Pages

Friday, January 6, 2012

Retorik Orang Malas Solat _ macamana mahu menjawabnya

Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak nie, solat aku dah tak tahu ke mana..xtahu apa yg aku baca.. macam2 yg aku fikirkan ketika solat... fikirkan nasik, pakwe yg dah hilang entah ke mana, fikirkan exam, fikirkan ayah.. macam tu lah.. bila kita fikirkan dan sibuk dgn hal dunia secara automatik hal akhirat kita abaikan.. agaknya lah, berbaloi tak aku solat tunggeng tunggik tunggeng tunggik 5 waktu tu? memang la kita tak boleh fikir sama ada solat kita diterima atau tak, itu semua kerja Tuhan, tapi kita kena jugak muhasabah diri, dan berusaha memperbaiki solat..

Amalan~ bila sesuatu amalan itu kita selalu buat, maka kita akan anggap ia sebagai amalan harian, yang tak sah kalau tak buat. xsenang duduk.. dan amalan yg kita buat hari2 itulah yg lama-lama akan jadi kebiasaan. solat itu kebiasaan?

Renungilah..hidup ini untuk apa..hidup ini untuk siapa?baik, kalau tak tahu, mari aku jelaskan. hidup ini untuk Allah.. hidup ini untuk memperhambakan diri kepada Allah.

"tidak aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah aku"

kenapa anda masih tak nak solat? atau solat jarang2? Subuh tinggal, asar solat.. maghrib solat, isyak tinggal sebab mengantuk..kenapa? itu kan suruhan Allah. kenapa banyak sangat alasan? kalau aku kata A, kau jawab B.. bila aku jawab B, kau kata C.. kau tahu tak? yg kau cuma pandai beretorik saja. hanya pandai berkata2..

1. "Kubur masing2 lah.."
(sebab kubur masing2 lah aku ingatkan nieh! kalau kubur sama, dapat juga kita saling membantu! hari ni kau solat, esok kau xpayah solat, aku pulak solat. macam tu?)

2. "Awak jgn paksa saya solat, saya bimbang saya tak cukup ikhlas..nanti saya solat kerana awak, bukan kerana Allah"
(aku cuma ingatkan..jadi kalau kau ikhlas kerana Allah..buat sajalah.. Allah tu der..kau jgn main2.. suruhan pemimpin pun kita wajib buat, apatah lagi suruhan Allah. kau takut kan kalau pemimpin marah, dan ambik tindakan undang2, tapi kau tak takut dgn Allah, dan undang2 Allah? balasan Allah?mungkin benda tu kau xnampak lagi, jadi kau tak takut..ingatlah, hari depan lebih dahsyat seksaannya)

3. "Awak salah tau, hukum org tak solat nie masuk neraka, syurga neraka Allah sahaja yg tahu.."
(bukan aku yg menghukum, tapi dalil Quran dan hadis nabi..)

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang orang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)


mari kita buat analogi :

Nabi kata : sesiapa yang tak solat, orang itu akan berdosa dan akan masuk neraka.
isunya : apakah Nabi tu suka-suki nak hukum orang lain berdosa masuk neraka? atau sekadar baginda memberi GARIS PANDUAN?

analogi lain, andaikan ana tidak bersolat, lalu enta pun sound ana. "Nora, kalau tak solat, nko masuk neraka"
isunya : apakah enta kat sini sedang menghukum atau sedang memberi GARIS PANDUAN yang Nabi cakap?

al-Quran dan as-Sunnah adalah garis panduan untuk kita berhukum. yang HALAL itu JELAS dan yang HARAM itu JELAS. jadi, benda yang tak betul memang jelas tak betul dan kita perlu kata benda tu tak betul.
 

4. "saya tak solat bukan bermakna saya jahil..saya bukan nak kejar syurga neraka tapi nak cari redha Allah"
(nak cari redha kok celah mana kalau tak solat? solat nie perkara pertama yg dihisab.. kalau kau la, kau suruh buat sesuatu tapi aku tak buat..kau bagi macam2 kat aku, kau sediakan aku tempat tinggal, makan minum, saat aku sakit kau jaga aku, tapi benda kecik yg kau suruh aku buat, aku tak buat, apa yg kau rasa? kau redha ke? )

5. "aku sibuk, tak ada masa, tak sempat nak solat"
(kamon la bro..tuhan bagi kat aku masa dalam sehari 24 jam. ke tuhan bagi masa kat kau 5 jam je? sibuk mana pun, xkan 5 minit 5 waktu xboleh nak luangkan? memang jenis tak ambik berat sal solat, memang macam tu..tp org ustaz2 ada pulak masa)

Bila aku berdepan dgn manusia2 lagu nie, kecik besar kecik besar je rasa.. org lagu nie, memang patut kena sedasss dua.. Sabar , Nora sabar..itu bukan caranya.. mereka itu pintu hatinya sudah tertutup dgn hidayah Allah. kita hanya perlu menyampaikan, bukan memaksa.. hidayah milik Allah.. kita sudah jalankan kewajipan kita untuk membimbing, berdoa agar Allah membukakan pintu hatinya..mereka tak rasa sebenarnya hati mereka hitam..

saya menulis bukan bermakna saya sempurna segalanya..sekadar menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi.. :-).. pesanan untuk diri sendiri, terutamanya... dan para silent reader.. semoga beroleh manfaat.. maaf, kalau terkasar..peace, no war~


6 comments:

azwa amani said...

solat itu kata dasarnya dari silah (hubungan).. dngn solat kita berhubung dgn Allah secara direct..

`sudah tiba masanya kita solat dalam erti benar-benar solat.. kefahaman Al-Fatihah yg paling utama untuk mendapat kemanisan dalam solat..

`kerana apa yang kita perlukan di dalam kehidupan sebenarnya sudah ada di dalam Al-fatihah.. cuba dalami maksudnya dan waktu baca dalam solat, barulah kita rasa rendahnya diri kita yg memerlukan Allah dalam segala urusan... mudah-mudahan kamu org yg terpilih untuk cintaNya.. kerana umat akhir zaman ini hanya sedikit yang bersyukur dan beruntung.. :)

Nora_Aniza said...

Amani, kalau entry ni salah kat mana2, mohon nasihat. mungkin amani lebih pakar :-)

shahfalah said...

Tinggal solat bermakna putus hubungan dengan Allah...Jika sebuah negara putus hubungan,apa akan jadi? Iraq PUTUS hubungan dengan Amerika..maka berperanglah mereka.Manusia putus hubungan dgn Allah? Fikir la sendiri kan.

Amalan atau kebaikan lain TIDAK diterima jika SOLAT diabaikan...

Entry ini sangat baik..Kena dengan golongan2 yg Kononnya Moden sehingga abaikan solat...

azwa amani said...

xde salahnya.. betul :) keep it up ye :)

zOeY zAu YaH said...

terasa syg kalau tgglkan solat.itu masanya kita berhubung dkt dgn allah..berdoa dan meluahkan segalanya waktu tu..rasa rugi sgt2 untuk sesiapa yg x bersolat..smoga kita semua dibukakan hati dan dikuatkan iman supaya terus bersolat untuk kejayaan dunia akhirat..amin...

Nora_Aniza said...

em..masa solat nie pntg. guna masa solat biar berkualiti.