Pages

Monday, January 7, 2013

Kesimpulan Semester 5 dan Harapan untuk Semester 6

Aku nak beritahu yang semester 4 aku dapat anugerah dekan lagi. Anugerah dekan ye bukan sijil dekan. Sijil dekan setiap semester pun dapattt. Aku tak kisah ada suara-suara sumbang mengatakan aku belajar hanya untuk kejar dekan bukan kerana Allah. Hihihi lawak la.

Pastu ada jugak yang kata ambik BM je pun, senang nak dapat dekan. Hihihi lawak lagi.

Orang kalau dah dengki, semua pun nak dikata. Tahu-tahu je aku belajar sebab nak ambik anugerah dekan. Mula-mula aku masuk UPSI, semester 1 dah dapat dekan. Manalah aku tahu dekan tu ape. Pekan aku tahulah. Jadi aku telah dapat dekan. Adakah masa semester 1 tu aku belajar untuk kejar dekan sedangkan aku tak tahu langsung ape itu dekan. Hahaha.

Ada yang kata jugak dapat dekan setiap semester tapi tak tahu ape benda jugak. Baik. Yang ini aku akui kelemahan diri. Sebagai manusia biasa, aku masih dalam proses belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. Kalau aku tak tahu, aku harap ada orang nak tolong ajarkan, bukan menghukum menghina dan mengata. Aku sedar kekurangan diri ini dan kekurangan infrastrukutur kat kampung aku. Aku juga sedaya upaya mencari ilmu-ilmu yang lain terutama yang berkaitan dengan pendidikan.

Baik. Ada yang kata BM mudah. Cuba tanya pelajar subjek lain yang ambil minor BM. Linguistik tu broo.. Linguistik. Kami bukan belajar tatabahasa, buat karangan saje. Dan kadang-kadang kami tak pernah pun belajar membuat karangan walaupun nama subjek tu Seni Mengarang. Tolonglah fikir dalam lagi. Kalau nak belajar semua tu baik duduk kat sekolah jer. Dah la. Tak ambik sendiri mana tahu kan.

Baik. Semester lima berlalu dengan penuh duka. Tak banyak perkara yang menarik, cuma semester nie aku banyak jalan-jalan dan menghabiskan duit. Dan pada semester ini jugalah baru aku sedari yang selama ni aku telah diperbodohkan. Apalah nasib aku berjumpa dengan kawan sebegitu. Okey, next sem aku takkan bagi muka lagi. Aku tak rela diperbodohkan dan dipergunakan lagi. Ternyata kehadiran aku selama nie hanya sebagai jaminan kesenangan untuk dia, time aku susah dia tinggal aku, time dia susah dia nak numpang aku. Semua nak senang dia je. Xapa aku susah asalkan dia senang, tak apa aku siapkan esaimen sorang-sorang dia tumpang nama je. Baik. Semoga rezeki daripada jadi cikgu tu xberkat. Aku tak halalkan. (Jahat tak aku? Pasal dah penat jadi orang baik selama nie)

Harapan untuk semester nie, harap exam dapat markah tinggi-tinggi. 4.00 masih menjadi target walaupun tak pernah dapat. Aku tak henti berdoa, solat hajat untuk dapat cemerlang, nanti tak payah bayar PTPTipu. Mudah-mudahan. Aku pun tak rajin sangat kalau PTPTipu tu free. Tapi sebab PTPTipu tu kena bayar jadi kena usaha lebih la sikit. Nanti suami aku bebas daripada bayar, aku pun bebas jugak. Kaya tak kami? Kaya tak? Dua-dua pendidikan percuma hihihihi.

Semoga semester hadapan dapat dilalui dengan tenang, tidak banyak masalah walaupun  aku tahu semester hadapan ada kokurikulum, rancang thesis lagi.. Banyak benda nak kena siapkan. 

Dan kepada kawan-kawan aku, terima kasih sebab ada untuk aku di kala suka dan duka. Rupanya dalam berkawan, kita kena juga pandai pilih kawan. Selama nie aku tak pernah berfikir sedemikian kerana pada aku, berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Rupanya aku silap. Hendaklah berkawan kerana Allah. Pilih kawan daripada jenis yang bertaqwa, kerana dia tidak akan tinggalkan kita, di kala susah mahupun senang.  Yang boleh mengingatkan sewaktu kita terleka, saling menasihati, dan saling membantu. Itu sudah cukup menjadi pengajaran buat aku.

Kepada sugar daddy, semoga cepat-cepat dapat posting. Sabar. Ada la tu rezeki nanti. Terima kasih sebab selalu ada walaupun bukan setiap saat. Terima kasih atas perhatian awak pada budak yang lapar kasih sayang nie. Heeeee.. Terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah. Sebenarnya, bukan hadiah mewah yang orang mintak tetapi perhatian, menemani, dan kasih sayang. Terima kasih sebab selalu bersabar dengan sikap yang selalu meroyan nie. 

Mak, terima kasih sebab selalu berdoa untuk kecemerlangan orang. Doa ibu sangat termakbul. Nanti orang balas jasa mak ek. Mak cakap je nak ape nanti orang belikan. 

Ayah, terima kasih kerana menjaga dan membesarkan orang, mencorakkan orang sebegini rupa, dan melahirkan orang yang cantik sebegini rupa ahakkkkksssss. Nak tengok orang jadi cikgu dah tak sempat, nak belikan ape yang ayah nak dah tak sempat. Hanya doa sahaja yang dapat orang kirimkan. Ayah duduk kat taman syurga tu elok-elok ye. Ayah jangan risau orang akan selalu berdoa, mengaji untuk ayah. Anak-anak ayah yang 10 orang lagi pun macam tu jugak. Bestlah ayah kan dapat anak ramai, dapat doakan ayah pulak tu. Hehehe. Orang pun nak anak ramai jugak, pastu nak didik ala-ala tentera, macam ayah didik orang. 

Bye semester 5, selamat datang semester 6. Lagi 3 semester nak habiskan ijazah nie. Tak lama dah. Rasa baru semalam dapat surat tawaran ke UPSI. he-he-he. Sekarang sukalah kan, nanti nak posting masalah pulak tunggu posting lama-lama. Hihihihi. Tak apa. In sha Allah makin lambat posting makin best sebab dapat jadi surirumah sepenuh masa terlebih dahulu, nanti dah kerja, mungkin kurang berehat dah. Peace.......................


Mission Kashmir : Berjanji pada diri, tahun nie jugak kena sampai sini. In shaa Allah. Ya Allah kabulkan doaku ini, aaaamiiiiiiiinnnnnnn.....

Comel-comel sokmo :-)

No comments: