Assalamualaikum para peminat semua. Hahaha. Baik, aku perasan ada peminat kan? Kalau macam tu, para musuh-musuh di alam maya semua. =)
Sejak duduk di rumah baru aku selalu memasak. Rasa macam berada di rumah sendiri pula ya. Hehehe. Malam nie, kami memasak kue tiow kungfu tetapi diberi nama kue tiow WTF sebab yang menggorengnya ialah fighter tae kwan do pemegang tali pinggang hitam yang bernama Cik Patin. Yang memotong sayur ialah Cik Zati, yang mengupas bawang ialah Cik Darweena. Yang membasuh kue tiow Cik Maryam, yang menghidang Cik Afza hehehe dan tukang tengok Cik Roza. Tukang basuh pinggan pula Cik Ina. Hehehe. Dan banyak lagi la tugas masing-masing. Semuanya spoting2 belaka sebab sudi habiskan dengan licin. Muehehehe. Sayang awak semua.
Mula-mula tumiskan bawang putih, masukkan ayam, masukkan air, masukkan stok ayam, masukkan sayur seperti kailan, bunga kobis, dan lobak merah. Akhir sekali masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Kemudian, pecahkan 1 biji telur ke dalam mangkuk. Masukkan kue tioe ke dalam telur itu tadi. Goreng seperti menggoreng telur dadar.
Letakkan kuah di atas kue tiow yang telah digoreng. Sedia untuk dinikmati. =)
Laku betul kan kue tiow WTF kami hehehehe. OK setakat itu sahaja resipi mudah daripada kami. Kami kenyang dan nak tidur, selamat malam.
Comel-comel sokmo :-)
No comments:
Post a Comment