Boring lah pulak hari nie. Esaimen dah siap semua maklumlah aku dah rajin semenjak masuk semester 5 ni. Sugar daddy selalu sibuk dengan program dia. Nak jugak aku keluar dan ushar empat lima orang pakwe untuk dibuat spare-part. Sugar daddy sibuk nak jadi pakar motivasi, aku pulak lebih suka kalau dia jadi cikgu jer.. Leh duk bawah ketiak bawah lemak 24jam.Walaupun aku tak suka, tak restu, tak berkenan dengan cita-cita dia tapi tak pula aku menghalang, dan aku tetap akan membantu kalau diperlukan. Hekhekhek. Ada ciri-ciri isteri solehah tak?
Time-time hujan macam nie, asyik melayan perasaan. Duduk di tepi tingkap melihat air-air yang menitis sambil menikmati mee maggi dan nescafe panas. Buka laptop dan tengok gambar sugar daddy. Tengok gambar-gambar kami makan-makan dan jalan-jalan. Buka blog dan tengok semula aktiviti jalan-jalan kami. Tersentuh tak dengan ayat jiwa aku nie? Haha
Pada entry yang lepas aku ada bagitau tips nak dapatkan berat badan ideal adalah dengan cara makan banyak-banyak kemudian jalan banyak-banyak. Memang kami pemakan dan pelahap. Bila makan licin tak tinggal baka. Selalunya kalau aku tak habis, dia yang akan habiskan. Dan selalunya kalau makan, aku ambik semua lauknya dia makan nasi ngan kuah je. Heeeeee... Best!
Kalau makan sup, aku yang akan habiskan isi ayam, sotong, udang dalam mangkuk dia. Dia pulak hirup je sup. Kalau makan nasik pulak aku ambik lauk dia dan dia ambik nasik aku. Heeeeeee.. Best!
Masa sugar daddy berbuka puasa kat rumah aku, aku masakkan ayam tumis. Aku masa tu tak tahu pun yang dia nak datang, aku tumis bodoh-bodoh jelah. Pastu dia makan dengan banyak sekali dan kata sedap walaupun aku sendiri makan rasa macam nak muntah. Hahaha... Best!
Masa dia temankan aku balik TGM, malam-malam dan aku pulak sorang-sorang, sempat kami makan kat KL Sentral. Walaupun tak lapar, tapi bila tengok muka dia je aku rasa nak makan. Nak makan orangnya tak boleh jadi makanlah makanan yang wajar bagi seorang manusia biasa. Hahaha.
Sebelum keluar dari UPSI ni dan selagi bergelar seorang mahasiswa yang tidak menentang AUKU, aku nak jalan-jalan dulu puas-puas. Bila jalan-jalan mula lapar. Pastu makan-makan. Nanti dah kerja dah kawen sibuk pulak dengan kerja sekolah. Sibuk ngan anak. Jadi semasa muda remaja, sihat walafiat dan sedang kencang ini lah masa untuk kita round-round dan merended (rujuk kamus bahasa Tamil) dengan sugar daddy.
Biasanya aku yang akan cari ape aktiviti yang aku nak buat, ke mana aku nak pergi, berapa bajet yang ada, dan beliaulah yang akan atur semuanya dari segi pengangkutan dan....belanja. Tak payah fikir benda lain, fikir nak je dan dengan sugar daddy semua impian akan jadi kenyataan. Oyak je nak ape-ape ngan dia pasti dapat. He-he-he.
Abang, nak kawen leh tak?
Dan sebelum aku mengakhiri entry yang mengarut ini aku terfikir adakah aku perlu tekan publish ke tak? OK, aku tekan ye.
Comel-comel sokmo :-)
1 comment:
hehehe..insyaAllah..nanti kita naik flight sama2 plak ye..hehe.. kalau boleh, nak jalan2 sokmo dengan za...
OK lah..take care ye my dear...
salam..:-)
Post a Comment