Pages

Wednesday, February 19, 2014

Aku Terima Nikahnya Part I

Assalamualaikum para silent readers sekalian, para stalker dan para hitters. 

Haa. Dah tiga bulan kahwin baru nak update pasal majlis akad nikah hari tu. Maaflah aku sibuk semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak lima menjak nih. Kawan-kawan duk request nak tengok gambar kahwin, aku kata mana ada. Ambik gambar guna kamera henpon jer. Hikhik, tengok jelah dalam facebook dan instagram yang aku letak. Orang lain kahwin ambik gambar guna kamera yang teropong panjang DSLR tu, aku pula ambik gambar guna kamera DSLRSTUVWXYZ hahaha.

Sabar, sabar. Kita orang tak ada duit memang macam ni. Nanti lepas majlis kita bagi korang tengok gambar yang guna khidmat cameraman yang profesional okay?

Kali ni tengok dulu gambar yang kita ambik guna kamera cap ayam. Cap ayam pun, kamera Nikon D90 dan D60 ye... cuma tak profesional je hehe.






Kerja-kerja memasang pelamin sedang dijalankan. Jauh tau aku tempah pelamin nie. Dari Wakaf Bharu ke Pasir Puteh iaitu De'Anna Bridal. Dalam sejam jugak la perjalanan nak datang. Dan pelamin ni aku design sendiri mengikut citarasaku sendiri. Aku nakkan satu mini pelamin yang simple tapi cantik dan eksklusif. Maka terhasillah pelamin sebegini. Jeng jeng jeng.




Macam pelamin Ariana Rose kan? Ada bunga-bunga ngan sarang burung tergantung kat atas tu. Hasil air tangan Kakna memang tidak mengecewakan. Baju-baju kat butik dia pun lawa-lawa tapi aku tak lulus SIRIM la nak pakai sebab cik abe aku cerewet tak boleh seksi tak boleh ketat tak boleh mekup tebal, pendek kata ape pon tak boleh aaa..Last-last baju kami tempah sendiri, siap pesan kat tailor tu buat baju kurung moden tapi versi longgar dan menutup aurat. Barulah prekahwinan berkat dan bahagia rumah tangga hahaha.




Baju aku tempah di kedai pakaian Kawah Tanjung Malim dan veil bolehlah tempah di HerShop. Tudung pula aku suka pakai yang ada awning so aku beli Ariani Selendang Aleesya.

Dan pada hari kejadian :
Saat-saat sebelum bergelar isteri @ Puan Raja. Puan??? Okay beberapa minit lagi aku aku punya amalan aku dapat pahala berganda. Insha-Allah!




Aku terima nikahnya...

Aku dinikahkan sendiri oleh abang sulungku, tenkiu abang sebab kawenkan adikmu yang gelenya kawen awal ini hikhikhik.. (Bukan gelenya sebenarnya nak elak maksiat walaupun PJJ (perhubungan jarak jauh). Dengan dua kali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Mohd Shahmi bin al-Amir. Perasaan? Uhuk, masa tu tak rasa ape pon. Hahaha. Tapi suami kite pula yang lebih-lebih feeling sampai keluar air mata huhuhu. Aku memang TAK la, sebab tak rasa apa. Nak describe pun susah sebab tak rasa apa melainkan rasa "galok".


ya Allah. aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya apa yang engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.

-Aaameen-

Kali pertama. Itu yang manis sebenarnya. =)

  
Upacara membatalkan air sembahyang.Kalau kentut pun boleh ust Azhar kata muahahaha.


Lupa nak bagitau. Untuk mekup aku guna khidmat Nu Zamila Bridal, Pasir Puteh. Lepas mekup pun rasa macam nak nangis sebab takut muka aku jadi muka orang lain. (*tengok betapa aku bersyukur dengan nikmat yang Tuhan beri muahaha). Aku cakap kat jurumekap tu, tolong solek muka saya sesimple, senatural yang mungkin. Dan Alhamdulillah, masih jadi muka aku tak jadi muka orang lain. Cuma berseri sikit jer hehe.

Kaku je atas pelamin sebab takde kameraman nak ajar buat gaya. Tapi sebenarnya kami masih malu-malu, hewhewhew, malu tapi mahu ahakkkks!!

keluarga belah lelaki
bestfriend. thx Tushar & Nusha sudi hadir majlis kite

kahwin2 dah ada anak hehe



gambar-gambar reject di sebalik tabir perkahwinan Aniza & Shahmi

Sekian. Doakan kami cepat dapat baby sebab ramai yang dah bertanya. Huhuhu. Terima kasih ye atas perhatian sambil-sambil pegang perut aku tu tolong la doa-doakan juga. Aku ngan suami PJJ so payahlah sikit. Hahaha. 

Majlis resepsi kami akan diadakan pada 23 March 2014. Semua dijemput hadir okay..


Ok bai.

Comel-comel sokmo :-)

No comments: