Pages

Tuesday, June 17, 2014

Honeymoon Bandung Part 2

Penat semalam belum hilang, hari ni kami cancel supir yang semalam, ambik Pak Andre yang sangat baik hati. Kalau sesiapa nak nombor Pak Andre, silalah PM aku di Facebook. Today, kami nak ke Tangkuban Perahu seperti mana blogger-blogger selalu pergi. Tapi blogger-blogger pergi setakat atas tu je. Kami turun sampai bawah. Terketar lutut masa sampai sana. Nak masuk sana kena bayar 600 000 RP bersamaan RM 200.00 kurang lebih. Kan dah kena cekik kat situ. Takpe, sugar daddy duit dia berlambak. Jangan kesiankan dia.

Sebelum pergi, dah banyak kali google tips ke sini. Paling ramai orang bagitau, nanti ramai peminta sedekah yang jual barang dengan harga yang jauh lebih mahal berbanding harga-harga kat bawah sana. Selalu orang pesan, jangan layan, buat hati kering, kena jadi zalim. Aku dah sedia. Datanglah sesiapa pun aku takkan kesian! Nekad dalam hatiku. Apa yang membuat aku nekad ialah dalam beg aku takde duit sebab tu berani jamin aku takkan beli hahaha. Oopsss. terlupa! Aku berjalan dengan orang kaya. Yang ada duit. Yang tersangat pemurah dan baik hati. Berkali-kali aku pesan pada dia, tapi dia buat tak tahu. Aku kalau ada duit beli jugak kot. Last-last terbeli jugaklah banyak, bukan satu.

Dah korang kenapa selalu pesan kalau pergi kena jadi zalim? Aku pergi tengok rakyat Indon dengan mata hati. Masa aku pergi, tak ramai kanak-kanak yang jual-jual tarik-tarik baju yang orang duk cakap. Aku tak nampak semua tu. Yang aku nampak, lelaki-lelaki dalam umur 20, 30, 40 an yang jual-jual benda kecik-kecik. So aku yang baik hati ni cuba selami hati mereka. Apa yang mereka cerita pada aku :

"Di Indonesia penduduk padat, rakyat tak ada kerja. Satu keluarga, hanya seorang sahaja yang dibenarkan bekerja. Itu pun kerja jaga parking, urut pelancong, jual keychain. Itulah kerja yang kerajaan bagi pada rakyat, kemudian ada pula sistem rolling dan menjadikan seorang rakyat dia hanya bekerja sehari sahaja dalam masa sebulan. Pendapatan cuma RM 300 sebulan dengan anak enam. Kos hidup tinggi, harga makanan sama sahaja dengan harga makanan di Malaysia. Contohnya bakso satu pinggan dah RM5, bukannya murah RM 1"

Mengalir air mata aku mendengarnya. Orang sana memang baik-baik. Kalau kita beli apa-apa dari mereka, pasti mereka akan mendoakan kita. "Terima kasih buk, saya doakan murah rejeki ibuk..". Hah, dalam sehari tuh ada sampai 50x orang teraniaya doakan kita. Syokk! Hahaha.

Kalau kanak-kanak mungkin kami tak kesian sangat, tapi ni lelaki-lelaki, merangkap ketua keluarga, kerja cuma hari ni. Kami tak berkira, kami beli je barang tu banyak-banyak. Bukan nak beli pun tapi niat nak bersedekah. Ada satu masa, abang tu ikut kami sampai ke atas sebab nak kami beli barang dia. So suami hulurkan duit RM 10, dia tolak. Dia taknak. Ego seorang ketua keluarga tu masih ada. Mereka bukan pengemis, mereka berniaga. Sedih sangat, ya Allah!

Ok sambung.


DAY 3

Malas melayan perangai supir semalam, hari ni Pak Andre datang jemput kami ke hotel. Kami ke Tangkuban Perahu. Cantik teramat pemandangan kat sana. Sejuk sangat macam duk dalam peti ais huhuhu.



ini Pak Andre, penuh dengan informasi, supir merangkap cameraman.


ini suami saya. yang sangat degil.

Aku stress la suami aku selalu buat tangan macam jutawan MLM macam tu.

tangan tunjuk "best", apa yang "best" sangat nieh? hahaha

degil. gaya jutawan MLM, itulah dia. hahaa. tapi tetap sayang gakkk hahaha.
dah takde gaya jutawan MLM


Seterusnya, kami turun ke Kawah Domas. Perjalanan selama 1 jam. Capek saye. Gunung yang kami daki tu, setinggi 1800++ meter. Huh. Untuk ke Kawah Domas, kami akan melalui satu jalan bekas larva gunung berapi. Pada 200 tahun dahulu, gunung berapi ini meletus dan menghasilkan larva yang menjadi laluan kami pada hari ini.



Manusia pokok. Pokok yang dimakan oleh anai-anai.


Puteri buluh betung hahaha

pemandangan, subhanallah sangat cantik. silalah bawa air untuk menghilangkan dahaga.

yang kat belakang tu yg nak berniaga kat kami. dari puncak lagi ikut kami berjalan. sejam berjalan turun. sanggup!

berhenti rehat. walaupun sejuk tetap berpeluh huhu


handsome giler suami aku.

bangga ada suami handsome

Lelah. terjelir-jelir penat.

sampai. terkesima. sangat cantik. suhu sangat sejuk. tapi batuan tu panas. mengalir air panas.

air ni panas 100 darjah celcius. kami rebus telur. rasanya enak bangat..



tak suruh pun. alih alih kena bayar.




mereka semua sedang memujuk kami untuk membeli. aku duk tendang kaki suami supaya jangan beli alih-alih aku yg kena marah huaaa... T_T

Untuk massage guna belerang gunung berapi tu, kami dicaj 300 RP untuk dua orang. untuk cantikkan kulit dan lancarkan peradaran darah. pandai diorang berniaga. ajak kita turun bawah, kena bayar 300 000 sejam, kemudian kita penat, dia sediakan massage, kena bayar lagi. Suami aku ni, memang suka try benda-benda baru. Aku pon sama gak hehe. 

Pastu kami pun nak naik balik ke atas, katanya cuma 300 meter. Agak penat la. Last-last suami kena dukung. Hahaha. Ini barulah lelaki sejati yg gagah perkasa. Lebiu sayang muah muah muah.


nampak muka penat selepas dukung anak gajah hahaha

Kami sempat beli Strawberry, Blackberry dan Raspberry. Strawberrynya sangat manis, tak macam di Cameron Highland. Sedap sangat. First time makan blackberry ngan Raspberry sangat sedap. Nyum3. Rugi kalau tak try. Murah je. RM 30 untuk 4 kotak.




Pastu kami pon balik. Singgah makan di Restoran kami tak ingat namanya. Murah gila makan sini cuma RM 35.00 hahaha.  Makan macam-macam dah la sedap.


Lepas makan, kami balik ke bandar. Jauh perjalanan kami, ada dalam 3 jam. Jem lagi. Huhu. Tapi aku tabik la pada traffik kat sini. Walaupun takde peraturan jalan raya tapi tak eksiden. Boleh je bila-bila masa nak masuk, nak mencelah, nak u-turn. Hal ini menunjukkan bahawa pengguna jalan raya di Bandung kesabarannya sangat tinggi.

Malamnya, kami massage di Akar. Semalam kami dah massage di Atrium. Itu yang international. Kami nakkan yang local punya massage. Kat Atrium semalam best sebab tukang urut tu berisi. Yang Akar ni cewek-cewek cun, jari halus. Geli aku haha. Paling tak boleh blah dia naik atas belakang aku masa urut, I cannot imagine if they naik atas belakang cik abang aku. Mula mula tu cik abang nak massage jugak tapi nasib baik dia bagitau awal-awal, kami takde staff lelaki. So tak jadilah. 



Lepas massage jadi bertenaga balik. Memang terbaiklah! Patut orang laki suka datang Indon dan Thai kan, aku dah tahu rahsianyaaaa.. Tapi aku dapat belajar jugaklah cane nak urut tu. Malam tu aku aplikasikan pula pada suami aku. Dia kata "sedap" hahaha. 

Sambung Part 3 pula ye! Bye3 Love You all! Mmmuah!


No comments: