Assalamualaikum.
Betapa sedih hati aku bila mengetahui seorang teman aku yang terpaksa dirahsiakan identitnya mengandung 6 bulan. Kalau orang lain, berkahwin dengan sambutan yang meriah, dengan kehadiran sanak-saudara, kawan-kawan, tetapi tidak bagi beliau. Aku memahami situasi yang beliau hadapi sekarang. Percayalah, aku masih berfikiran terbuka kalaupun orang lain masih menghukum di atas keterlanjuran. Meskipun aku sendiri tidak pernah menghadapi situasi sebegitu tetapi aku juga manusia yang sering melakukan kesilapan. Setiap kali aku melihat dosa yang dilakukan oleh orang lain, membuat aku kembali merenung diri sendiri. Aku perlu melihat kepada dosa dan maksiat untuk menginsafkan diri yang serba kekurangan ini.
Aku juga tidak baik. Selama ini aku cuba memperbaiki diri. Aku terlalu taksub ingin mengubah apa yang aku tak boleh ubah iaitu menjaga aurat dengan baik. Tetapi aku lupa, pakaian hanyalah luaran tetapi apa yang perlu dibersihkan terlebih dahulu ialah dalaman.
Aku takut melihat zina yang berleluasa. Aku menjadi takut dengan istilah "couple" kerana zina tidak mengenal sesiapa. Manusia terlalu bernafsu untuk itu, dan disalurkan melalui ikatan yang tidak sah.
Aku selalu ingin menjauhi "couple". Aku juga terfikir, kalau tak "couple" masih berkawan dengan lelaki. Bila berkawan masih ada bertumbuk tampar, bergurau senda, tambahan lagi belajar di universiti menuntut kita belajar secara berkumpulan. Tapi, bila bersama "kawan", kita tidak merasa dosa itu. Status "couple" membuatkan rasa berdosa meskipun si dia hanya menelefon bertanyakan khabar. Astaghfirullah..
Comel-comel sokmo :-)
No comments:
Post a Comment