Pages

Sunday, February 26, 2012

Kalau tak jadi cikgu, nak jadi apa?

Sejak akhir-akhir ini timbul isu posting. Ramai yg dah posting, ada yg sedang menunggu. Kalau tak jadi cikgu, nak jadi apa? Kamon la.. janganla menyempitkan fikiran kita tu.. banyak lagi benda yg kita boleh teroka.

Kalau saya..

Berkahwin..hehehe.

berkahwin dan jadi surirumah sepenuh masa...
inilah cita2 murni dan matlamat utama saya
kalau boleh sekarang pun nak kahwin terus
tapi nak buat macamana kan, terikat dengan kementerian pelajaran
kalau kahwin tak amanah pula..
kata ustaz, jangan mempergunakan agama untuk nafsu..
baheklah! kalau begitu, sebaik sahaja saya habis belajar saya terus kahwin..boleh?hehehe
 nampaknya, MR. XXXXX sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengahwini saya..
hemmmmm (*letak tangan atas dahi, mata tengok atas)


Aish..saya akan jadi surirumah yg terbaik untuk dia..
pagi2 saya akan kejutkannya dengan penuh cinta dan romantis
menggosok bajunya..menyediakan sarapan untuknya..
dan bila dia balik kerja,
makanan sudah terhidang di atas meja..dengan satu senyuman yg paling manis dari isteri tercinta..
hahaha...aaaaaaaaaaaaaaaaa..
dan banyak masa boleh kami habiskan bersama2..
menjaga, mengasuh dan mendidik anak2nya..
perrrggghhhhhhhhh!!!!! ayat xtahan..hihihi

Jual kain

kalau mak saya tak bagi kahwin,
kompom la dia suruh saya jual kain..
mak saya mengamalkan gaya kepimpinan autokratik
saya pula anak yang patuh..
"baiklah mak..baiklah, baiklah...."
hihihihi..
memang tak sehebat cikgu
tapi sepanjang saya tolong mak kat kedai,
pendapatannya dalam sebulan RM3000 +++
bolehla setakat banglo sebijik, kereta 2 bijik, van sebijik, motor 4 bijik..
lebih kurang cekgu je..kalau rajin, pergi bekerja,
kalau malas tak de sape nak paksa..
boleh cuti ikut suka je..

Belajar Menjahit

nama lagi jual kain kan..
kena lah pandai menjahit..
sementara tunggu posting atau tak dapat langsung,
boleh belajar menjahit
kedai kami menjual pelbagai jns baju, dan menerima tempahan menjahit baju kurung, baju melayu
tapi oleh sebab saya nak lebih "advance"
maka saya kena belajar menjahit kurung moden, kebaya, tudung express dan langsir..
mane tahu kot2 jadi jutawan langsir kekg..
(angan2 je budak nih)

ok..tu jer yg saya nampak..hahaha
dan minta dgn Tuhan, semoga dimurahkan rezeki..
amin....

1 comment:

azwa amani said...

kahwin tu yg paling pentg..huhu