Pages

Friday, May 24, 2013

Luahan Perasaan

ya Allah. penat sangat hidup nie. semakin hari manusia semakin sibuk. tak tau apa yang manusia cari. bila kaya, nak lagi kaya. belajar tinggi-tinggi, ijazah berlapis-lapis.

satu demi satu kerja datang. tak cukup dengan perah otak buat esaimen, kena perah keringat lagi untuk latihan drama. sehabis drama, kena pulak buat latihan senamrobik, huhuuuuu loose skru lutut aku. itu pun aku frust cuti-cuti sekolah nie semua adik beradik ada kat kampung, aku je yang ada di perantauan. siap nak honeymoon kat terengganu lagi tuh. tak bawa aku ;(

semakin lama semakin bz..
lebih baik orang dulu. ada pensyarah aku bagitau, umat dulu solat 50 kali sehari. tapi tu dulu. sekarang 5 waktu je kan, itu pun hanya sempat buat yang wajib je sekarang nie. kata beliau lagi, orang dulu tak ada aktiviti sangat. tak ada the mines, tak ada alamanda, tak ada empire, the curve atau pavillion. bangun pagi, cari makan, kemudian buat @#$%^&^%$#@ je. OoooPPpppssssss..

pagi-pagi kuliah, perbincangan, esaimen, tesis. malam pula latihan. pukul 12 baru balik. barulah sempat mandi, makan. itu yang naik 3kg tu huhu. dan aku terfikir jugak, macamana kalau aku nie ada anak masa sedang belajar macam nie. ayoyoyoy..nyanyo ko anok aku kan. hehe.

penat la. sepenat-penatnya. untuk apa aku buat semua nie? tak baik kan fikir macam tu. meh dengar satu cerita.
semoga kisah ini menjadi teladan buat aku dan pembaca sekalian.

ada satu kisah, seorang lelaki yang kaya lagi sibuk. dia sedari bahawa kesibukannya menghalang dirinya daripada beribadat kepada Allah. (macam aku sekarang nie la, sempat buat yang wajib saja). pastu dia berdoa kepada Allah, dia nak kehidupan yang aman, bebas daripada segala kesibukan agar dia boleh beribadat dengan tenang. kemudian, lelaki kaya itu difitnah dan dipenjarakan seumur hidup. di dalam penjara, dia menghabiskan masanya hanya dengan meratap dan bersedih atas apa yang menimpa dirinya.

baiklah puan-puan. perasan tak ada perkara yang tak dibuat oleh lelaki kaya itu? Allah dah makbulkan doa dia dengan cara meletakkan dia di tempat yang jauh daripada kesibukan agar dia boleh beribadat. tapi, dia tidak sedar.

hmmm..
manusia sentiasa mencari.. cari apa ya.

Comel-comel sokmo :-)

No comments: