Kawan baik aku (konon-kononnya lah) pernah memberitahu aku isi hatinya. Kata-kata beliau berbunyi sebegini.
"Aku rasa tak sabar untuk berkahwin. Bukan apa, pada aku sangat mudah wanita masuk syurga hanya kerana patuh suami. Aku tak sabar nak buat kebajikan pada suami, nak dibimbing seorang insan bernama suami"
Soal aku dalam hati, habis tu, kena ada suami dululah baru nak berubah? Kepada suami je ke kita kena patuh? Jangan la duk gedik sangat fikir nak cari syurga di bawah tapak kaki suami. Sebelum kawen pun dah layak mencari syurga, ada tuu di bawah kaki ibu. Xde istilah syurga di bawah tapak kaki pakwe okayy. Xpayah nak patuh sangat.
Nak patuh kat suami konon kan. Mak suruh belajar dulu tak nak, sibuk nak belaki. Mak suruh pakai tutup aurat, tak nak. Maklumlah, nak tunggu dibimbing suami, sebelum jadi suami jadi pakwe dulu kan, sanggup buat apa saja demi pakwe sebab patuh, Kat mak tak reti pulak nak patuh. Kat mak dah tak patuh, kat suami lagi lah kan. Kalau nak berubah, datang dari hati, bukan dipaksa suami. Kalau dapat suami baik tu okey jugak kan tapi kalau suami lebih kurang kau jer, sama je lah.
Last-last sebab patuh sangat kat pakwe, perut terbuncit ke hadapan. Nak cari syurga la kononnye kan. Maaf kalau terasa, tapi kalau terasa juga padanlah muka. Silalah sila hentam aku di alam maya, =)
Tak payah nak update status islamik sangat la kan, jangan nak menghalalkan apa yang haram. Selalunya tentang couple mesti update ayat yang bunyinya islamik la kan?
Comel-comel sokmo :-)\
No comments:
Post a Comment