Pages

Tuesday, March 11, 2014

Dress Nikah @ Tunang Dusty Pink Untuk Disewa 2014!

Semalam aku dah siapkan menjahit beading di baju nikah aku hari tu. dan sekarang aku buka untuk sesiapa yang nak sewa yang ada event kahwin @ tunang untuk bulan Mac, Mei, Jun, Ogos, November, Disember. sesuai sangat kalau nak buat sebagai baju nikah @ baju tunang sebab simple dan cantik! zaman sekarang orang dah tak pakai baju kain net yang sarat dengan manik-manik. zaman sekarang, simple itu menarik. so rajin-rajinkanlah diri menengok belog model2 yang up-to-date. hihihihi.

ok, nak tengok baju nikah aku, bolehlah pergi ke link ini.


Baju nie aku buat sendiri tau. sebab aku gemarkan warna dust pink, dan susah sangat-sangat nak cari warna ni dekat butik2 pengantin. lagi satu baju kat butik pengantin semua saiz besar. ada jenis dress tapi labuh sangat-sangat dan orang butik taknak alterkan untuk aku. jadi aku buatlah sendiri sebab terpengaruh dengan beberapa gambar yang sangat famous di alam maya ini.




aku mengambil ilham daripada dua gadis comel ini hihii. tapi susah sangat nak cari warna ni tau. tapi xpelah, seakan-akan pon bolehlah.



aku akan sewakan satu set baju ni termasuk veil dan tudung Ariani.

Kos aku buat baju ini adalah seperti berikut :

Veil : RM 80
Baju full lining: RM 340
Ariani Selendang Aleesya : RM 160
Beading : RM 32

So, aku habiskan sebanyak RM 612 dan aku akan sewakan dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Sebabnya aku sebenarnya tak de niat pun nak bagi sewakan. Ingatkan nak pakai je hehe. Tapi kot-kot adalah orang macam aku ni yang buat persiapan di saat-saat akhir.

Saiz apa?

Ok, kalau korang nak tahu, masa aku nikah berat aku 48 kg. Dengan ketinggian 152 cm. Sekarang dah naik 2 kg huhu. Tapi jangan risau, kalau korang lebih kecik daripada aku, memang tersangat-sangatlah muat dan kalau korang lebih besar daripada aku, pon muat. Sebab adik aku berat dia 55 kg pun muat, cantik je pakai terletak kat badan. Dan kalau korang ni tinggi macam model pon boleh sebab kainnya labuh. Yang tinggi setakat 160 cm sangat sesuai.



masa aku nikah ni belum sempurna baju ni dari segi beadingnya. tak sempat siapkan. tapi jangan risau. aku akan bagi korang sewa yang dah sempurna.



Baju Lelaki

Untuk baju lelaki pula, aku agak konfius nak sewakan ke tak. hehe. tapi aku nak buka jugalah. baju lelaki ni baju melayu biasa je. ada lipatan kat leher dan sulam sekali. dan aku akan bagi sewa dengan sampin sekali.

kos baju

Kain : RM 200
Upah jahit : RM 100
Upah sulam : RM 50
Sampin : RM 180

Total : RM 530

Itu harga kos. kami akan bagi harga berganda-ganda lagi murah. bukan niat nak berniaga sebenarnya tapi lebih kepada nak menolong. baju lelaki ni cantik sangat-sangat tau. orang lelaki biasanya taknak pakai pink kan, hehe. tapi jangan risau pink ni cantik sangat. kainnya lembut sangat dan takkan nampak jambulah kalau pakai pon..


kami saiz kecik. kalau ada yang muat tu rezeki korang la huhu.

Saiz baju lelaki?

ok, cik abang sayang kita tinggi dia dalam 160-162 cm macam tu la. berat pulak 70 kg. (dia pesan suruh bagitau bahawa dia dah turun jadi 67 kg wawawawawawa). ok, ada ke yg sama saiz dengan asben saye? kalau ada dialu-alukan untuk menempah!




jangan malu jangan segan. kalau nak, hubungi aku sekarang. call/sms/wassap dan aku akan layan korang macam VIP kelas pertama.

Call @ Sms : 013-680 1779
Whassap : 012-933 2458
Emel : Butirnako@yahoo.com
Pm Facebook : Nora Aniza

Ok babai.

Comel-comel sokmo :-)

3 comments:

~Nor Arena~ said...

salam kak aniza... eh xsangka jumpa akak satu sekolah dalam ni.. hehehe... jemput singgah blog ina yer.. http://arenamuslimah.blogspot.com/

*actually dusty pink memang cantik. ina pun suka.. tapi ina xder pilihan disebab kan badan yang agak ehem.. ehem.. hehehe

Anonymous said...

salam..nk tau..jenis kain ape yg u buat utk baju nikah u nie?u beli ktne?

Nora_Aniza said...

anon.. kain chiffon.baju jahit ngan tailor/