bila tengok gambar nie, aku bayangkan aku anaknya. dan ayahnya ialah ayahku. agaknya apa yg aku rasa masa tu? mestilah sakit kan. ya. sakit memang sakit dan tak boleh nak gambarkan betapa sakitnya.
tapi tahukah anda bahawa seorang ayah ada kuasa magik. kalau sakit, kita bersama ayah kita secara automatiknya menjadi tak sakit. kalau aku takut, pada masa yang sama ada mak kat tepi, aku akan rasa tenang. (takut kat mak tu lain cerita).hehe.
kalau mak cakap buat, terus aku buat. kalau aku nak buat sesuatu, aku akan mintak restu mak. kalau aku buat jugak tanpa mintak restu mak, seakan-akan tak menjadi rancangan aku tu.
mak nak guna kereta jap nak gi jalan2. kalau mak kata boleh baru pergi dengan suka hati. tapi kalau dia kata tak boleh dan curi-curi keluar, maka musibah melanda. kereta langgar lembu lah, jam tangan hilanglah. minyak kereta habis lah. macam-macam.
tapi kalau keluar dengan izin, tak payah nak pikir tentang semua tu. kalau bagitau awal-awal nak keluar ke mana, ngan sape.. kalau terjadi apa-apa pun boleh call mak. dan dia tak marah dah.
sebab tu aku jenis tak reti nak menipu. aku tak pandai nak simpan rahsia. aku takut rahsia terbongkar jadi aku bukanlah jenis yg suka berahsia dan aku langsung tak ada rahsia. haha.
xde motif entry nie. tapi itulah kelebihan ayah dan mak. segala perkara yang kita tak mampu buat, dengan sokongan mak dan ayah, kita akan menjadi mampu. hebat kan? =)
Comey-comey sokmo =)
No comments:
Post a Comment