Pages

Sunday, December 2, 2012

Kahwin, pelajaran dan ibu bapa

Mak aku pesan..

"kalau nak ngorat, biasa orang puang dia cari hok dah kerja. tapi kalau setakat kerja biasa-biasa baik x yoh.. lebih baik ngorat hok sama-sama study kat UPSI, sekurang-kurangnya nanti dia jadi cikgu. walaupun masa study dia tak mampu nak belanje kito ape semua.."

"orang puang dia suke ar dapat boyfriend yang dah kerja, nanti dapat topap, makan free.. ada kete.. topap dan kete je dia tahu walaupun kete sekeheng (second hand)"

"kalau sama UPSI, insyaallah lambat bangat akan jadi cikgu jugak, sabar la setar (sebentar)"

"kalau yang kerja biasa-biasa nie, sekarang kita seronok-seronok. kekgi kita cikgu, kito yang sara dia, nok gitu?"

Lalu aku pun kate ok lah mak, ape-ape jer. Aku pun fikir macam tu jugak.

Lalu bertemulah aku dengan sugar daddy semasa aku semester 2 manakala beliau semester 5. Sekarang beliau sudah habis belajar sementara tunggu posting dan aku semester 5. 

Aku ajak beliau kawen tapi beliau tak serius bila cakap soal kawen mungkin beliau masih melihat diri ini masih budok kecik yang jalan pimpin tangan mak, baju raya mak yang belikan, maggi pun suruh mak masak. nampaknya keupayaan aku untuk berumah tangga diragui oleh beliau.

lagi satu tak berani nak bagitau mak yang aku nak kawen. yelah mak kan, mestilah mengharapkan wang belanja berjuta-juta. nampaknya lagi 10 tahun aku akan kawen sebab nak kumpul harta sebanyak-banyaknya terlebih dahulu.

sugar daddy pulak masih kata tak mampu walaupun aku dah offer hantaran sifar untuk dia. hah! nak cari kat mana perempuan yang macam ni? haha.

beliau berkata dengan gaji kecik macam tu masih tak mampu nak kawen. semalam aku jumpa budak tu umur 20 tahun suami dia kerja kilang je gaji 800 cukup-cukup untuk hidup di KL. walaupun masa nak bersalin terpaksa pergi ke hospital naik motor.

apa gatal sangat nak kawen? memang la. 

lalu bila melihatkan situasi macam ini aku bertekad untuk tinggal di rumah dan membuat latihan sintaksis bahasa melayu untuk masa hadapan yang lebih cerah. tinggalkan niat untuk berkahwin, dan tingkatkan usaha untuk mengejar anugerah dekan lagi. ada rezeki boleh sambung master kemudian phD kemudian tak kawen-kawen lalu jadilah aku seorang andartu.

dan bila semua orang tak nak aku berkahwin maka minda skema aku datang dan aku terfikir..

"mak aku hantar aku masuk universiti untuk belajar kemudian jadi cikgu, bukan untuk mengorat bercinta dan berkahwin.. sekurang-kurangnya balas dulu jasa mak yang selama ini mendidik aku sehingga aku sampai pada tahap ini. seorang emak bukan sahaja mahukan yang terbaik untuk anaknya tetapi juga mengharapkan anak yang dikandungnya, dapat juga mak tumpang, merasa rezeki anak...kalau kawen, nanti mengandung, kemudian extend semester, kemudian lambat habis, kemudian lambat posting, kemudian duk dengan mak jual kain, ape pun tak boleh bagi kat mak, malah menyusahkan mak lagi.. dan lagi..bukan setakat tak dapat balas jasa mak, duit nak kawen pun guna duit mak.lagi menyusahkan mak.."

Lastly tunggu je sape-sape yang serius utk kawen, dan terima sahaja sesiapa yang datang. jodoh itu terlalu sulit untuk diperkatakan. jadi aku memutuskan bahawa, siapa yang datang terlebih dahulu, dan serius untuk berkahwin..itulah jodoh aku"

ok bye-bye, tak dating lagi. aku nak buat latihan sintaksis! yeay!

Comel-comel sokmo :-)

No comments: