Pages

Sunday, December 11, 2011

MI SEGERA : Banyak keburukan daripada kebaikan

Source : Majalah Rapi

Diringkaskan dalam mi segera terdapat bahan perencah iaitu MSG. Antara kesan buruk MSG ialah :
- Merosakkan fungsi buah pinggang
- Rasa panas di dada
- Perubahan warna wajah
- Diserang sakit kepala
- Meningkatkan risiko serangan kanser
- Bagi kanak-kanak, ia akan mengurangkan penyerapan nutrisi lain
- Menjejaskan perkembangan janin
- Wanita mengandung mengalami keguguran
- Anak yang dilahirkan kemungkinan tidak sihat

Apa pun, bagi penggemar mi segera (terutamanya mahasiswa yang mahu berjimat) anda masih boleh menikmatinya dengan memasak dengan cara yang betul. Teknik yang disarankan :
- Masak air di atas api sehingga mendidih. Setelah itu masukkan mi ke dalamnya. Tunggu seketika.
-Apabila mi sudah lembut, angkat dan toskan. Buang air rebusan tadi kerana ia mengandungi 'wax' yang terlarut daripada mi segera tadi.
-Didihkan air yang baru. Masukkan mi segera ke dalam air yang menggelegak seketika sebelum mematikan api. Tambahkan sayuran hijau yang dicelur bagi menambah kebaikan nutrisi dalam sajian mi tadi.
-Dengan kadar haba yang masih ada, barulah dimasukkan bahan penambah perisa ke dalam mi yang telah dimasak.


Selamat mencuba!


*Walau bagaimanapun, saya telah mengharamkan perut saya dimasuki mi segera. Halal dan haram mi segera masih diragui. Jauhi perkara syubhah.


 





6 comments:

psykonep said...

adush...cam tak caye jer...lepas nie leyh wat entry sal makann yng berkhasiat tok menggntikan mggie lak...jnji murah and jimat...huhuhu..

Nora_Aniza said...

boleh2...huhu..jimat tu penting

nik lyani said...

alamakk..tetiba seram bc entry awk kali ni.stok megi byk kt umh akk tuh.hihihi..

Nora_Aniza said...

boleh je nak makan..ikut teknik memasak yg disarankan.. :-)

Anonymous said...

tgh cuba jauhkan diri dari mee segera huhu...info yg berguna =)

Nora_Aniza said...

usaha tangga kejayaan..asal tgk megi je kata haram..lama2 xmakan la..hihi