Pages

Saturday, December 31, 2011

berinai

Zaman kecik2 dulu sangat suka berinai. Tapi kini  budaya berinai dah berubah. kini kita lebih suka beli inai di pasaraya. inai tu pun merah, mudah, dan cepat merah. tak payah nak tumbuk2 lagi..tak payah nak lurutkan daun inai kat dahan.. dan warna juga cepat hilang..kalau dulu, kita cari pokok inai, nak ambik inai pun kena mintak izin tuan punya pokok..bawa plastik kemudian lurutkan inai di dahan pokok.. kemudian balik, tumbuk2.. masa tumbuk tu bubuh nasik nak bagi inai tu melekat. pastu bubuh arang nak bagi hitam, bubuh teh nak bagi merah. hehehe.. dan petuanya, tak boleh berinai pagi dan petang hari. kalau ayam nampak, inai tak merah. hehehe. sebenarnya mitos saja tu.orang tua larang berinai siang hari sebab payah nak buat kerja nanti.. ok, lepas tumbuk2, letak inai kat kuku.. lepas tu balut. balut pula dengan cara menggunting plastik menjadi 4 segi dan ikan kuku menggunakan tali.. esoknya bila bangun, kita cabut la. dan akan dapati tangan kita menjadi kecut.hehehe.. masihkah kau ingat?

kali nie, saya nak kembalikan nostalgia yang lalu. minggu lepas kat kampung, saya ajar2 dan nak tunjukkan kepada anak-anak buah saya budaya berinai orang dulu2..

pokok inai.


kemudian tumbukkan inai..masukkan bahan2 yg diperlukan..


letakkan inai pada kuku..


balut dengan plastik dan ikat


tadaaaaaaaa... tunggu semalaman dan cuci keesokan harinya..


uyen pun berinai jugak..

dulu saya tak suka berinai..sebabnya saya hitam. hehe..sekarang nak kata putih tu tidak, tapi cerah cket daripada dulu..hehe


biasa2 jer..hahaha


tangan berkedut macam tangan orang tua.. penat2 tonyoh losen tapi berkedut2 jugak..

hasilnya........


latar belakang McD Alamanda.. sila cuba prosperity burger hari ini.. :-)


sebenarnya berinai baik untuk kesihatan. bagi lelaki, hukum berinai adalah haram ok. melainkan untuk tujuan perubatan. walaupun berinai 3 jari semasa nak bersanding pun haram.

6 comments:

shahfalah said...

merah nyala inai dia...uyen nak nunjuk inai jgk tu...

Nora_Aniza said...

kalu ore comel berinai mesti merah. kalau ore huduh berinai xmerah.hehe

Anonymous said...

oo bgkus erk? kt sini x bgkus pastu bgn pgi comot2 haha..

Nora_Aniza said...

hahaha, kena bungkus la

LINA EVERLYNN said...

datang singgah snie ;)

gua jambu said...

nice...look gojes...wakaka...=D