Pages

Tuesday, April 16, 2013

Perasaan Menjadi Seorang Cikgu

Assalamualaikum.

dah lama benar aku tak update belog! belog belog belog! i really2 missssssss u!!!!!!!! hah! nampak tak, nampak tak betapa aku sayang pada belog aku melebihi segala-galanya. hahaha. walaupun belog tak famous, tak reti nak buat duit guna belog dan tak reti shopping online aku tetap sayang pada belog aku. ah. okey cukup menzahirkan kasih sayang setakat itu sahaja.

perkembangan terbaru aku. hmmm, aku dah masuk separuh semester 6. semester depan aku berpraktikum di SMK Datok Zulkifli Muhammad dengan Opie. sekarang aku sibuk dengan latihan drama, tesis dan kajian tindakan. baheklah! sebenarnya aku eksaited sangat nak cerita tentang "behind the scene" aku berlakon teater, nanti aku buat pada entry berikutnya ya. aku jadi watak guru besar, yang mahu mengkaji watak utama, iaitu Pahlawan Awang. aku penat tiap-tiap malam latihan aku tak menjadi. aku dah stress tengok muka pengarah yang selalu mengomen aku huhuhu. mula-mula aku dikatakan macam hafal skrip, pastu emosi tak masuk sekarang mata pulak. alahai. itulah, siapa suruh pilih aku kan. tapi xpe, pengalaman mahal tu.


ini gambar masa buat makro touching di SMK Ayer Lanas, jeli kelantan. aku aku dapat kelas hujung huhu memang cabaran. tapi seronok, mereka sangat mendengar kata. bila siap mengajar cerpen, aku rasa lega sangat-sangat. rasa tak cukup masa 40 minit yang diberikan. aku rasa bangga dan puas bila dapat mengajar daripada tak tahu, kepada tahu. itulah satu perasaan yang sangat indah bagi seorang cikgu. =). semoga keeksaitedan ini selalu ada dalam diri aku.

pelajar degil itu biasa, nakal. tapi yang penting cikgu kena berusaha untuk memandaikan manusia, dan memanusiakan manusia. in sha allah kalau ikhlas Allah akan bantu kite sepanjang menjadi guru ini. mengajar bukan kerana gaji, dan mengharapkan pahala semata-mata. tetapi cuba pula niatkan nak memandaikan murid, nak membantu orang dengan seikhlas hati. kadang-kadang, soal pahala kena letak kat tepi. hati kena ikhlas, ikhlas, ikhlas. okay.. wassalam.

Comel-comel sokmo :-)

No comments: