Pages

Wednesday, May 22, 2013

Pementasan Jejak Pahlawan

Alhamdulillah.

Pementasan drama JEJAK PAHLAWAN sudah berlangsung dengan jayanya. ceh skema giler ayat sejak jadi guru besar yang tak berapa nak besar. spek je besar. ah.lega rasanya bila habis sahaja pementasan. tak sia-sia berlatih setiap malam selama 12 minggu dan dapat bagi persembahan yang terbaik. bukan perasan tapi kenyataan. bukan aku lah yang terbaik tu, tapi pelakon lain. kadang-kadang aku rasa kalau aku xde dalam cerita tu x menjejaskan kronologi cerita pun..huhuuuu.. ayat belas.. tengok betapa humble nye aku kan? hehe.

Alhamdulillah krew Jejak Pahlawan dapat menghiburkan hati penonton. tak berhenti mereka gelak sebab lucu, sampai babak aku yang tak lucu pun mereka gelak jugak. dan aku nak berterima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir. yang mana bila aku duk atas pentas mereka duk jerit-jerit nama aku ZA! ZA! ZA! hahaha. tak sangka ramai peminat kan. kuang3.(syok sendiri adalah tabiat buruk yang sukar dikikis).

Aku puas hati sangat, apa yang penting persembahan kami adalah tulen, asli dan original. kami tak import pelakon luar, tak import penari luar. dan kostum kami pun biasa-biasa sahaja. aku nie lagi lah, cuma guna baju gi kuliah je. tapi hasilnya??? ah..taknak takabur. hehehe.




Tak banyak gambar aku. biasanya aku giler bergambar kan. tapi xtau nape malam pementasan kamera tak nak masuk dekat aku atau, aku mengelak kamera. bukan ape, aku takut terkenal nanti. nanti tak laku lisa surihani. hakkkkk.



hantu pocong, langsuir, pontianak, hantu raya dan hantu komunis hihi

Askar Melayu dan pelancong





suka sangat bila penonton dapat ingat hampir kesemua skrip JEJAK PAHLAWAN dengan sekali tengok je. dah macam cerita hantu kak limah pulak kan, semua orang boleh ingat skrip ye. dan apa yang penting, penonton tak balik semasa pementasan sedang berlangsung. takde pun yang balik, masing-masing teruja untuk menunggu babak yang seterusnya. hihi..

dan aku terharu sangat bila kawan datang. terutamanya Abby and the gang sanggup sewa kereta semata-mata nak datang ke dewan besar sebab nak tengok teater Jejak Pahlawan. dan terima kasih kepada semua penghuni rumah aku sebab semua datang tengok. huhuhu. terharunya saye! dan juga kawan-kawan yang datang memberikan sokongan especially to Hani, Ika dan Zura yang sentiasa memberikan sokongan tuk aku.walaupun keluarga tak dapat datang, hmmmm tak pelah. nak buat macamana, jauh (la sangat).

terima kasih tak terhingga kepada pengarah dan kesemua krew yang terbabit. maafkan aku kalau aku tak buat yang terbaik. sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia biasa, yang suka makan mee segera.

Aiman @ Pak Leman @ Orang tua biul

i love u all
Dan, ini pula dikatakan sebagai cinta di set penggambaran. wah wah macam artis gitu, macam erra fazira  lisa surirumah  hani ngan yusry pulak kan. xpun macam neelofa ngan shah jazsle je kan. (ho-ho-ho pandai-pandai buat cerita, sejak bila dua orang tu ada skandal eh)


dan lagi. huh! glemer la Sadam Husin lepas nie sebab masuk blog aku. (Ha? Izati ngan Afza pun nak glemer jugak ke? Ok. dah sebut nama korang berdua. hak hak hak)


ewah-ewah, jangan salah faham ye. hubungan kami cuma ibarat anak ngan ayah je. huhu..

Comel-comel sokmo :-)

1 comment:

kaus said...

kami kru Dari Lumpur mengucapkan tahniah kepada anda semua.