Pages

Saturday, April 21, 2012

Sayangilah kalau ingin disayangi


Blogwalking.. kemudian terbaca kisah ini...

Suami tercium bau dari dapur..Apa agaknya disediakan isteri untuk minum petang..


Suami : (senyap2 datang kpd isteri dari belakang, lalu memeluknya) Sayang, masak apa tu?


Isteri : Abang! Terkejut Za..Emm (menyenangi pelukan suaminya) Za goreng cekodok ikan bilis kegemaran abang (tersenyum sambil sandar di badan suami yang memeluknya) Abang duduk dulu kt depan, nnti Za siapkan minum petang kita :)
—————————————————————————————
Minum petang dihidangkan si isteri…



Suami : (berkerut dahi selepas minum air yang dituangkan isteri)


Isteri : Kenapa bang??Xsedap ke air Za buat?? (Lalu diminum air dalam cawan suaminya) Manis je ni bang?


Suami : (Diambilnya cawan tersebut dan minum dibekas bibir isterinya) Barulah MANIS! ^^


Isteri : Saje je abang ni kacau Za! (Cubit paha suaminya!)

OPpss..kebetulan, nama dia sama ngan nama aku. hik3.. xla, nama dalam cerita tu Iza, saje2 nak tukar jadi Za.. Kebetulan kan..hihihhi..

kemudian.. ada yang komen..

"ada ke pasangan macam ni? kalau baru kawin ada la kot"

satu lagi komen..

"dah lama kawen sepak terajang! ahahahaha"

satu lagi komen..

"suami macam nie xwujud di alam nyata.."

aku pun nak komen jugak lah. baiklah. kita selalu salahkan suami/isteri kita tak romantik. tak belikan bunga untuk kita, tak belikan rantai untuk kita..tak cium kita sebelum pergi kerja..tak bawa kita pergi candle light dinner..lalu pasangan kita disalahkan 100%. apa kata, kalau kita yang buat macam tu kat pasangan kita? sayangilah kalau ingin disayangi..insya-Allah, akan dihargai dan dibalas dengan perbuatan yang serupa. apa yg kita beri, itulah yang kita dapat. jangan berkira kalau perbuatan itu xdibalas, berilah selagi termampu.. okeh, selamat beromantik.. ^^
Sketsa Suami Isteri Di Dapur, 2.0 out of 10 based on 1 rating