Pages

Tuesday, December 6, 2011

Daerah-Daerah Melayu

ini nota kedua buat malam nie..sekarang kita tengok daerah2 melayu..tempat yg ada orang Melayu...dan dari mana sebenarnya asal orang melayu ni...rupanya kawasan Melayu sangat luas..cuma kita yg tak tahu, jadi lepas ni berbangga lah kita sebagai orang Melayu..

Malaysia

Antara daerah-daerah Melayu ialah Malaysia. Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu bermula tidak kurang 200 000 tahun dahulu. Bukti-bukti kewujudan manusia telah dijumpai di sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Antara penemuan besar yang pernah direkodkan ialah penemuan rangka manusia berumur 11 000 tahun iaitu Perak Man. Di kawasan sekitar Lenggong juga ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan batu. Selain itu, terdapat juga penemuan petempatan manusia di sekitar Gua Niah, Sarawak. Menurut teori Crawfurd, manusia awal bergerak dari Sumatera atau Jawa ke utara iaitu Semenanjung Tanah Melayu.


Indonesia
Seterusnya ialah Indonesia. Menurut John Crawfurd, tanah asal orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa. Hal ini berasaskan kepada perkembangan kebudayaan pada abad ke-19. Bahasa Melayu turut menjadi bahasa pengantaraan di daerah kepulauan rempah di Indonesia Timur. Sebelum itu,bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama untuk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatera Selatan. ( Slametmuljana,Sriwidjaja 91-178 ). Selain itu, bahasa Melayu turut menjadi bahasa utama di Pulau Jawa terutamanya di Jawa Barat dan Jawa Tengah pada abad ke-7 Masihi. Hal ini terbukti daripada prasasti-prasasti  yang terdapat di daerah Sumatera Selatan dan di Pulau Jawa. ( Harimuti Kridalaksana,1982:89=90 ). Di samping itu, prasasti bahasa Melayu yang tertua di Kepulauan Melayu dijumpai di Samajerta, sebuah tempat di  pantai utara Pulau Jawa Tengah. Kini, bahasa Melayu yang dituturkan di Indonesia dikenali sebagai Bahasa Indonesia.


Singapura
Singapura juga merupakan daerah Melayu. Perkembangan orang Melayu di Singapura dapat dikaitkan dengan susur galur keturunan raja Melayu di Singapura iaitu Parameswara. Singapura terletak di penghujung Semenanjung Malaysia berhampiran Johor dan Kepulauan Riau. Dahulu, Singapura dikenali sebagai Temasek. Temasek merupakan satu pelabuhan penting di Nusantara. Temasek terletak di bawah kerajaan Srivijaya di Palembang. Selepas hilangnya kuasa Srivijaya ke atas Temasek, kerajaan Majapahit dan Kerajaan Ayuthia pula berkuasa. Inggeris tiba di Singapura pada tahun 1819 dan menetapkannya sebagai sebuah pusat perdagangan. Pada 1963, Singapura telah menganggotai Persekutuan Malaysia tetapi terpisah dua tahun kemudian. Penduduk asal Singapura ialah orang Melayu tetapi telah didatangi oleh pendatang dari pelbagai kaum menyebabkan wujudnya bangsa yang ada di Singapura sekarang seperti bangsa Cina.


Brunei
Seterusnya ialah Negara Brunei. Masyarakat Brunei merupakan suku bangsa yang tinggal di Brunei Darussalam. Mereka adalah salah satu daripada tujuh rumpun atau puak Melayu. Rumpun Melayu terdiri daripada kaum Belati, Bisaya, Brunei, Dusun, Kadayan, Murut dan Tutong. Ketujuh-tujuh rumpun Melayu tersebut dicatatkan dalam Perlembagaan Negara Brunei sebagai rakyat sultan melalui kuat kuasa undang-undang. Orang Melayu Brunei ialah rumpun yang paling ramai bilangannya iaitu 285 000 pada awal tahun 1990. Jumlah ini melebihi 75% daripada jumlah rakyat Melayu jati ( bumiputera ) di negara tersebut.


Selatan Thailand
Selain itu, Selatan Thailand juga merupakan daerah Melayu. Pada masa dahulu, Selatan Thailand ataupun Pattani adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Penduduk di Selatan Thailand bertutur bahasa Melayu. Pada masa dahulu juga Kelantan pernah menjadi sebahagian daripada Kesultanan Pattani. Walaupun sebahagian besar penduduk tidak menuturkan bahasa Melayu, tetapi tidak dapat dipertikaikan kerana Pattani merupakan kerajaan Melayu. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa utama dalam kerajaan Ligor di bahagian selatan Segenting Kra, Thailand. Di situ terdapat prasasti bahasa Melayu tinggalan daripada kerajaan Melayu Ligor ( Slametmuljana, op.cit.:135-146 )


Selatan Filipina
Seterusnya daerah Melayu ialah Selatan Filipina. Dari Kalimantan, migrasi seterusnya ialah ke Filipina dan Farmosa. Sebahagian besar Filipina pernah menjadi daerah kerajaan Srivijaya pada abad ke-12 dan kerajaan Majapahit pada abad ke-14. Pengaruh Indonesia sangat bear di Filipina seperti agama Hindu dan Buddha. Perdagangan antara Filipina dengan China semakin bertambah dan mengakibatkan orang-orang China banyak berpindah ke Filipina serta melakukan perkahwinan campur dengan penduduk asli Filipina.

Papua New Guinea
Di samping itu, Papua New Guinea juga merupakan antara daerah rumpun Melayu. Manusia yang menetap di Papua New Guinea dianggarkan sejak 50,000 tahun yang lalu. Penduduk kuno ini berasal dari Asia Tenggara. Papua New Guinea terletak di Oceania. Perkataan Papua berasal daripada perkataan Melayu iaitu Papuwah. ‘Papu’ bererti bersatu atau bergabung manakala ‘ua’ bermaksud tidak. Penduduk Papua New Guinea bukanlah berbangsa Melayu tetapi mereka adalah serumpun dengan penduduk di Papua yang dahulunya dikenali sebagai Irian Jaya. Sebelum itu, Irian Jaya dikenali sebagai Irian Barat.


Madagaskar
Kemudiannya, ialah Madagaskar. Madagaskar ialah kepulauan yang terletak di tenggara Afrika.Di Madagaskar, orang Melayu dikenali sebagai orang Merina. Bahasa utma yang dituturkan di Madagaskar ialah bahasa Malagasi. Bangsa Malagasi yang mendiami Pulau Madagaskar sekarang ini ialah bangsa Asia-Afrika. Polinesia telah mengharungi Lautan Hindi dari Indonesia dan Asia Tenggara. Hampir sebahagian besar imigran adalah bangsa Melayu manakala selebihnya ialah para pedagang dari Arab, India dan Portugis.  Pada abad ke-7 juga, orang Indonesia telah berhijrah ke Madagaskar. Menurut Otto Chr Dhl, bahasa Malagasi banyak mengandungi perkataan dalam bahasa Melayu seperti rua (dua), telu (tiga), vulan (wulan), mora (murah) dan sebagainya. Penduduk di bahagian Timur Madagaskar makan nasi dan seni bina rumah mereka sama dengan seni bina rumah orang Melayu.


Taiwan
Orang Melayu dikatakan telah berhijrah ke Taiwan dari Pulau Borneo. Menurut para pengkaji, penduduk asli Taiwan bukanlah orang China sebaliknya rumpun bahasa Austronesia. Hal ini demikian kerana orang China (masyarakat Han) telah datang menduduki Taiwan pada abad ke-14. Penduduk asli Taiwan terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada 12 etnik dan tinggal di pedalaman Taiwan. Mereka menolak untuk bercampur dengan orang China. Golongan kedua iaitu Pingpu, terdiri daripada 10 etnik telah bercampur dengan orang-orang China. Bahasa dan budaya mereka telah dicemari dengan bahasa China kerana mereka tidak menyedari bahawa mereka adalah keturunan peribumi Taiwan. Bukti yang boleh menyokong teori ini dapat dilihat melalui adat-istiadat mereka adalah sama seperti etnik-etnik Dayak di Malaysia. Etnik ini juga berpegang kepada adat yang sama iaitu Adat Perpatih.

Funan
Funan merupakan Kerajaan Melayu Tua yang wujud sejak abad pertama  Masihi. Pusat kerajaan Funan terletak di Delta Sungai Mekong. Sungai Mekong berukuran 4180 km panjang bermula di Tibet dan melalui Yunan, China, Myanmar, Thailand, Loas, Kemboja dan Vietnam. Masyarakat Melayu Proto yang merupakan pelaut belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong. Batu bersurat Funan yang pertama ditemui dalam bahasa Sanskrit selepas satu abad setengah dari tarikh penubuhannya. Nama asal Funan tidak diketahui tetapi dikaitkan dengan perkataan China iaitu ‘khmer bnam’ atau ‘phnom’ yang bermaksud gunung.

No comments: