Pages

Monday, October 1, 2012

Kisah di mesin ATM

Hai comel ape khabar? (yang tak comel jangan jawab haha jahat).

Baik. adakah anda mangsa beratur panjang di mesin ATM? dan tahukah anda, kenapa anda perlu beratur panjang di mesin ATM? sume ni gara-gara wujudnya insan seperti yang aku bagitau di bawah. Tadi aku ke ATM nak ambik duit, jumpa spesies ni. aku beratur di belakang dia. sebenarnya ramai lagi yang beratur di belakang aku.

1. masukkan kad
2. tekan no pin
3. tekan batal sebab salah masuk no
4. tekan balik no pin
5. cek baki.
6. tunggu resit keluar
7. teruskan transaksi
8. tekan butang pengeluaran wang
9. masukkan jumlah RM50.
10. kemudian cancel.
11. masukkan jumlah RM20.
12. kemudian mesin tu kata " MESIN INI HANYA MENGELUARKAN WANG KERTAS RM50 DAN RM100 SAHAJA"
13. bengong
14. masukkan jumlah RM20 sekali lagi (nak test mesin la tu)
15.kemudian mesin ATM kata "MESIN INI HANYA MENGELUARKAN WANG KERTAS RM50 DAN RM100 SAHAJA"
16. baca arahan berulang-ulang kali.
17. masukkan jumlah RM50
18. keluar wang kertas RM50
19. keluar kad ATM
20. eh, tak ingat nak ambik resit.
21. masukkan kad sekali lagi
22. tekan no pin
23. cek baki
24. ambik resit
25. keluar kad
26. blah tanpa berasa bersalah
27. alhamdulillah

eeeee geram kan? orang lain beratur panjang, ade pulak masa dia nak bermanje ngan mesin ATM. kang aku sumpah jadi BMW, boleh naik wat gi jalan-jalan.

 Comel-comel sokmo :-)

No comments: