assalamualaikum.
curi masa sikit update belog walaupun kerja ada satu lori. sekarang facebook dah buleh letak feeling kan, setiap masa rasa nak letak. hahaha. ok lah. ni set induksi saja, tak ada kaitan dengan perkara yang aku nak ceritakan sebentar saja lagi yang aku gunakan model koperatif. perasan tak kebanyakan tulisan dalam blog aku tak tekan caps lock. saje malas. aku kan memang pemalas.
aku nak cakap. aku adalah aku. dan tak ada siapa boleh merubah aku, melainkan yang satu. malam ni aku perasan satu benda. bendanya macam ni. aku ni kalau cakap, susah nak control. aku kata depan-depan aku tak kata belakang-belakang. pastu suara aku kuat sangat-sangat. nak buat macamana, speaker pecah. tapi tak ramai yang boleh terima hakikat itu, dan cuba mengubah aku. kata beliau (identiti terpaksa dirahsiakan) suara aku kuat sangat. baiklah, arwah ayah suka suara aku kuat sebab katanya aku boleh jadi cikgu.
beliau nampaknya tak suka dengan aku yang bersuara kuat. bila cakap satu kedai boleh dengar. tapi bagi aku, siapa yang nak dengar kita cakap? kita ni bukan femes pun. lagipun orang zaman sekarang ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing mana ada masa nak layan hal orang lain apetah lagi orang yang tak dikenali. kadang-kadang di tempat awam, aku kena marah ngan dia sebab cakap kuat. aku sendiri tak perasan bahawa aku cakap kuat. aku tak laung pun suara aku tu, cuma cakap biasa-biasa saja. pastu dia suruh aku slowkan suara. aih. taknak. kalau nak aku slowkan suara jangan kawan ngan aku lagi. aku lebih rela hilang dia daripada menjadi orang lain, tak jadi diri sendiri bila cakap kena control ayu, control lembut la konon padahal perangai entah pape.
yang aku perasan malam nie, (sebab tadi aku gi makan kat KFC ngan geng), kawan-kawan aku tu tak kata pulak yang suara aku kuat ke apa ke. aku duk huhahuhahuha mereka pun huhahuhahuhahuha jugak. oo ngam la kire, kamcing gitu ye, orang kata BFF tak pun friends forever tak pun sahabat sejati atau dalam bahasa kelantan namanya kacip =p
cuma dia yang selalu marah sebab aku suara kuat, dia malu agaknya kalau makan-makan ngan aku, jalan-jalan ngan aku. em, aku kena control segala benda. yela. aku cuma anak kampung, belajar kat upsi jer. orang kelantan pulak tu. batak giler kan. pastu datang KL, kenalah jaga imej kan. ~~~~~whatsoever~~~~ tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~ so that jangan la paksa aku. kita pun tak la sempurna sangat kan, jadi terima jelah. kalau tak nak terima, sila blah dari hidup aku. ade aku kisah?
kalau aku cakap kuat sekali pun aku tak cakap benda kotor, lucah, mencarut atau apa-apa yang memalukan atau kurang didikan agama. dia malu ngan aku. k la, aku pun nak malu jugak la dengan dia.
sebagai manusia biasa jangala kita anggap kita tu sempurna sangat. dan terima orang di sekeliling kita. kalau tak, kita sendiri yang sakit hati. macam jugak dalam berkawan, mesti ada yang suka dengki, ngumpat, ngata, mulut laser, tapi kita kena kenal dia, dan terima dia. kalau ada kes apa-apa, senang cakap je "dah dia macam tu....." kan?
kadang-kadang, orang yang nakal tapi jujur lebih baik daripada orang baik tapi tak jujur. contohnya. ada seorang kawan aku (lelaki) yang sememangnya nakal, kuat merokok. bila dia ada perempuan lain (selain awek dia) maka aku boleh terima sebab dah tahu dia nakal. tapi yang aku tak boleh terima nya, orang yang baik-baik, alim-alim tapi pada masa yang sama gila seks (cakap depan-depan) maka yang nie aku xleh nak terima. sebab kita tak sangka dia begitu, dan kalau dia buat salah, kita pun akan kecewa. padahal dua-dua melakukan benda yang sama. tapi yang perangai dia nakal, kita dah tahu dia macam tu senang kita nak cakap, dah dia macam tu, tapi kalau orang yang berlakon baik nie, buat silap sikit aku memang tak leh terima.
so, izinkan aku menjadi diri sendiri.
Comel-comel sokmo :-)
No comments:
Post a Comment