Malam nie aku rasa sangat tak bahagia. Ada pakwe macam tu, ada kawan macam nie, adakah ini salah aku, atau salah mereka? atau adakah salah aku sendiri memilih insan-insan salah dalam hidupku yang ku sangka dapat menemani hidup ini rupanya sebaliknya? Sedih sangat malam nie, eh bukan malam nie je tapi setiap malam aku keseorangan, bersunyi-sunyi dan bersendiri-sendiri tanpa teman. pastu mula rasa nak dikir Cikgu Sulizi lagu Hatiku Hancur Relai dan Ku Nok Gi Duk Jauh dan Tok Bining Lagi.. Sekejap ye aku nak nyanyi..
Hatiku hancur relai, tengok mu duk di pelamin.. dale aku tok sedar.. mu doh jadi laki bini.. segala hajatku tok sapa.. segala hajatku tok sapa.. sengajo diriku mu tinggal..
dan satu lagi ye..
Ku nok gi duk jauh.. dekat pun tok guna.. mu huduh, sabit ku tok terimo.. doh jodoh tak dan kekal lama..
dan lagi...
sedihnyo raso.. ambo hidup sore diri.. umo sudoh tuo tapi tok bining lagi.. nok acu cuba,, suruh saing tulong cari.. biar tak dok rupo asal sajo banyak duit"
ok dah. lega.
jadi oleh sebab dah tak de sape-sape nak menghiburkan diri ini, maka biarlah blog aku yang menghiburkan diri aku sendiri..semua yg berlaku pasti ada hikmahnya. ya Allah aku setia berdoa dan menunggu hikmah itu, mane tahu lelaki idaman nak muncul dalam hidup aku dan menemani kesepian ini ahakk dan membahagiakan hidup ini, dan bila aku kata A, dia tak kata B, bila aku kata macam tu, dia buat macam tu tak buat lagu lain. hahaha.
dapat hok lagu nie sebulan dakap tak lepas haha gersang |
K la. dah la. daripada tulis entry macam tu lebih baik tukar je tajuk entry kan senang. nie nak citer tentang zaman kanak-kanak jadi benda lain pulak. ok tanpa membuang masa, dan tanpa menaip panjang-panjang, marilah kite sama-sama mengimbas kembali kenangan lalu =)
Masa aku kecik-kecik dulu, aku comel tau. mak dan kakak aku kata, aku jangok (suka mekup, suka berhias). masa kecik-kecik dulu aku suka pakai mekup. mak aku akan belikan gincu yang warna hijau tu. bila kita pakai lama-lama dia akan jadi merah. hehe. pastu mak akan belikan eye shadow yang sekali dengan blusher tu. pastu celak kening.
Pastu aku nie kalau nak keluar rumah, kena pakai baju kurung atau baju kebaya, pakai bedak dan mekap pastu kena pakai tudung. kalau tak jangok aku takkan keluar rumah hahaha.
Aku suka sangat menyanyi lagu dangdut masa tu, lagu Amelina dangdut. hampir semua lagu Amalina dangdut aku ingat dan hafal hehe.
Masa kecik dulu, aku memang suka mencuba sesuatu yang baru, al maklum sedang meneroka. masa aku umur 7 tahun, seingat aku, aku ada cita-cita nak jadi doktor. jadi aku telah tangkap seekor anak ayam, kemudian aku belah dadanya dengan pisau kecik. dia hidup lagi masa tu, =( aku dapat tengok la organ-organ dalaman anak ayam tu. pastu tiba-tiba aku rasa menyesal dan rasa berdosa sangat-sangat. aku fikir aku akan ke neraka kerana perbuatan aku itu. kemudian aku solat dan berdoa kepada Allah agar mengampunkan dosa-dosaku terhadap ayam itu. lalu aku gali tanah dan tanam anak ayam itu dan letak dua batang lidi di atas kuburnya.
Selain itu, aku juga telah mencuba sesuatu yang baru dengan memasukkan bijik saga ke dalam lubang hidung. sehingga sekarang aku tak tahu kenapa aku bertindak sedemikian. lalu aku dibawa ke klinik dan Dr. Rahim telah membuang bijik saga yang terlekat dalam lubang hidung aku dengan menggunakan alat dia yang macam gunting tu.
