Kali nie susah giler nak plan besday budak nih. ape tak nye 24 jam duk bawah ketiak aku, rimas aku. haha. semua plan seakan-akan dapat dihidu oleh beliau. oleh itu aku membuat keputusan untuk buat surprise hari jadi jugak walaupun dia tahu dan memberikan kerjasama yang cukup baik.
Mula-mula kami plan nak mandikan dia dengan sebaldi air yang mengandungi budu, telur temela, sos cili, sos tomato, air sabun, sirap, durian dan macam-macam lagi. pastu dia kata pada hari kejadian dia nak sambut dengan pakwe dia kat KL. kami mula buntu memikirkannya. pastu macam-macam idea datang. nak buat surprise masa dia bersama pakwe dia tapi takkanlah kami nak ke KL, pastu nak tanya pulak dia kat mana-mana pastu mana boleh mandikan dia dengan budu.
masa dia mandi, aku curi nombor telefon pakwe dia pastu mesej rancangan kami. pada mulanya payah nak bekerjasama. balas mesej sejam sekali. pastu akhirnya pakwe dia bersetuju nak pakat dengan kami.
pastu pakwe dia kata tak jadi nak sambut besday dia sebab tak dapat cuti. dia pon sedih. sebab selama 7tahun bercinta tak pernah dapat sambut sekali. aku kate padan muka. dia sedih sangat-sangat, tak sampai hati aku tengok. huhu.
itulah, aku nak plan rancangan lain takut tak menjadi. jadi terpaksa la call pakwe dia. jadi, pakwe dialah sebagai "surprise". nak buat benda lain memang tak surprise dah kan. hehe.
pastu dia tolong kami masak untuk besday dia. pastu aku nak tema comel, oleh sebab proton city ada tasik yang comel jadi kami ke sana sahajalah. pastu pakai baju yang comel-comel. hihihi. buang tebiat sekali sekala. sporting ngat kawan-kawan aku nie.
pada hari kejadian, selepas setting pondok di tasik, aku balik ambik dia. aku tutup mata dia. sampai di pondok, aku buka mata dia, dia terkejut beruk tengok pakwe dia ada dan pegang kek. hihihi. suka kan boleh buat orang suka. hehe.
bukti di tempat kejadian. maaf gambar tak cantik sebab guna iPad je. xmampu lagi nak beli DSLRSTUVWXYZ.
birhday girl! |
gigih meniup belon |
AJK Prop |
Birthday planner |
kan dah kata, comel.hehehe. happy sangat-sangat.
Afza, selamat hari jadi ke23. semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia bersama insan tersayang. terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku. =)
Comel-comel sokmo :-)
No comments:
Post a Comment