Pages

Tuesday, December 18, 2012

Kursus Kawen =)

Assalamualaikum.

lama giler aku tak update blog rasanya. semua orang mesej aku kat FB suruh update blog, tu baru FB dalam emel penuh notification mereka kata mereka rindu kat aku suruh cepat-cepat update belog. ada yg mandi tak basah tidur tak kenyang sebab rindu kat aku. isk,, dasat betul za!

baiklah. perenggan pertama aku tipu. xde sape pon nak baca monolog aku nie. hehe. aku sibuk jugak kebelakangan ini. minggu lepas aktiviti aku menghadiri kursus kawen dengan BFF. dia nak kawen bulan 3 nanti, aku pulak kawen lagi 3 tahun hihihi..

ya Allah, Berikan kebahagiaan kepada pasangan ini  amiiiin....

aci ar dia dah kerja aku pulak masih belajar calon pun xde, nak harapkan sugar daddy xtau lah dia. dia kata aku budak kecik baru datang haid jadi xleh kawen lagi. giler ann..



Eh-eh pandoknya Za. Ah..tinggi tak penting yang penting cantik. hak3..

apa pun jodoh itu rahsia Allah. janganlah awak-awak semua tengok aku detim saje duk tanya "bila nak kawen?" . aku sensitif betul soalan tu. jangan tanya macam tu. aku mana tahu bila aku nak kawen. sekarang pun aku nak. kalau kawen tu semudah pandu kereta auto dah lama aku kawen. tapi kena la pikir duit xde, mak ayah xbagi. 

pastu se lagi senang je duk oyak. "ala..kawen xyah pakai duit pun xpe". habih tu tak pakai duit nak pakai hape? nak bagi apa kat isteri sebagai tanda penghormatan? xcukup ngan batu 2 bijik, yang tu je ade la. haaaaaaaaaaa..kan dah mencarut.

sape kat sini yg kawen tak pakai duit? mas kawen dah berapa? hantaran berapa? makan-makan berapa? kalau yg tengah belajar nie tak mampu, sekurang-kurangnya kite tak mengharapkan sponsor orang lain atau menyusahkan mak bapak. kite yg gatal kite usaha sendiri.

masa aku gi kursus kawen hari tu ustaz ada kata hantaran bukan bermaksud jual body dengan harga ribu-riban tetapi sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada para isteri. selama nie duk jaga body untuk suami semata-mata. jaga diri, belajar tinggi-tinggi, beli deodorant, beli bedak lecu itu semua. sebelum suami sape yang tanggung? mak ayah kan. jadi kena la bagi hantaran tu sekurang-kurangnya yang perempuan boleh bagi kat mak ayah sebagai hadiah. kesian ayah penat-penat jaga anak dara dia. perempuan bukan mudah nak jaga, salah bentuk sikit buruk padahnya. bila ayah dah jaga molek-molek tak kan kite lelaki dengan sewenang-wenangnya nak ambik free2 je? macam tu? x betul x betul.

Kalau ada jodoh tu ada la.. lalalalalalalalalalalalalala ya habibi ya maulana...

Comel-comel sokmo :-)

No comments: