Pages

Showing posts with label Girls Guide. Show all posts
Showing posts with label Girls Guide. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Berakhir sudah Pandu Puteri

 Bahawa dengan sesungguhnya, 
saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya..
menunaikan kewajipan saya kepada tuhan
raja dan negara saya Malaysia
menolong orang setiap masa
dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri



Masa semester yg lalu, aku tercari-cari apa unit uniform yang xada kawad tengah-tengah panas, yang tak ada kem-kem yang tak ada kena angkat senjata berat-berat, dan yang paling penting tak ada lelaki. lalu ramai kawan yang mencadangkan ambik Pandu Puteri sebab kawad pun dah macam catwalk. dan lelaki suah semestinya tak ada sebab sume puteri bukan pandu putera.. jadi aku pun dengan bersungguhnya add dengan cara berperang di mysis. 

ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.. memang tak kawad tengah panas tapi kerjanya banyak la pulak. xape yang penting aku dah lepas dengan jayanya oh yeah.

Selama dua semester hujung minggu aku terbatas gara-gara kelas pada hari sabtu. entah-entah senamrobik semester depan kelas hari sabtu jugak..huhuhuuuuuuu.. tapi nak buat macamana. aku nak ambik senamrobik sebab aku tak suka sukan lasak-lasak, aku lembik jew..hewhewhew.. aku tak nak main bola jaring, bola tampar, futsal dan pelbagai jenis bola sebab aku jenis penakut kat bola. nanti bola kena ke muka ke, kat dada ke, tak pasal-pasal aku nangis jugak atas padang nanti..huhuuuuu

lagi sebab dalam senamrobik tak ada lelaki. eh, apsal aku anti sangat ngan lelaki? macamlah ada lelaki nak ngorat kan, tuhhhhhhiii perasannya awek nih. haha. bukan perasan tapi aku memang perasan. aku tak suka kalau dalam persatuan atau permainan ada percampuran antara perempuan dan lelaki. bayangkan kalau perempuan duk melompat-lompat sampai gegarrr semua organ.. tak ke rasa malu? contohnya main lompat tinggi, mula-mula berlari-lari, dah gegar dah kat situ, kemudian lompat kemudian dengan tak senonohnya jatuh atas "katil" yang telah disediakan. kawan-kawan lelaki tengok je kita jatuh.. tanpa kita sedar kain tudung terselak, baju terselak nampak underwear..

dan aku dapat tahu tak banyak lelaki yg ambik senamrobik kalau ada pun yang separuh lelaki dan separuh perempuan. baik yang macam tu pulak, mereka memahami jiwa seorang perempuan.

aku sebenarnya sangat pemalu. nampak je berkeyakinan dan macam muka tak malu, aku sangat sensitif terutamanya mengenai aurat, dan percampuran perempuan-lelaki. aku kalau boleh sentiasa mahu elakkan daripada bercampur dalam persatuan atau apa-apa program.

Comel-comel sokmo :-)

Friday, October 19, 2012

Monday, October 8, 2012

Sunday, April 1, 2012

EXPLORACE PANDU PUTERI 1/4/2012

























KHIDMAT MASYARAKAT PANDU PUTERI DI SK SINARAN BUDI RAWANG

JADI untuk mengelakkan fitnah, salah faham dan bersangka buruk
mari jelaskan awal2.
apa yg terkandung ialah khidmat masyarakat pandu puteri
gotong royong
yang berlangsung pada hari ini di sekolah cikgu kami di sekolah yang telah dinyatakan di atas
aku upload gambar bukan nak riak menunjukkan amal
tetapi sebagai kenang-kenangan bila aku tua2 gigi dua batang esok2..hihihi

sebanyak 32 orang pelajar telah konvoi dengan menaiki KTM ke Rawang..
dari stesen kami berjalan kaki lagi..
oleh kerana takut panas, inilah dia pelindung setia aku!


kami dibahagi-bahagikan tugas..
ada yang hias kelas ICT, ada yang hias bilik guru (saya la tu)
dan ada yang mencuci kawasan belakang sekolah @ semak samun

bukti di tempat kejadian

*lenguhnya ketiak aku


*mari kita conteng cermin dengan cat ye murid-murid...


*ALAMAK! tak cukup inci..sebab tu la orang suruh makan CALSIYUMM!!

gambar sebenarnya tak banyak sebab kami sibuk buat kerja
bukan sibuk  bergambar ok!
*ini barulah riak..haha

bila balik, jalan2 dulu..
singgah Tutti Fruitty Rawang

shopping2, solat kemudian ke KTM
semuanya kepenatan..
DAN TERTIDUR...

tapi aku masih gagah dan kencang

*rasakanlah aroma tumis kasut burukku..kehkehkeh


*kurang asam jawa extra tanpa bijik sungguh budak nieh! nah! amekaw!
hehe..balas dendam ya..


*adik, semua kawan2 cikza dah tido,jom kita main sama2 nak tak?
-nak main apa cikza?
*kita main tok tok tumbuk


*kita ambik gambar kita sendiri..nak suruh adik pun adik tak pandai..hey!


*saya ada kasut ben10!

*akhirnya dapat menunjukkan baju yg terkena cat.nasib baik water base punya cat.kalau tak..nie je baju T yg aku ada..kih3..
sila simpati + empati sekarang!