Pages

Monday, December 10, 2012

Aktiviti Hujung Minggu : Jalan-jalan Genting Highlands dan..... macam biasa, Alamanda

Panjangnye tajuk...wahhh..banyaknya duit.. asyik jalan je kan...hihihi..

Ok nie kali pertama aku ke genting..sebab tak de orang nak bawak. kali nie percutian kami berdua, gi bercinta sambil nyanyi joget lagu kuch-kuch hota hai tempat sejuk kan.. dan kali kedua sugar daddy gi, kali pertama dia gi sebelum sunat. whateverlah awak! haha

kami ke sana guna pengangkutan awam je. tapi lain kali sumpah tak gi. kalau nak gi dengan kenderaan sendiri kena spare minyak petrol banyak2.. aku gi kul 10 lagi kat KL Sentral tapi sugar daddy sibuk menguruskan "skandal" dia terpaksa pergi lewat itu pun dah pukul 1.30 petang. Silap besar kat situ, bila sampai terpaksa terkejar-kejar.

Aku yang salah sebab tak beli tiket awal-awal. sebabnya tak pandai. nak beli tiket pun tak pandai nak oyak. hehe.

Sampai sana pukul 3 petang sebab jalan jem. Pastu nak kena beratur lagi naik kereta kebal kabel. beratur sampai 2 jam sebab hari minggu, orang ramai. aku pelik la. orang lain sibuk je nak datang. time aku gi lah mereka nak gi.. aku nie memang la tak pernah sampai ke sini.

Bukti di tempat kejadian :

Perhatikan pasangan cina di belakang sugar daddy sebab dia akan menjadi salah satu watak di dalam cerita ini.


Ramai kan orang.. =(


Syukur dilahirkan sempurna fizikal, cantik dan manis walaupun pada pandangan sendiri.. ahakss..

ye. saya nak menunjukkan kulit muka yang sihat. rahsianya minumlah air sebanyak-banyaknya. tahi lalat di tepi bibir sebagai tanda cakap banyak. yeah right!

Setelah 2 jam beratur akhirnya kami berjaya naik kereta kebal. Gayat, takut, excited, macam-macam ada.


Masa naik tak berhenti istighfar, baca doa termasuk doa makan, doa tido dan alif ba ta.


Gayat. Dalam otak pikir macamana la kalau jatuh kat sini.. Dah la tak bertaubat lagi. Huhuhuhu..


yeay! kat bawah inilah pasangan cina tadi. mungkin dari China sebab tak pandai cakap bahasa malaysia. oleh sebab takut maka aku pegang tangan yang perempuan tu, haha. (perhatian : ini bukan tun siti hasmah, jauh lagi rosmah mansor)


 kami dah sampai. akhirnya berjaya menggapai awan. bulan dan bintang je tak capai lagi. =)



Okeh, kami tak banyak masa sebab kena balik cepat. Jadi kena jalan cepat-cepat lepas angin nak joget kuch-kuch hota hai dulu.


Rani Mukherjee sedang menunggu Rahul untuk berjoget.

Tum pase air... haha
Hah, semua Chinese, Japanese Koreanese, Pakistan dan Mat Salleh menjadi kameraman kami pada hari nie



Merasai hawa sejuk semulajadi.. Ok lepas nie aku tak datang sini dah. Penat. Kena banyak jalan dan tanya-tanya orang tempat tu kat mana tempat nie kat mana.. Malu bertanya sesat jalan. =)


Kami tak masuk. takut bayar tapi tak berbaloi. sebabnya? sebab aku penakutt..pernah main di Sunway bayar bukan main ghairah tapi takut nak main. Dan tujuan utama kami datang ialah nak ke..... Snow World!!!


Masuk cuma RM25. Kite akan diberikan baju sejuk, kasut but dan sarung tangan. Yang sedihnya tak ada gambar untuk diabadikan dalam blog, sebabnya dilarang membawa masuk kamera dan hepong. Nak bergambar ngan hepong tak boleh sebab hepong kami same2 "canggih". Kameraman dia bukan main ghairah ambik gambar kita kat dalam tu, bila kita dah keluar, kalau nak gambar tu kena bayar RM40 sekeping. Gambar 8 keping jadi RM320.. Gila, cekik darah betul. Baik aku wat beli buku ke, derma kat Palestin ke, buat modal niaga ke.. letak tabung haji ke.

Jadi oleh sebab tak boleh abadikan dalam bentuk gambar, biarlah aku abadikan dalam bentuk "words" jer. Mula-mula masuk, sejuk sangat sampai sesak nafas. Darak mugo. biasalah kita kan orang malaysia tak biasa dengan salji-salji walaupun salji buatan. Rasa masuk dalam peti dengan suhu -6 darjah celcius. Pastu kite pun main salji lah, macam dalam cerita Winter Sonata tu lah..hehe..

Bukti di tempat kejadian :


Beberapa jam sebelum masuk bergambar dengan gajah pink biru ni. agak-agak perempuan ke lelaki eh dalam ni? dia ramas-ramas tangan aku, dia pusing-pusing kepala aku.




gambar dari luar je boleh ambik. huh sedih betul.

Pastu. kami datang tak beli tiket balik pun. kul 9 malam pergi tanya tiket bas dah habis semua. kami berpandangan antara satu sama lain. macamana nak buat? nak bermalam kat hotel ke? hah...hotel? dalam kepala aku, satu hotel ka, dua hotel ka.. banyak sangat duit awak nak ambik dua bilik? kalau nak tido hotel aku nak yang ada swimming pool ngan jakuzi dalam bilik. sugar daddy kata saat-saat genting macam nie jangan nak ngada-ngada.

kami pergi tanya teksi ke KL sentral, dia cakap RM90. gila. lagi baik aku tidur hotel baru RM80 yang paling murah. esok boleh jalan-jalan lagi kat taman bunga atau ladang strawberi. kami buntu. akhirnya kami berjaya mendapatkan bas terakhir iaitu pada pukul 9.30 malam tanpa tiket. hanya menggunakan budi bicara driver bas jer. nasib baik bas tu tak penuh kalau tak, tak baliklah haku.

Pada pukul 10.30 malam sampai KL Sentral. nak balik Tanjung Malim dan terlalu lewat. train pun sampai kul 11 malam je. Jadi aku ke Putrajaya dan tido kat sana. Tido tak mengucap sebab terlalu penat.

Esoknya, aktiviti menghabiskan duit dengan membawa anak-anak ke Alamanda tengok wayang dan main game. Kami tengok cerita Life of Pi. besta very good! pemandangan dalam cerita tu Subhanallah sangat cantik.

Comel-comel sokmo :-)

No comments: