Macam tak percaya je kan. pejam celik pejam celik akhirnya aku berjaya jugak habiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di universiti idaman sejak dalam perut mak lagi iaitu Universti Pendidikan Sultan Idris, legasi tempat belajar keluarga kami dekad berdekad. Tepat pukul 5 petang semalam selesai sudah perjuangan aku menuntut ilmu di UPSI yang mana, ia merupakan hari terakhir ku di sini sebagai seorang mahasiswi. Aku tak sangka sepanjang pengajian aku di sini aku akan berkenalan dengan ramai orang, belajar banyak perkara, dan tak lama lagi aku akan bergelar seorang guru, harapan mak ayah. aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu, yang sama2 berjuang menuntut ilmu, mengejar segulung ijazah. juga kepada keluarga yang memberikan sokongan (terutamanya sokongan kewangan..hehehe), kepada tenaga pengajar dan seluruh kaki tangan UPSI termasuk pok gad dan makcik cleaner kerana sudi mencuci tandas membuatkan "TANDAS BERKUALITI HIDUP BERKUALITI".
Bila direnung kembali segala susah-payah aku di UPSI. Dari Pasir Puteh naik bas ke Tanjung Malim, dari pekan naik teksi kadang-kadang jalan kaki nak balik ke rumah/ kolej. bawa beg berat2, sorang2 pula tu. dari pintu selatan aku jalan kaki tak kira panas, tak kira hujan, tak kira pagi dan tak kira malam. segala esaimen yang bertimbun-timbun akhirnya berjaya jugak aku selesaikan dan mendapat PNGK yang sangat (memberangsangkan?). dan aku menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sesetengah pelajar kursus lain yang mengatakan bahawa bahasa melayu itu mudah. tak, sebenarnya ia bukanlah semudah yang disangka. ape ko ingat aku datang nak belajar tatabahasa ngan wat karangan je ke?
Alhamdulillah. aku berjaya melepasi semua halangan ini. sekarang banyak perkara tentang kehidupan aku sedang rancangkan. mahu menjadi guru, beli kereta, beli rumah, balas jasa mak je, bagi kat adik-adik, kawen, ada anak, naik pangkat hehe dan macam-macam lagi.
Tapi aku sedar masih banyak kekurangan pada diri ini. masih banyak ilmu yang aku kena cari. masih banyak buku yang nak kena baca. separuh perjalananku sudah berjaya, tinggal separuh lagi untuk capainya.
Comel-comel sokmo :-)
AMARAN! baca ini juga.
#Entry di atas hanyalah sekadar angan-angan sahaja kerana pada hakikatnya pengajianku di sini masih berbaki selama 2 tahun @ 4 semester lagi. Hak hak hak saje je nak feeling habis belajar macam orang "tu"... Mesti seronok!
#Aku tak sabar nak tunggu 2 tahun lagi untuk update benda nie.
#saje ngade2
# jangan maroh..
#Aku tak sabar nak tunggu 2 tahun lagi untuk update benda nie.
#saje ngade2
# jangan maroh..
No comments:
Post a Comment