Pages

Thursday, December 15, 2011

Satu persoalan..

jam menunjukkan pukul 5.18 pagi.. beberapa jam yang lepas cuba memujuk mata agar tidur.. tetapi dia tak dengar kata. nah! balas balik..tadi tidur dari pukul 10 pagi sampai 3 petang. siap mimpi buruk sebanyak 2x.. ok la. daripada duk kelip pah kelip pah tengok dinding, tengok kipas.. esok ada test ketrampilan membaca. kul 8-9.. dan kul 9 boleh sambung tidur..hehe..patut la kan...kul 3 ptg kelas fonetik dan kemudian terus ke putrajaya..mesti sampai lewat malam, sorang2 pulak tu..xpe, dah biasa..

satu persoalan..

apakah sebenarnya tugas wanita/perempuan/gadis/ibu?

perlukah seorang wanita itu mempertahankan apa2?maksud saya pandangan, hak dan sebagainya?

patutkah kita sama2 turun padang melaungkan hak?

patutkan kita berdakwah?

patutkah kita jadi pemimpin?

patutkah kita ada blog?

patut kah kita tonjolkan diri di hadapan khalayak?

patutkah kita meminta hak sama rata?

adakah di atas pentas peragaan itu tempat kita? memperagakan fesyen muslimah?

patutkah kita...

ada wanita lantang menyuarakan pandangan...

ada wanita hebat dalam politk..

ada wanita gah di pentas peragaan..

ada wanita yang menjadi tonggak penting dalam negara..

hak masyarakat terbela..

pelajar makin pandai dididik wanita..

kebajikan rakyat terjaga..

wanita sebagai "penyejuk mata" di majlis-majlis kenamaan..

tapi dalam masa yang sama..

rumah tangga terabai..

anak-anak terabai..

suami diabaikan..

berdosakah kita andai kita cuma diam di rumah..

berdosakah kita andai kita berdakwah hanya di rumah..

berdosakah kita andai...

"sebesar-besar jihad bagi wanita ialah di rumah sendiri.."

kita jawab.. "patut..asal menjaga apa yang ditetapkan oleh agama.."

sejauh mana kita menjaganya..

belajar di universiti bercampur lelaki dan perempuan..berdiskusi..menuntut kita berkenalan dengan si lelaki.. duduk semeja berbincang..kadang-kadang terpaksa berdua-duaan

jangan hipokrit, yang bertudung labuh juga akan terperangkap dengan cinta..mula berSMS..bertukar email..bertukar-tukar gambar..

ke kelas menyarungkan pakaian masih sopan tapi tak menutup aurat sepenuhnya..stoking masih tak pakai.. aurat masih tak sepenuhnya ditutup kerana tuntutan kerja/syarikat/bos/peraturan kerja..

memakai wangian yang boleh dihidu dari jarak 30 meter.. "kalau tak pakai nanti busuk la kita..sampai ke tengah hari nak kerja.." (bau badan bergantung kepada diri sendiri sama ada pandai menjaga kebersihan atau x)

memakai aksesori yang berlebihan..kadang2 boleh timbul riak dengan gelang emas sebesar tayar bas.

kalau pakai labuh2, longgar nanti dicop ketinggalan zaman..

mampukah wanita?

menjaga semuanya?

3 comments:

KaSiH ILLAHI said...

Insya'Allah..bila Allah tetapkan sesuatu, semestinya kita mampu..kerana Allah tidak menetapkan sesuatu yg jauh dr fitrah mnusia..fitrah mnusia adalah mnghmbakan diri kpd Allah..kdg2 mnusia leka..hanyut seketika...dan ingt,bercinta x salah..tp dgn cara apa? em..ia jd salah bila caranya adalah salah..kerana cinta itu fitrah..

em..psl hipokrit 2..kdg2 org hipkrit pkai tudung labuh,tp kt blkg kaki nyumpat..ianya berbeza..jgn d salahkn tudungnya,tp salahkn org nya..dia mnutup aurat,maka pahala bg nya..dr yg tidak mnutup aurat,maka dosa besar bg nya..dan dosa itu bertambah bila dia tahu ia adalah berdosa...andai benar2 x boleh nk ikut sgt Islam,hipokrit la...lama2 Insya'Allah jalan yg SATU 2 kita ikut.. (^_^)

(pnjg plak komen..^_^

azwa amani said...

mampu... kalau kita dididik dngn perilaku wanita yg sebenar

Nora_Aniza said...

kita mampu..tapi banyak cabaran pada masa kini..kita mesti kuat, seiring dengan peredaran masa. insyaallah..