Mengumumkan ketibaan masuk Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Puteri Raja Noraniza Ibni Almarhum Raja Abdullah untuk blogging!
Baik. Tajuk di atas tiada kena mengena dengan esaimen awak semua yang google tentang sejarah penciptaan blog tetapi entry ini aku tulis saje-saje mengenai macamana aku boleh ada blog semata-mata, sebab nak lepas gian aku update blog. Minggu ini sangat sibuk, tertekan, dengan esaimen dan kesihatan yang tidak menentu. Pening-pening, sakit belakang, sakit perut.
Sejak kecil lagi aku impikan aku ada blog. Aku suka kalau boleh tengok muka sendiri dalam komputer. Hehehe. Walaupun masa kecik aku tak tahu pun akan kewujudan blog nih. Tapi aku nak sangat ada sesuatu yang aku boleh letak gambar muka aku dan boleh letak caption sekali.
Kemudian timbul FB. Aku tak berapa suka FB sebab terlalu publish, umum dan orang ramai boleh tengok kita. Aku kan pemalu, hehe. Pastu FB nie tak best sebab xleh letak caption panjang-panjang dan tak boleh aku nak tulis berita dan cerita mengenai gambar-gambar yang aku upload.
Masa tingkatan iaitu pada tahun 2008 aku try-try buat blog tapi tak menjadi. Entah berapa banyak emel dan berapa banyak blog yang aku buat, tapi tak jadi. Aku ada blog wordpress jugak untuk aku lepaskan segala marah, kecewa, sedih tapi dalam blogspot nie hanya kisah bahagia sahaja dipaparkan.
Pastu bila aku jumpa ngan sugar daddy aku, dialah yang mengajar aku buat blog. Macamana nak letak background, macamana nak nak letak entry, macamana nak letak gadjet. Semua dia ajar sampai aku ada blog hoor al ain. (TQ sayangku, cium siket mmuuahh). Blog tu cuma tentang perkongsian agama, tapi lama-lama makin tak best la. Hahaha, bukan tak best untuk berkongsi agama, tapi tak best sebab fokus pada 1 je. Selain suka belajar agama, aku jugak suka tentang kecantikan dan kesihatan, jalan-jalan, makan-makan, tentang pelajaran, tapi bila blog tu fokus pada satu jer tak asyik la.
Jadi dalam blog yang satu nie aku sumbat apa sahaja yang aku suka. Blog nie dah macam diary harian aku. Tapi serius aku tak pandai nak buat duit dengan blog, ye itu bukan tujuan aku berblog. Bukan jugak sebab nak tunjuk baik, cun, perfect, bukan. Bukan nak kejar glemer. Aku tak jugak suka publish blog aku. Kalau ada orang masuk tu ada la, kalau tak tak ada lagi baik. He-he-he.
Tapi tujuannya supaya aku dapat melihat perubahan-perubahan yang terjadi pada aku sepanjang hidup aku. Bila aku baca balik post yang lama-lama, mengingatkan aku pada kenangan. Lagi satu aku tak suka menyimpan kenangan. Kalau benda dah buruk aku tak simpan, aku buang je. Jadi daripada buang baik aku letak dalam blog. Macam tu jugak dengan gambar-gambar aku tak suka simpan dalam laptop atau pendrive nanti berat. Nak cuci, jimat. he-he-he.
Lagi satu aku masukkan mengenai esaimen, ilmu-ilmu agama, bahasa melayu dan sastera melayu hanya untuk menolong orang lain mencari maklumat. =)
Dan aku takkan tulis tentang orang lain dalam blog aku, juga tentang politik. Kalau terasa jugak yang aku tulis tentang dia, nak buat macamana, dia yang perasan. (Aku memang dah jenis perasan). Dah lumrah dalam dunia blog, tak semua orang suka apa yang kita tulis. =)
Comel-comel sokmo :-)
No comments:
Post a Comment