Pages

Sunday, June 2, 2013

May I..

kita tak tahu macamana kehidupan kita pada masa yang akan datang. tapi rasanya tak salah kalau kita nak rancang apa yang terbaik untuk kita. sekali sekali berangan syok jugak. kadang-kadang, kita rancang lain, tapi lain jadinya. contohnya kan, kita kawen dengan dia. kita ingat kita akan bahagia. semasa akad nikah, sanding rasa bahagia sangat-sangat kan. tapi kita tak boleh jangka, satu hari nanti dia pergi, atau kehidupan kita tak sebahagia yang disangka. atau, masa mula-mula kawen, kita pun asyik rancang nak berapa ramai anak, tapi bila 4, 5 tahun kawen masih tak dapat anak. takkanlah masa tu kita nak kata, menyesalnya kita kawen dengan dia. kita tak tahu pun akan jadi macam tu, macam ni. sehebat mana kita merancang tadbir, Allah jua yang mentakdir.

untuk masa depan, aku tak impikan istana dalam laut, berbulan madu di maldives atau apa-apa yang sangat indah yang aku tahu sukar untuk dicapai. tapi aku tetap mahu hidup bahagia dan tenang. biarlah ala kadar dengan gaji seorang guru, atau dua orang guru yang penting bahagia. aku nak jadi macam ayah dan mak aku. hidup dalam kesederhanaan, sama-sama berusaha mencari rezeki, membesarkan anak-anak. tengok anak berjaya. bila dah tua, pencen, sama-sama fokus pada ibadat. nak buat ibadat haji sama-sama.

ketika anak-anak sedang belajar dan ada yang sudah bekerja, aku dan suamiku duduk di kampung. pagi-pagi memasak, berkebun. pastu pergi masjid sama-sama bonceng motor. hehe. romantik. selalu aku tengok mak dan arwah ayah aku macam tu. pastu sama-sama bersihkan halaman rumah, memasak untuk anak-anak yang pulang dari perantauan, bila masa lapang, baca kitab dan berzikir. itu yang selalu arwah ayah dan mak buat.

jadi, wahai lelaki. tolonglah fikir akan masa depan yang indah sebegini. nak ke kalau kawen, tinggalkan isteri. pastu isteri sorang-sorang besarkan anak-anak. pastu kita pulak merayau-rayau entah ke mana. bila ada duit sikit, adalah perempuannya. tolonglah fikir hari tua. duk kejar perempuan yang tak berjenis, nak duit je kan, nanti kau sakit, sape nak jaga?sape nak basuh berak? jangan duk ikut sangat nafsu tu.

tambah-tambah kalau poligami, yang jenis berat sebelah. tak adil. tak mampu tapi bernafsu besar. last-last anak 10 pun tak dapat bagi makan, entah-entah tak kenal mana satu anak sendiri. anak pun terabai. dengan hingus, tak pakai seluar, tak bagi nafkah anak sebab sibuk dengan dunia lain.

orang lelaki memang macam tu, jadi perempuan jangan duk syok sangat kata pasangan kita baik ke, beriman ke ape ke, menyampah aku, sepatutnya kita yang kena kawal mereka. huahuahua (yang nie jangan tiru)

al-fatihah untuk arwah. terima kasih kerana setia dengan mak. dan memberikan kehidupan yang sangat bermakna pada aku. alhamdulillah.

Comel-comel sokmo :-)

No comments: