Semua barang sekarang memang jenama dia 1 Malaysia ek? Semalam aku dah dapat kad diskaun 1 Malaysia. Tapi kad diskaun macam tak berapa best je. Tapi xpe la, syukur. Lebih baik dapat daripada tak dapat kan. Tak kisah la orang kata jenama 1 Malaysia tu nak pancing undi ke, rasuah ke ape ke, yang penting kita sebagai rakyat terima sahajalah hak kita, tak yah nak bising-bising. Sape yang tak suka sila jangan mintak apa-apa yang jenama dia 1 Malaysia. Berdosa makan rasuah tau hahahaha :p
Yang best sekarang ialah kad KTM 1 Malaysia. Dengan kad KTM ini anda mendapat diskaun 50%. Gila, bukan? Apa????????? 50%??????????? Biar betul? Yawn, betul kawan-kawan. Menurut sumber yang boleh dipercayai anda boleh membuat kad anda di stesen-stesen komuter terpilih seperti di Tanjung Malim, KL Sentral, Sungai Gadut dan banyak lagi, sila ke KTM sekarang juga!
Sebagai pelajar seperti aku, KTM lah yang menjadi pengangkutan utama untuk ke KL, Putrajaya, Senawang, Klang, dan Shah Alam. Kalau ke KL Sentral tambangnya sebanyak RM7, jadi dengan kad ini anda cuma perlu bayar RM3.50. Ok ar kan.. Banyak tuuuu..
Tapi aku rasa tak payah nak diskaun-diskaun sebab memang itu harga patut bagi KTM sebab, lembab, bentak, slowwwwwwwwww..! Hahahahaha ;p.. Abe Jib jange maroh. Kito gura jah! Nanti kito undi Abe Jib manyok2, kite conteng manyok2.. Btw, Abe Jib kelihatan sangat encem dalam kad ini. ;p
Tapi aku rasa tak payah nak diskaun-diskaun sebab memang itu harga patut bagi KTM sebab, lembab, bentak, slowwwwwwwwww..! Hahahahaha ;p.. Abe Jib jange maroh. Kito gura jah! Nanti kito undi Abe Jib manyok2, kite conteng manyok2.. Btw, Abe Jib kelihatan sangat encem dalam kad ini. ;p
Diskaun ini akan diberikan mulai 1 November 2012- 31 Oktober 2013, hanya pelajar, OKU dan yang berpendapatan rendah (bawah RM3000) sahaja yang layak memohon. Sugar daddy cepat pohon sebelum January tahun depan sebab awak akan berpendapatan RM3000++!!!
Yeay, saya dah buat!
Gambar nie saje wat mengong-mengong dalam KTM.
ni tiket ye kawan-kawan bukan kad KTM 1 Malaysia, dok |
pakai baju sugar daddy yang besar |
Yang sebelah aku tu tok sheikh karpet mengganggu aku bergambar |
haa..gambar nie sangat kena dengan entry, gambar klasik untuk masa depan |
No comments:
Post a Comment