Pages

Sunday, January 6, 2013

Tahukah anda sejarah Pol Pot

Halo halo. Wassup wassup.. Mila in da house. Teruskan membaca blog aku kerana entry hari ini sangat berinformasi, tidak seperti entry lain. hehehe.

Semasa aku sedang study untuk menghadapi peperiksaan sosiolinguistik esok hari, aku terbaca nota yang mengatakan tentang faktor-faktor pertembungan bahasa. Tapi dalam nota cakap macam tu je, dia kata Pol Pot menyebabkan masyarakat Kemboja melarikan diri ke Thailand dan Malaysia. Esok aku nak hurai panjang-panjang jadi aku kenalah menggoogle sendiri maklumat tambahan. (Baiklah. kenyataan ini membuktikan bahasa aku ambik ISMP Bahasa Melayu bukan belajar tatabahasa semata-mata seperti dakwaan sesetengah pihak)

Tentang orang Kemboja di Kelantan (Fakta bukan auta)

Kawan-kawan aku banyak juga dalam kalangan Kemboja, yelah mak ayah aku kan meniaga, ramai Kemboja menceburi bidang nie. Sampai ada orang panggil aku Kemboja. Xpe, xkisah. Orang Kemboja cantik-cantik dan hensem-hensem u! Hahaha.


  1. Rumah mereka agak dhaif, tetapi sebenarnya duit mereka banyak. Mereka x boleh buat rumah, sebab bila-bila masa je akan dihalau, sebab duduk atas tanah haram. 
  2. Agama dalam diri mereka, tak macam agama kita. Mereka sangat beragama. Yang perempuan sangat bersopan santun, menutup aurat dan yang lelaki sangat alim. Mereka sekolah pondok.
  3. Letak nama anak dengan nama baik-baik, nama-nama Nabi contohnya Yusof, Abdullah, Ismail, dan mereka panggil anaknya dengan nama penuh contohnya nama Ismail tak panggil Mail (Xde maksud nama tu)
  4. Muka macam China, berkulit putih dan sangat cantik dan hensem.
  5. Rajin mencari rezeki sebab kesusahan hidup.
  6. Kalau kerja dengan kerajaan pun, gaji mereka jauh lebih rendah daripada warganegara Malaysia.
  7. Fasih berbahasa Melayu Kelantan.
  8. Hidup di sana tak ada penyaikit kencing manis mahupun darah tinggi, tetapi mati sebab kurang zat makanan je.
Pernah juga aku tanya mak aku, kenapa mereka datang sini. Mak jawab perang pada tahun 1975, diorang lari kat sini. 

Jadi untuk menunjukkan sejaraj ini menarik, biar aku bagitau dulu kekejaman Pol Pot nie, pastu aku ceritakan siapa Pol Pot nie.

  1. Sebarang bentuk ritual agama tak dibenarkan seperti solat, puasa, menutup aurat termasuk agama Kristian dan agama Buddha. (Hal ini kerana Pol Pot berfahaman Komunis. Agama Islam diutamakan kerana agama lain tidak nampak sangat amalan mereka)
  2. Para ulamak dibunuh. Daripada 113 ulamak terkenal, hanya 20 orang yang terselamat. Anggota Jabatan Mufti diculik dan dibunuh.
  3. 132 masjid dijadikan kandang babi. al-Quran, kitab dan mukaddam dirampas dan dibakar. Umat Islam yang menyimpan al-Quran diseksa dan dibunuh.
  4. Rakyat hanya boleh mendengar siaran radio Pekin sahaja (Beijing).
  5. Rakyat yang bekerja sebagai nelayan, ikan mereka dibeli dengan harga murah oleh koperasi milik Khmer Rouge. Jika nelayan memerlukan makanan keluarga, hendaklah dibeli di koperasi dengan harga yang berlipat kali ganda lebih tinggi.
  6. Penghapusan etnik Cham. Hanya kaum Khmer sahaja yang mahu ditinggal di Kemboja.
  7. Pembangunan, kemajuan dan orang terpelajar, alim ulamak dihapuskan.
  8. Rakyat diasingkan. Rakyat yang mengaku sebagai Cham diikat dan dihambat ke padang penyembelihan. Mereka disembelih dengan menggunakan pisau tajam. Ada yang dipukul sehingga mati.
  9. Anak kecil dilambung, direjam dengan pedang. Dihantuk kepada ke pokok sehingga mati.
  10. Dipaksa makan sup babi sebagai bukti kesetiaan kepada perjuangan Komunis. 
  11. Bahasa Melayu-Champa tidak boleh digunakan. 
  12. Wanita Islam dilarang menutup aurat, dilarang bertudung, bersanggul dan memakai baju kurung. Lelaki dilarang berkopiah dan berserban. Semua dipaksa memakai pakaian hitam.
  13. Mengesat najis menggunakan naskhah al-Quran.
  14. Merampas bayi dari ibu-ibu mereka dan dihentak ke dinding sehingga mati.
  15. Gigi-gigi mangsa dicabut ketika masih hidup.
Ee.. jahatkan. Bersyukurlah di Malaysia, pemimpin kita tidaklah sejahat itu, tetapi masih bebas mengamalkan agama Islam walaupun aku hanya macam nie (mmmmm bermuhasabah diri). Sama-sama kita menyelamatkan Malaysia daripada pemerintahan pemimpin yang zalim.

Siapakah Pol Pot? Claypot yang sedap tu ke? 


Beliau dilahirkan di Wilayah Kompong Thrum pada 19 Mei 1925 dengan nama Salothi Sar. Beliau daripada keluarga yang berada dan menjadi Perdana Menteri Kemboja pada 1976 hingga 1978. Ketika berkuasa, negara itu dikenali sebagai Kempuchea. Pol Pot juga sangat rapat dengan keluarga diraja sejak kakaknya menjadi gundik raja.

Beliau lulusan kolej dan sekolah teknikal sebelum melanjutkan pelajaran ke Perancis dan menjadi sukarelawan briged buruh antarabangsa untuk membina jalan di Yugoslavia pada 1950. Ketika di seberang laut, Pol Pot terbabit Komunis Perancis – pergerakan antipenjajah yang menyokong perang Vietnam menentang Perancis. Beliau kemudian menyertai gerakan rahsia komunis dikenali sebagai Cercle Marxiste yang kemudian mengambil alih Persatuan Pelajar Khmer pada 1951.



Berikutan gagal peperiksaan, Pol Pot terpaksa kembali ke Kemboja pada 1953. Dalam beliau mengajar kesusasteraan Perancis dan sejarah, beliau kembali menjadi penghubung antara parti politik seperti Demokrat dan Pracheachon dengan gerakan komunis bawah tanah. Pada 1960-an, Kerajaan Kemboja menahan anggota Pracheachon dan Pol Pot bangkit serta-merta menjadi setiausaha parti komunis.

Pembabitan dalam gerakan komunis mendorong beliau melarikan diri ke Vietnam di mana beliau menubuhkan gerakan Khmer Rouge. Pol Pot mula berkuasa di Kemboja apabila ibu kotanya, Phnom Penh ditawan pada 1975. Parti itu memulakan matlamat untuk membendung kapitalisme dengan memindahkan semua warga kota itu ke kawasan luar bandar. Wang tidak ada nilainya lagi. Makanan dan pelajaran digerakkan secara berkelompok.

Pihak yang menunjukkan penentangan akan dibunuh secara kejam. Daripada lapan juta penduduknya pada 1975, dua juta daripadanya dibunuh. Kemunduran mencetuskan krisis kebuluran, namun mereka enggan menerima bantuan asing.

Pada 1978, Vietnam memasuki Kemboja dan menyebabkan Pol Pot melarikan diri ke Thailand. Beliau menghabiskan 20 tahun tinggal di kem dalam hutan di sempadan Thailand-Kemboja. Pada 15 April 1998, dia diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika. Pol Pot yang menghidap penyakit Hodgkins dan barah serta lumpuh, dilaporkan mati ketika tidur. Persoalannya ialah adakah beliau mati kerana penyakit atau membunuh diri.


Comel-comel sokmo :-)

1 comment:

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum, salam perkenalan.

Terima kasih, atas sharing yang menarik.

Pol Pot memang kejam. Saya pernah ke sana atas trip khidmat masyarakat. Sedih sangat tengok keadaan rakyat terutama umat islam. Dalam satu kampung tu, rumah orang islam kebanyakkannya pondok-pondok dan kecik-kecik je. Ada jugak rumah besar, tangga tinggi. Tapi, rumah non-muslim. Not sure apa anutan agama dorang.

Tourist Guide bawak kitorang ke Penjara dan jugak Killing Field. Seram sejuk tempat nie. Walaupun sejarah dah lama berlalu. Tapi, tanah yang pernah menjadi pertumpahan darah manusia akibat kekejaman Pol Pot tetap terbau-bau darah mangsa korban.

Sebaik balik dari lawatan,saya demam dan terbayang-bayang kekejaman Pol Pot. Mungkin jugak kebetulan, perubahan cuaca. Cuma pesan tourist guide, siapa yang lemah semangat dinasihatkan untuk tidak ikut masuk ke dalam penjara nie.

Dasyat sangat.

Terima kasih Nora Aniza.