Pages

Monday, April 14, 2014

Majlis Resepsi

Alhamdulillah. 4 bulan selepas solemnization, kami akhirnya secara rasminya disatukan sebagai suami isteri. Rasmi jelah. Ikut adat dan budaya Melayu yang sudah tidak lagi releven pada zaman moden kini. Hahahahaha. 

kami tema hijau. niat aku nak pakai emerald green. tapi tak taulah pulak orang kata tema PAS. takpelah, kata lah nak kata ape pon. yang penting saya rasa saya kelihatan sangat cantik. hahaha.

Semua dah selesai. Riak wajah aku masa majlis tak dapat dibendung lagi aku sedih dan moody sangat. Sebab aku tengah alami period pain. Sakit giler nak mampus, sape tahu? Mulut muncung semacam je tak mampu aku nak tutup. Mungkin orang lain fikir lain. Masa tu perut dan bawah perut sakit sangat-sangat. Betis-betis rasa kejang. Belakang pula sakit ya amat. Biasalah, setiap bulan aku lagu tu.

Ok. jom kita cuci mata tengok gambo-gambo kawen kami. kalau taknak tengok, menyampah sangat nak tengok, kenapa aku letak link ko buka? hahaha. 

pengantin lelaki yang hensem

pengantin perempuan yang super cantik. hik3

terimalah aku menjadi raja di hatimu.kata suami aku.

suka part nih. 

ibu mertuaku

nak jugak. saya rasa stress sangat haha.
sebenarnya kameraman hari tu eksiden. dia datang lambat dah malam dah. aku majukk ar. hehe. takdelah. aku xpuas hati sikit jelah. tapi ada hikmah di sebalik semua tu. bila kameraman tak ada, tak adalah kami sibuk duk bergambar saja atas rumah. sape nak tengok kan...huhuhu. so kami boleh gunakan masa tu untuk melayan tetamu yang hadir. ini pun salah satu perkahwinan impian, nak layan tetamu. sebab selalu aku gi kenduri kawan-kawan aku, mereka sibuk posing je atah pelamin kadang-kadang tak sempat jumpa pun. kadang-kadang pengantin sibuk posing yang tetamu air, lauk takde orang tambah. kesian pulak. kita syok sendiri atas pelamin. T_T

Bukti di tempat kejadian :


mengandung ke? hahaha



suami kata, yang ini bukan kawan tapi sahabat

alololololololo jurusnya

masa ni kameraman dah sampai. kesian dia duduk je atas rumah kitaorang tak layan pun dia hahaha. mesti stress giler kameraman tuh. kami duduk kat bawah je layan tetamu dan jadi jung kako sendiri hahaha. last-last kameraman turun bawah jugak sebab nak ambik gambar pengantin punya pasal. hahahahahaha.

kemudian, kameraman ajak pi outdoor. sebab rumah dekat dengan Melody Beach (pantai irama) so outdoor kat pantai jelah. sikit je. tak sampai 5 minit pun outdoor hahahaha. tak boleh nak tinggalkan tetamu yang datang. nanti kecik ati semua. hehe.





ok cukuplah ye. saye tak suka letak banyak. saye juga tak suka letak banyak-banyak kat facebook sebab saye nih pemalu orangnya. dahla pemalu, pendiam, gelak tutup mulut, dan semua yang terbalik dengannya. hahahahahaha.


ok, saya pakai baju dari Minazboutique. saye beli time promo RM189. kalau sewa kat butik pengantin paling murah RM200. dan sekarang saye nak bagi sewa separuh harga beli. blh whassap saya di no
 012-9332458.

saiz M. baju ni labuh saya tak potong lagi. bolehlah orang yang berketinggian 160cm-165cm pakai. dan make sure berat tak lebih daripada 50kg sebab baju ni muat-muat dengan saya. nanti berat 53, 54 ketat sangat pulak, hehehe. kalau nak sewa boleh, nak letgo lagi boleh. sekian.

3 comments:

Sheelly Suhada said...

Sweet sgt..shely suka tgok korang..lambatnya giliran sy plak..hihihi
cara raja tulis bt shely gelak sorg2 sbb lawak woo..

ikha sani said...

salam...comeyy lah..kak, nk tnya tudung yg akak pakai wana putih dgn baju ijau tuh shawl labuh biasa @ halfmoon? lawaaa... ;)

Nora_Aniza said...

sheelly..xlama lagi turn shelly lak.. jangan lupa jemput..hehe.

ikha sani. ni half moon.. yg belakang bawa ke depan. kain dia lembut sangat-sangat