Tetapi luahan hati tidak terbalas malam tadi. Then, when I woke up from my sleep (Bahasa Inggeris berterabur haha), aku jumpa ini di muka buku bakal suamiku. =(


Dan aku insaf. Aku tahu suamiku juga sedaya upaya untuk memberikan apa sahaja yang aku mahu. Dia juga mahu melihat aku gembira. Aku perlu menjadi isteri yang solehah yang tidak membebankan suami. Cukuplah dengan segala yang dia bagi selama ini. Usahanya yang tidak ternilai. Aku perlu memahami kemampuannya. Banyak lagi duit yang nak dipakai masa majlis nanti, dan apa yang penting selepas berkahwin nanti.

Aku tahu apa yang bakal suamiku buat adalah yang terbaik untukku. Tenkiu sayangku. Sayang kamu dunia akhirat.In shaa Allah......

Oh ye, tarikh nikah kami 28/11/2013 dan reception akan berlangsung pada 23/3/2014. 

Comel-comel sokmo :-)

Friday, November 1, 2013

Jungle Trekking - Turun Bukit

Kami mendaki selama 3 jam. oleh sebab kami mahu mempercepat masa, maka kepala kami mengarahkan kami untuk turun menggunakan jalan short cut katanya. dia kata, jalan short cut nie sangat curam jadi kena berhati-hati.




main gelongsor





to be continue..

Comel-comel sokmo :-)