Pada usia 5,6,7 tahun, aku memang suka mencuba sesuatu yang baru. kat kampung, ada satu permainan baling tin dengan menggunakan selipar, atau batu. macam bowling gitu la. masa tu, abang aku sedang main permainan tu. abang aku dah pesan kat aku, suruh aku lari, jangan masuk dalam garisan. tapi aku tak tahu ape2. jadi aku masuk jugak ke dalam garisan "bahaya" yang telah dilukis di atas tanah. aku nak tahu, kalau aku masuk, jadi ape? bila aku masuk, abang aku baling batu besar ke arah tin yang disusun tinggi itu. sebab badan aku kecik, batu tu terkena atas dahi aku. huh, nasib baik tak kena mata kalau tak buta sebelah mata.huhu alhamdulillah. lalu dahi aku berdarah. banyak sangat darah, sampai ke kaki, habis basah bajuku terkena darah. ayah membawa aku ke hospital kemudian Dr. Rahim cucuk kat punggung. sampai sekarang parut kat dahi tak hilang, parut tu ala-ala Harry Porter, haa macam tu lah.
Memiliki parut yang sama, adakah aku juga mempunyai kuasa magik macam Harry Porter? |
Semasa aku usia 7, 8 tahun, orang lelaki kat kampung suka usik-usik aku walaupun mereka tu dah besar masa tu, aku kanak-kanak lagi. mereka kata nak cium aku puas2 masa kecik sebab nanti aku besar diorang takleh cium dah. eeee bila aku besar, kakak aku cerita rasa geli nak muntah. bila aku jalan sekitar kampung, mereka panggil aku ziana zain. memang orang kat kampung kata aku ziana zain haha. gila la. aku masa tu tak datang haid lagi tetapi remaja lelaki dah ada yang nak ushar2 hahahaha..
Masa kecik, aku memang kecik. mungkin sebab lahir pada hujung tahun, menjadikan aku paling kecik dalam kalangan kawan-kawan. yelah, orang lain tadika umur 6 tahun, aku masuk tadika baru umur 5 tahun. sebab tu manje, mengada-ngada, kuat menangis, tak lasak hehehe. aku ke sekolah tadika jalan kaki je tau. jarak lebih kurang 1.5 km. jauh tu...nape la mak ayah aku kasi aku jalan jauh macam tu. bila balik, lalu ikut ladang getah. aku ngan sepupu aku dan budak kampung aku yang aku panggil mereka Pisah dan Kaklong. tapi mereka pembuli. bila balik sekolah, mereka berdua akan berpimpin tangan kemudian berlari dan meninggalkan aku sorang-sorang. pastu aku menangislah. bila aku menangis kuat-kuat barulah mereka berhenti dan patah balik dan jalan sama-sama dengan aku. jahat la awak berdua nie. sekarang kita tengok sape paling berjaya? (ceyy..berlagak hahaha).
Masa tadika, cikgu selalu bagi kita susu tin kan.. untuk dibawa balik. dan aku masih ingat aku bawak tin susu yang berat tu balik umah dengan berjalan kaki. kalau aku penat bawak, aku gelek je tin susu tu atas jalan tar.masa tadika, aku ada kawan baik nama Faizah. dia sangat cantik. dan kecik je. sama saiznya dengan aku. dia suka pakai maxi dress, aku pun macam tu jugak. hehe. bila ke tadika kami rasa kami macam princess dan anak patung. antara kenangan yang aku dengan dia yang tak dapat dilupakan ialah, masa makan, cikgu sediakan nasi dengan ikan sardin. dia ajak aku makan tulang ikan sardin. aku bagitau dia, tak nak lah nanti terlekat tulang kang haaa..sakit. haha. dia kata, nak jugak. jom la jom la. aku kata tak nak. pastu dia menangis. haha xde motif betul.
pastu sejak kecik lagi aku suka melukis. dalam kelas tu penuh dengan lukisan aku, yang cikgu tampal. bila aku darjah 4,5, lukisan tu masih ada dekat tadika tu, oh terharunya saye cikgu..hehe. masa kecik-kecik, sebab suka sangat melukis, aku akan main lukis2 dengan adik aku. lukis bukan kat kertas tau, tapi kat tanah. kalau tanah tu pasir warna kuning tak jadi, kena cari pasir tanah yang warna hitam tu. kami melukis menggunakan ranting-ranting kecik. macam-macam lah kami lukis orang, kami lukis rumah, kami lukis corak hehehe.
sebab suka melukis jugak, aku akan beli kertas lukisan banyak-banyak kali. aku nak beli takut mak marah. jadi aku ke kedai depan umah aku, aku beli dan aku selitkan kertas tu ke dalam dalam baju aku. aku letak kat pinggang skirt yang aku pakai. kemudian masuk bilik, kunci pintu dan yeay dapat melukis!!!!!!!!
sebab suka melukis jugak, aku akan beli kertas lukisan banyak-banyak kali. aku nak beli takut mak marah. jadi aku ke kedai depan umah aku, aku beli dan aku selitkan kertas tu ke dalam dalam baju aku. aku letak kat pinggang skirt yang aku pakai. kemudian masuk bilik, kunci pintu dan yeay dapat melukis!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment