Pages

Saturday, January 7, 2012

Kredit Tuhan bagi

Kata seseorang kepada saya, menulis biarlah memberi manfaat kepada orang lain. Pembaca ni ada pelbagai jenis. Jadi kena jaga apa yang kita tulis itu. Dan sudah tentu kita akan disoal mengenai apa yang kita tulis. Baiklah bos, baiklah. Saya ikut kata-kata bos ya.

Sedang saya membaca buku Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar untuk peperiksaan hari lusa,sekejap- sekejap saya berhenti. Baru membaca muka surat satu, saya banyak berhenti daripada membaca. Baca satu ayat, saya "blogwalking". Sejam kemudian saya buka buku lagi, baca dua tiga ayat, saya berhenti kemudian "facebooking". Dan macam itulah seterusnya. Saya keluar makan, tidur, dan semua perkara yang tidak memberi faedah langsung kepada saya. "Cousework" saya untuk subjek ini hampir-hampir dapat A. Dari sini saya mula berfikir, kenapa saya mengorbankan A itu untuk "blogwalking, facebooking, jalan-jalan, layan hindustan, tidur dan makan yang ternyata takkan memberi manfaat untuk paper ini? Mungkin sekarang saya seronok, suka melayan perasaan malas daripada membaca buku. Tetapi bila melihat keputusan paper ini bukan A, tentu hampa saya nanti. Kenapa saya tak korbankan keasyikan ini untuk mendapat A itu? Mungkin saya tak nampak lagi A itu, dan tak merasa betapa bahagia saya saat keluar keputusan nanti. Nora, janganlah kamu mengejar kebahagiaan yang sementara.

Macam itu juga dunia ini. Di dunia, kita leka dengan maksiat. Kita bangga dengan pakaian menjolok mata, kita mudah tewas dengan godaan syaitan yang menghasut jangan solat 5 waktu, dan kita selalu berperang dengan hasutan syaitan yang akhirnya kita kalah lalu tersungkur. Itulah dunia. Dan kita lupa kepada akhirat yang berkekalan. Kita hanya mahu mengejar keseronokan yang sementara, tapi kita tak mahu mengejar akhirat yang kekal abadi.

"Mereka itu orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat, maka tidak akan diringankan seksaan ke atas mereka dan mereka tidak akan diberi pertolongan." (Surah Al-Baqarah, ayat 86)

Itulah tamsilan yang dapat dibuat, daripada rasa malas ini. Sekarang, pukul 11 malam. Nora nak study dulu tau. Tiba-tiba semangat datang. Bubey, mmmuuuuuuuahhhhh! (Ciuman penuh ghairah)

3 comments:

azwa amani said...

manusia ni kalau tak nampak ganjaran depan mata memang susah nak buat... macam pahala dan dosa.. sebab tak nampak. sebab tu suka hati je langgar hukum Allah..

-cuba kalau Allah bagi balasa dosa tu direct time tu juga, mesti org tkut nak buat...

-tapi Allah jadikan pahala dan dosa itu sebagai satu yang ghaib untuk menguji manusia.. dan kita yang beriman kepada perkara yg ghaib ni, kenalah berbuat baik melawan yg jahat contohnya sifat malas tu untuk dapatkan redhaNya...

huhu..ciuman ghairah.. lawak laa.. :P..good luck deh exam.. :) lepah tu boleh la kelek klate selaluh

Nora_Aniza said...

yayehahh! kena lawan perkara ghaib!! uuhuhuuhuh

zOeY zAu YaH said...

manusia kan..