Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya..
menunaikan kewajipan saya kepada tuhan
raja dan negara saya Malaysia
menolong orang setiap masa
dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri
Masa semester yg lalu, aku tercari-cari apa unit uniform yang xada kawad tengah-tengah panas, yang tak ada kem-kem yang tak ada kena angkat senjata berat-berat, dan yang paling penting tak ada lelaki. lalu ramai kawan yang mencadangkan ambik Pandu Puteri sebab kawad pun dah macam catwalk. dan lelaki suah semestinya tak ada sebab sume puteri bukan pandu putera.. jadi aku pun dengan bersungguhnya add dengan cara berperang di mysis.
ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.. memang tak kawad tengah panas tapi kerjanya banyak la pulak. xape yang penting aku dah lepas dengan jayanya oh yeah.
Selama dua semester hujung minggu aku terbatas gara-gara kelas pada hari sabtu. entah-entah senamrobik semester depan kelas hari sabtu jugak..huhuhuuuuuuu.. tapi nak buat macamana. aku nak ambik senamrobik sebab aku tak suka sukan lasak-lasak, aku lembik jew..hewhewhew.. aku tak nak main bola jaring, bola tampar, futsal dan pelbagai jenis bola sebab aku jenis penakut kat bola. nanti bola kena ke muka ke, kat dada ke, tak pasal-pasal aku nangis jugak atas padang nanti..huhuuuuu
lagi sebab dalam senamrobik tak ada lelaki. eh, apsal aku anti sangat ngan lelaki? macamlah ada lelaki nak ngorat kan, tuhhhhhhiii perasannya awek nih. haha. bukan perasan tapi aku memang perasan. aku tak suka kalau dalam persatuan atau permainan ada percampuran antara perempuan dan lelaki. bayangkan kalau perempuan duk melompat-lompat sampai gegarrr semua organ.. tak ke rasa malu? contohnya main lompat tinggi, mula-mula berlari-lari, dah gegar dah kat situ, kemudian lompat kemudian dengan tak senonohnya jatuh atas "katil" yang telah disediakan. kawan-kawan lelaki tengok je kita jatuh.. tanpa kita sedar kain tudung terselak, baju terselak nampak underwear..
dan aku dapat tahu tak banyak lelaki yg ambik senamrobik kalau ada pun yang separuh lelaki dan separuh perempuan. baik yang macam tu pulak, mereka memahami jiwa seorang perempuan.
aku sebenarnya sangat pemalu. nampak je berkeyakinan dan macam muka tak malu, aku sangat sensitif terutamanya mengenai aurat, dan percampuran perempuan-lelaki. aku kalau boleh sentiasa mahu elakkan daripada bercampur dalam persatuan atau apa-apa program.
No comments:
Post a Comment